Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Perkenalan aku dengan usrah

Usrah?
Hmm... Perkataan itu agak berkali juga kedengaran di gegendang telinga aku sejak dari bangku sekolah lagi. Bahkan, aku juga pernah menjadi 'abag naqib' di sekolah dulu. Pandangan pertama aku terhadap usrah ni adalah hanya sekadar satu bulatan yang akan membincangkan perkara yang sudah ada dalam sillibus. Cukup sekadar itu. Titik.
Namun, semenjak lima (5) tahun dahulu ketika jasad ini sampai ke bumi Russia, semuanya berubah. Aku juga telah disentuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh usrah. kali ini agak berbeza dari apa yang aku rasai ketika berusrah dahulu. Entah kenapa. Kalau dibangku sekolah dahulu aku rasakan usrah itu seolah 'dibuat-buat' tetapi kali ini aku dapat rasakan ada cinta dan keindahan disebalik usrah itu.
Masih segar dalam ingatanku, pertama kali disapa oleh bekas abang naqib aku. Ketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Mosko, entah siapa sosok tubuh itu yang hadir dengan penuh senyuman manis sambil membawa roti sandwish un…

Abang naqib ni suka paksa la!

Satu keluhan yang sering kedengaran bagi mereka yang berada dalam kelompok 'budak usrah' adalah keadaan abang naqib mereka yang suka memaksa. Bahkan hal ini telah menyebabkan ada diantara mereka yg mengambil keputusan untuk 'berehat' dari usrah semua bagai ni.
Tarik nafas, hembus....
Dari pengalaman aku yang ciput sepanjang berada dalam jalan ini, aku juga pernah mengalami perasaan yang persis mereka. Jauh disudut hati tidak senang dengan abang naqib yang asyik memaksa. Macam-macam la! Kene paksa datang usrah, datang daurah, datang mabit, hafal surah ini dan itu serta paksa untuk buat perkara yang kadang kala diri ini tidak suka.

Nak ke usrah pun mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik, jumlahnya 2 jam. Ada juga kadang kala memakan masa 4 jam lebih pergi dan balik. Jauh. Ya sangat jauh dan memenatkan. Secara manusiawi diri ini juga pernah mengeluh akan semua ini. Mana masa aku untuk belajar, bersukan, bahkan mana masa aku untuk diri sendiri. Macam-macam sahaja mono…

Hebat di dua padang

**artikel ini ditulis oleh saya untuk blog AZAM Russia

******
"Zat, jom gerak pergi futsal, Azwan dah tunggu tu."

"Eh, kau ni nak gerak dulu, dah Asar belum?" balas Izzat sambil menghamparkan sejadah di sebelah katil.

"Errrr...... Belum," kata Arsyad dengan muka tersipu-sipu macam kerang busuk.

"Haaa. Kalau macam tu, jom join aku solat jemaah. Boleh dapat banyak pahala, insha Allah. Tapi kau jadi imam la. Hehehe..."

"Mana aci. Kita osum, sapa kalah dia jadi imam," Kata-kata Arsyad itu disambut dengan gelak tawa mereka berdua.

Seusai solat asar, mereka berdua berjalan ke arah padang futsal yang terletak dalam 700 meter dari asrama kediaman mereka.

"Syad, aku nak tanya kau satu soalan ni. Eh, silap. Dua soalan la"

“Eh, kau ni Zat. Ada ada saja. Dah, apa dia soalan kau tu,” Balas Arsyad sambil mengunyah roti слойка с сыром (roti bun berinti keju) yang dibelinya semalam.

“Aku tengok kau ni begitu taksub dengan futsal dan bola semua ni. K…