Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

jerebu dan kita

assalamualaikum wbt semua! macam mana keadaan anda semua? diharap agar kita berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. insha Allah. al-maklumlah musim2 jerebu ni kan... * * * tangan manusia keadaan jerebu di negara kita semakin pulih. alhamdulillah. pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh kita kutip dan albumkannya di dalam hati kita agar ia menjadi satu rujukan hidup dimasa hadapan. teringat akan satu firman Allah didalam alQuran Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) . (Q.S: Ar Ruum: 41) nah, apa yang berlaku itu sebenarnya adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri. baik dilaut mahupun didarat. menyingkap bencana jerebu yang melanda negara, ia disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di negara jiran kita. bukankah benar firman Allah itu? tepuk dada tanya iman. * * * nikmat yang hilang

Travelog Musafir, Turki : Kediaman pemerintah, Topkapi Palace dan Domalbahce Palace

Assalamualaikum wrh. Alhamdulillah sebab kita masih lagi dapat hidup dan menikmati segala nikmat pinjaman Allah swt. Ketika berada di bumi Istanbul baru-baru ni, aku berpeluang untuk pergi ke Muzium Topkapi atau Topkapi Palace. Istana ini pernah didiami oleh pemerintah Turki ketika zaman pemerintahan sistem khilafah Uthmaniyah. Sebagai mana yang kita sedia maklum, antara barang tarikan di muzium ini adalah bekas tapak kaki Rasulullah, janggut Rasulullah, pedang2 Nabi dan sahabat, tongkat Nabi Musa dan lain-lain lagi. Tetapi kesahihannya tu tak pasti. Allahu'alam. Pada dahulunya tempat ini adalah istana yang dibina untuk menempatkan pemerintah turki pada ketika itu sebelum dipindahkan ke Dolmahbace Palace. Aku juga berpeluang ke istana tersebut. Tergamam seketika apabila menjejakkan kaki ke dalan istana Dolmalbahce itu. Sungguh mewah dan ekslusif. Dikatakan syiling di sebuah ruang dalam istana tersebut diperbuat daripada EMAS! Ya emas. Sungguh kaya. Fuhhhh... sangat jauh ber

Travelog Musafir, Turki : Aya Sofia, antara gereja, masjid dan muzium

Kini namanya Muzium Aya Sofia. Sebelum menjadi muzium, bangunan ini dulunya adalah masjid. Dan sebelum menjadi masjid, ia adalah gereja yang bernama Haghia Sopia. Usia bangunan ini sudah sangat tua, sekitar lima abad. Bangunan ini merupakan kebanggaan masyarakat Muslim di Istanbul, Turki. Keindahan seni binanya begitu mengagumkan para pengunjung yang datang ke sini. Jika berkunjung ke Istanbul, pastikan anda melawat Aya Sofia untuk melihat sendiri kemegahan Aya Sofia ini. Kelihatan dari luar, pengunjung disambut dengan keunikan ukuran kubah yang begitu besar dan tinggi. Ketika memasuki kawasan bangunan, pengunjung dibuai oleh keindahan interior yang dihiasi mozaik dan fresko. Tiang-tiangnya diperbuat dari kobinasi warna-warni yang begitu mengasyikkan mata yang memandang. Sementara dindingnya dihiasi beraneka ragam ukiran dan gambar-gambar yang menarik. Selain keindahan interior, daya tarik bangunan ini juga didapat dari nilai sejarahnya. Di sinilah simbol pertarungan antara Islam dan

Mengejar cita demi Pencipta

Buatmu sahabat Usah lemas dan lemah Menerjah duri menongkah mehnah Menyelami gelora mendaki derita Mengejar cita demi Pencipta Teruskan langkah wahai teman Harapan digalas amanah dipikul Masa dikorban jiwa diserah Demi ummah dijunjung jua Demi agama digagah diperkasa Kerana Allah kita bersama Kerana Allah kita bersatu Kerana Allah kita berkerja Rapatkan saf maju kehadapan Melangkah dengan kalimah suci Berpegang prinsip akidah tauhid Mara menuju mengejar mardhatillah Rehat kita hanya disana Tempat kerinduan pejuang agama Menjadi harapan didalam doa Bersaksikan keringat dan air mata Seiring tahajud munajat dipinta Percaya janji Tuhan yang Esa Lelah kita berganti syurga Insha Allah. Bitaufiq wannajah fil imtihan moscow 4.45 pagi 09062013 pautan: kata-kata hikmah, pembakar semangat, mujahadah, sajak, selamat menduduki peperiksaan, salam juang

Kisah si Lebah

Nama aku Lebah atau nama glamor aku Miss Bee. Rutin kehidupan aku seharian, mungkin sama sahaja. Pada waktu paginya, aku akan keluar dari istana (baca = sarang) dan pergi mencari bunga-bungaan. Aku amat suka bunga yang segar, menarik, serta cantik seperti aku juga. Hehe. Pemilihan bunga ini amat penting bagi aku. Aku amat menitik beratkan kualiti kerana bagi aku, kualiti itu adalah segala-galanya. Setelah aku temui bunga tersebut, apa lagi aku akan mengambil pati bunga sahaja untuk dibawa pulang. Aku tidak akan merosakkan bunga tersebut. Bagi aku, aku hanya akan ambil benda yang baik-baik sahaja tanpa mencederakan si bunga. Dalam perjalan pulang, aku tiba-tiba diganggu oleh seorang budak nakal lagi montel. Apa lagi. Tanpa berfikir panjang aku terus 'menghadiahkan' sejarum bisa kepada budak tersebut. Kesian. Tetapi nak buat macam mana, dia lah yang mengacau aku terlebih dahulu. Aku hanya ingin melindulingi diri aku yang cantik berbelang hitam kuning ini. Aku ingin sela