Skip to main content

russian language class...for 2nd time.

assalamualaikum wrb...
salam ukhuwah..

fuhh.. letih2. hari ni kelas ke dua bhs rusia. kelas hari ni agak menarik. ni sebab madam elena tayang movie. klu x silap, movie ala2 fary tale gitu. diadaptasi dari kisah y dibuat oleh sasterawan terkenal rusia. kalau x silap, namenye A.S.pumpkin.... ntah. mcm mane nak tulis. lebih kurang bunyi mcm tu lar.. kisahnya tentang putera raja y ingin selamatkan puterinya y telah diculik oleh penjahat. walau x faham bhs rusia, dia ad subtitle kat bwh. so, bleh jugak bljr bhs rusia sikit2.. huhu

td mr mikhael juga ad ckp y 6hb jun stiap tahun akan disambut The Day of Russian Language... maknenye, sluruh msyrkt rusia kat serata dunia akan menyambutnye. hari ni mcm hari memperingati kelahiran A.S.pumpkin tu lar..

selain tu jugak. hari ni kami diperkenalkan dgn pakaian tradisional msyrkt rusia. emm.. agak cantik jugak lar bju mereka. warna-warni gitu. difahamkan bju2 mereka ni agak tebal. ye lar. cuaca kat sane kan lain daripada  kat sini kan..
mr mikhael menerangkan tentang pkaian tradisional msyrkt rusia, 'sarafan'
madam elena menunjukkan pakaian 'fartuk', seperti apron.

nak dijadikan cerita jugak, madam elena n her husband ni sruh lar beberapa student utk mencuba pkaian2 ni.. but, seriously, they look very nice. haha.. kata madam elena, utk ke rusia ni, kite kene tahu jugak tentang budaya, adat n cara hidup dieorg. ye lar.. 6 tahun nk idup di bumi rusia. mesti memahami budaya mereka, bru bleh 'hidup' kat sane kan..
haha.... comel lar korang...

emmm.. tu je kot tentang kelas rusia sy y kdua. tp bru 2 hari bljr rusia, dah kene hafal bnyk bende.. vocab, numbers n so on.. aiyayaa... insyaAllah.. wish me luck yepp..

ok.. see you!!

pakka!! (bye2)
assalamualaikum wrb..





Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...