Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

coretan untuk remaja...

Bismillahirrahmanirrahim... Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Esa Rabbul Jalil, pencipta alam dan seluruh makhluk-Nya, yang mengatur, mentadbir setiap perjalanan dan kehidupan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda juga para syuhada dan sekalian umat Islam. Sesungguhnya tiada yang bermakna dalam hidup sebagai hamba-Nya melainkan untuk beribadah kepada-Nya dengan penuh redha dan rendah diri. Justeru kita berkewajipan saling mengingati dan menginsafi akan kekurangan dan kelebihan diri melainkan semuanya milik Allah S.W.T semata-mata. Beri waktu untuk berfikir mencari diri sendiri merenung hak dan amanah yang terpikul selama kita bernafas di muka bumi ini. Kita diberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk memperbaiki sejuta kelemahan diri sebelum nafas terhenti direntap malaikat Izrail dengan izin-Nya.  Marilah wahai saudaraku, berjuang menentang nafsu yang paling hebat iaitu nafsu diri sendiri s

selamat berjuang warga tesmal...

 assalamualaikum wrb.. apa khabar semua? harap-harap dalam keadaan sihat sejahtera semua... untuk post ini, serol ingin mengucapkan  SELAMAT MAJU JAYA   buat adik-adik serol di  SMK MAK LAGAM  yang akan menghadapi  PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR & SPM  kelak... pesanan serol,  dekatkan diri dengan Allah   sebab Allah itulah yang akan menentukan kejayaan kita kelak. belajar dan  timba lah ilmu ini kerana Allah ... berusahalah sungguh-sungguh dan tawakal kepada Allah.... percaya pada diri anda..!!! D oa U saha I khtiar T awakal insyaAllah, doa serol sentiasa bersama kalian.. buat yang terbaik. kembalikan maruah tesmal. serol percaya adik-adik serol ini mampu melakukan yang terbaik. salam perjuangan dari serol..!!! assalamualaikum wrb... BUAT DUIT?  KLIK DISINI

Allah menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah...

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. 1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T. 2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).

muhasabah jiwaku...

Termenung aku mengimbau masa lalu,  Mengamati rentetan kehidupan, Mencari secangkir sinar keluhuran, Buat bekalan di akhir penantian masa. Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka, Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab, Aku cuba bertahan di pasak kesabaran, Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran. Setiap detik yang mendatang menyentap benakku, Mampukah aku meneruskan perjalanan, Meredah belukar kebal duniawi, Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi. Ya Allah yang Maha Mendengar, Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu, Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya, Masih teraba-raba di laluan yang rata. Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi, Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun, Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu, Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu. sumber: http://www.iluvislam.com assalamualaikum wrb... BUAT DUIT?  KLIK DISINI

kakiku kembali ke TESMAL...

assalamualaikum wrb. apa khabar semua? harap sihat dan sentiasa senyum sokmo... alhamdulillah, kita masih lagi dapat menikmati segala kejadian Allah yang Maha Indah.... smk mak lagam emm.. pada 23-24 julai baru-baru ini, alhamdulillah, atas kuasa Allah SWT, sampai juga kaki aku ini melangkah ke SMK Mak Lagam, sekolah kesayangan aku... syukur tak terhingga kerana doa dan harapan aku untuk menjenguk guru-guru dan adik-adik di sana telah tercapai. alhamdulillah... adik-adikku di tesmal... miss you all.. dalam tempoh 24 jam aku kat sana. macam-macam perkara yang terjadi. yang aku gembiranya adalah aku dapat jumpa dan sembang-sembang serta bagi nasihat kat adik-adik aku kat sane.. huhu. lepastu, indahnya perancangan Allah...aku dapat berjumpa bekas guru tesmal iaitu CG MEGAT dan CG RAZAK. fuhh... hepi walaupun sekejap je dapat jumpa dengan mereka, tapi aku bersyukur sebab dapat jugak jumpa... mase nak balik ke TATiUC tu lar yang paling sedih.. ye lar. ramai yang cakap, nape

agak lama menunggu...

assalamualaikum wrb... kak dela? kharoshoa? insyaAllah... moga semuanya sihat sejahtera... agak lama aku tak mengUPDATE blog ini yepp... bukan tak nak update, tapi untuk pengetahuan semua, pada 25hb julai baru-baru ini aku telah berpindah ke asrama baru iaitu di Kijal Apartment, berhadapan dengan Hotel Awana kijal. fuhh....! agak letih lar masa berpindah tuh.... ye lar, barang bukan main banyak. kikiki.. biasa lar, banyak dengan buku... huhu. ye ke? ye kot.... lepas berpindah tu, ad program dengan senior pulak kat awana tu pada sebelah petang sehinggan malam... so, ta sempat lagi nak bukak lappy ni... berkemas untuk berpindah ke awana... pada keesokkan harinya pula, program senior tuh bersambung lagi sampai tengah hari. then, sambung dengan kelas pai pada petang tu. balik tak balik ke rumah dah jam 4 lebih. selepas solat asar, ada latihan persembahan bagi majlis temu mesra bersama MB Terengganu. sebelah malam pula, ada lagi latihan sampai pukul 12 lebih... so,

perempuan sekarang tak tahu malu...

"Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?"  Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya. "Pokok semalu."  Serentak mereka menjawab. "Wah! Pandai adik-adik  mu'alim  ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?"  Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya. "Hmm. Susah la soalan tu. Oh, ya tapi Zaki rasa mungkin sebab dia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki," jawab  Zaki seorang penghuni rumah anak yatim yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun dengan bersemangat. "Aduhai,  cute  sungguh adik  mu'alim  ni. Betul jugak jawapan Zaki tu. Kalau  antum  semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya  mimosa pudica  ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tak, emm... Siddiq?"  F

advertisement #2

Up for a lively photoshoot?  Act studio  CLICK HERE BUAT DUIT?  KLIK DISINI

advertisement #1

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? calling all malaysians!!!  CLICK THIS BUAT DUIT?  KLIK DISINI

kisah Rasulullah dan buah limau...

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan meng

Ketakutan Bangsa Penjajah (Hebatnya Melayu)

Illuminati Takut Pada Melayu!!! Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini. Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rah