Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

terima kasih akan kenangan silam

Menerjah keheningan malam , Sang bintang kedipnya suram, Si rembulan pula seakan muram, Teringat aku akan memori silam, Berkenalan pelbagai ragam, Berkawan pelbagai macam, Di sana aku diajar, untuk menjadi insan terpelajar, Di sana aku dididik, untuk menjadi insan cerdik, Di sana aku diasuh, untuk menjadi insan berjiwa teguh, Di sana aku dibimbing, untuk menjadi insan berdaya saing, Di sana aku dimarah, untuk menjadi insan pemurah, Di sana aku ditegur, untuk menjadi insan berhati luhur, Tanpamu aku tidak mungkin sebegini, Menjadi insan berguna kepada nusa dan agama, Pahit getirmu membentuk diriku hanya doa dapatku balas, Moga Illahi sentiasa memayungimu, oh guru. Duhai sahabat, Ukhuwah yang terbina ini, Bersandarkan tiang kejujuran, Bersulamkan tali keikhlasan, Semoga si Pencipta menemukan kita semula, Jika tidak di dunia ini, Di Firdausi kita akan ketemu lagi, Inilah tadir yang harus kita lalui  bersama, Walau kita dijarakkan sejuta batu, Namun kita masih dekat bersatu. Kenangan si