Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Meminta pada si Pemberi

Setiap manusia mempunyai keinginan serta harapan pada sesuatu. Benar kan? Itu lumrah bagi manusia. Sudah pasti setiap diantara kita yang mempunyai bermacam-macam perkara yang diingini baik dari segi material mahupun bukan material. Ehh, bukan material? Huh, maksud saya perkara yang bukan berbentuk jisim contohnya kebahagian, ketenangan dan lain lagi la. Huhu. Mungkin yang tak ada keinginan tu tak normal kot! Ehhh. Ok, let's imagine. Jika kita ingin meminta pertolongan untuk membaiki kereta, siapa yang harus kita cari? Eh, takkan nak cari tukang masak kot. Sudah tentu 'pomen' atau mekanik kan. Mencari mereka yang arif dalam bidang mereka. Point disini adalah, jika kita ingin meminta sesuatu, pintalah kepada yang sentiasa mendengar dan yang pasti menolong kita. Mutakhir ini, dengan kemajuan teknologi 'mukabuku', 'burung biru', dan bermacam lagi laman sosial yang ada, kita lihat masyarakat lebih cenderung untuk meminta pada 'dinding' atau pun

Cerita Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.  Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.  Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.  Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil.  Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.  Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih

Berkorban atau terkorban?

Berkorban atau terkorban? Huh, banyak tafsiran yang mampu kita keluarkan dari persoalan tersebut. Ianya bergantung pada sudut pandang seseorang. Untuk post kali ni, saya akan cuba membawa para pembaca untuk berfikir jauh dan mendalami sampai pening kepala lutut tu. Ehhh? Sejauh manakah pengorbanan kita demi agama? Atau adakah kita sudah terkorban jauh dari agama? Dua soalan yang berbeza namun ianya mempunyai impak yang dahhsssyyyaaatttt! KebaboooommmMMMM. Jika mereka jauh nun di Mesir, Palestin, Syria dan lain-lain lagi sudah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka untuk berkorban demi agama. Pengorbanan mereka bukan main-main kira bulu kaki ataupun hangat-hangat najis (baca= tahi) ayam. tetapi pengorbanan mereka ber'nilai'kan nyawa dan darah! Kita? Adakah kita sudah ber'mandi'kan darah demi agama? *tersedakkkk. hukk hukkk. Ohhh, jauh sekali kot. Saya rasa kita ni asyik ber'mandi'kan peluh busuk hasil ber'gangnam stlye'

Tautan fillah

Mulanya dikau tidak ku kenali Mata saling berpandangan senyuman meniti Tangan dihulur pipi bertemu pipi Tanda tautan sebuah memori Bermulanya kisah ikatan hati Masa silih berganti pasti Siang berganti malam Hari berganti minggu Bulan berganti tahun Si kecil sudah menjadi syabab perkasa Si muda sudah menjadi si tua Benih kecil menjadi pepohon rendang Si bunga mekar bertukar buah ranum Semuanya berlari berkejaran fitrah dituruti Yang lepas adalah sejarah Lipatan sejarah wajar hayati Adakalanya kita dilanda badai Saling mencuka antara dua hati Bertegur tidak bersapa tidak Dimana silap cuba dicari Diri diinsafi jiwa menangisi Maaf dipinta mewakili diri Mengharap ikatan terus tersemai rabitah kita kerana redha-Nya yang dicari bukan sekadar sebuah ikatan ikatan fillah bertiangkan syahadah ikatan fillah berpasakkan akidah kerana Dia kita bertemu kerana Dia juga kita berpisah perpisahkan kita hanya pada jasad namun pertemuan hati kekal hingg