Skip to main content

salam perjuangan buat semua sahabat....

assamualaikum wrb..
SELAMAT BERJUANG, SAHABAT....

hurm... rindunya zaman sekolah dulu. rindu nak suka-suka dengan kawan-kawan. bermain sama-sama. bergelak ketawa sama-sama. betulah kata orang, zaman remaja dan zaman sekolah adalah yang paling manis dalam hidup ini. kalaulah boleh diputarkan masa itu, sudah tentu diri ini akan melakukannya. tapi, mustahil...! walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan...

memasuki alam Universiti ini adalah amat berlainan buat diri kita. sahabat, sama-sama kita menempuh cabaran dan rintangan bersama. teguhkan hatimu wahai sahabat. mungkin kadang kala kita merasakan diri ini keseorangan, tidak sekuat dulu. tapi ingatlah, Allah sentiasa besama kita. teguhkan iman di dada kita. insyaAllah, rintangan dan kesusahan yang pahit bak hempedu itu akan bertukar menjadi manis bak madu.

biar jauh dimata, tapi dekat dihati. itulah harapan. kita berkenalan atas nama keikhlasan, kita berkawan atas nama kesetiaan dan kita berpisah atas nama perjuangan. marilah kita sama-sama berjuang demi menegakkan agama, bangsa dan negara kita. kitalah pewaris tanah air yang tercinta ini. kitalah khalifah Allah yang telah terpilih untuk memakmurkan bumi Allah ini. jika bukan kita, siapa lagi...?

ayuh sahabat...!!!
akhirulkalam, buat sahabatku, teruskanlah perjuangan. sama-samalah kita berdoa agar Tuhan terus menyatukan kita, merahmati segala kerja buat kita dan menatijahkan kejayaan duniawi serta ukhrawi. semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus menjadi khalifahNya di muka bumi ini. insyaAllah, amin..


assalamualaikum wrb....

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...