Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

warna-warni perjalananku- orang russia suka membaca!

assalamualaikum wrb. peace be upon you! ~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~ ayuh! ucapkanlah alhamdulillah, tanda syukur kepada ya Rabb atas segala kenikmatan yang diberikan kepada kita. jika ingin dihitung nikmat yang Allah berikan kepada kita, sudah tentu sampai bila-bila ianya tak akan habis. kata orang, jauh perjalanan, luas pengetahuan. memang betul! aku sokong 100%. hehe... bukan apa, sejak aku bermusafir ni, macam-macam yang telah aku tengok dan macam-macam yang telah aku lalui. jadi, untuk berkongsi pengalaman aku itu, aku akan buat slot "warna-warni perjalananku". slot ni aku akan kupas, cerita dan berkongsia warna-warni kota Moscow dan pengalamanku ketika bermusafir ini. huhu.. moga dipermudahkan oleh Allah untuk aku menaip artikel-artikel tersebut. jom baca! untuk kali ini aku nak 'story' mengenai ' budaya membaca ' masyarakat Eropah amnya dan masyarakat Rusia khasnya. kalau semua nak tahu, kenapa kebanyakkan nega

cerpen: anak

ANAK "yaasiiin, wal quranilhakim...." Sekujur tubuh kaku dihadapanku, dikelilingi manusia yang ada sebahagiannya aku kenal dan ada dalam kelompok itu langsung aku tidak kenali. Siapakah mereka? Kenapa mereka disini? Apa kaitan mereka dengan aku? Segala persoalan itu aku biarkan bermain-main di benak fikiran ini. Mataku tajam melihat tubuh yang tidak bergerak itu sehingga menembusi ke dalam organ-organnya. Mukanya kutatap dan teliti. "Arghh! Aku benci engkau! Baik aku keluar dari rumah ni kalau hari-hari macam ni". Perasaan marah sudah sampai tahap maksimum. Aku rasa terkongkong. Aku masih remaja. Aku mahu bebas. Segala yang aku lakukan adalah salah. Itu salah. Ini pun salah. Kenapa dunia ini tidak adil bagi aku? Dimanakah keadilan yang ada pada insan lain itu? Bermula dari kejadian itu, aku melangkah kaki, keluar dari rumah. Meninggalkan ibu serta adikku, Azim. Kali ini aku benar-benar tertekan dengan keadaan keluargaku. Ayah telah menceraikan ibu 2 tahun y

jom merempit!

assalamualaikum wrb... apa khabar bro? gua harap lu sihat la ye.... oh lupa, apa khabar sahabat karib lu tu, si IMAN? harap die juga sihat. mudah-mudahan... huhu... untuk entry kali ni khas untuk mereka yang dikategorikan REMAJA sahaja. haha. tapi boleh je kalau pak cik mak cik, adik-adik nak baca. silakan. dengan hati terbuka ni.. huhu. REMPIT bro, bes tak merempit sebenarnye ea? gua pun rase macam bes juga la.. kan? huhu. gua sangat respect dengan lu orang sebab terer dan sangat berani. cayalah! mane lu belajar macam tu ha? ada sekolah ke yang ajar? kiki. gurau2 aje... merempit dan masa depan. bro sekalian, apa kate bro sekalian gunakan bakat itu kearah yang lebih elok lagi? kembangkan bakat yang lu semua ada. macam bakat bawa motor laju, buat gaya yang menarik dan lain-lain lagi. macam mana nak kembangkan tu? ape kata lu join la mane2 kelab motor ke, masuk mana2 pertandingan ke. mane tau silap hari bulan lu sume boleh pergi merempit kat luar negara. kan bes. boleh p

kahwin

Assalamualaikum wrb. Как дела?(apa khabar). Dah makan belum? Kalau belum makan, datang la Moscow ni nak masak. Hehehe. `sesungguhnya aku berlindung daripada syaitan yang direjam` aik? Mesti tertanya-tanya kan, kenapa tiba-tiba post aku mengenai kahwin kan? Aku dah nak kahwin? Uish.... tak la. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, pada 27hb Januari 2012 yang lalu aku telah menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran kelab UMNO moscow dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka. Majlis penututp program ini disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka ketika majlis makan malam. Sepanjang kursus banyak juga input yang aku dapat dan banyak juga yang perlu aku pelajari. Memasuki gerbang perkahwinan ini bukanlah sesuatu yanh mudah, semudah diungkapkan. Ia memerlukan Komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah itu. Proses pembinaan 'masjid' ini perlulah dilengkapi tiang keimanan, tiang kejujuran dan lain-lain lagi agar kehidupan rumah tangga akan bahagia serta generasi yang diredhai

winTER breAK!!!

assalamualaikum wrb. apa khabar diri anda dan juga iman? insha Allah, baik-baik semua ye.. alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat IMAN dan juga ISLAM. alhamdulillah... tanggal 28hb Januari 2012, maka tamatlah semesta 1 pengajian perubatan aku di bumi republik Russia ini. alhamdulillah. begitu singkat masa berlalu. pejam celik pejam celik, dah habis sem 1. so, aku ada masa 1 minggu untuk bercuti dan berehat sebelum menyambung balik peperangan menuntut ilmu itu. insha Allah, peluang yang ada ini akan aku manfaatkan untuk aktiviti yang berfaedah dan juga aktiviti yang mampu menghilangkan stress aku serta meningkatkan keimanan diri ini. huhu. ape ye? nak tahu, tunggu la post aku untu hari-hari dalam seminggu ni. insha Allah, aku akan ceritakan apa yang aku buat semasa cuti ni. jen jejengggg! haha. sabar ye..  GAMBAR KETIKA KELAS KIMIA TERAKHIR... GAMBAR KETIKA KELAS ANATOMY... itu je kot utk kali ni. insha Allah, banyak lagi entry akan muncul nanti.. hehe.. assalamua

ahlan wa sahlan ya rabiul awal 1433H

assalamualaikum wrb... apa khabar semua? harap masih lagi sihat dan berjaya menjalankan amanah sebagai Hamba Allah ye.. :) untuk post kali ini, aku tak akan menaip panjang lebar kerana masa tidak mengizinkan. huhu... aku terpaksa mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog ini yang sekian lama ditinggalkan. rinduu.... hehe. bulan RABIUL AWAL seringkali kita kaitkan dengan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, betul kan? yap, pelbagai peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini. Antaranya kelahiran pembawa berita gembira kepada umat dunia iaitu Rasulullah dan juga peperangan Badar. oleh itu, kita sebagai umat Islam boleh mengambil ibrah dari peristiwa yang berlaku itu.... oleh yang demikian, sempena bulan yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama meningkatkan serta memperbanyakkan selawat dan salam keatas Baginda Muhammad SAW. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:  “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang berima

nikmatnya WINTER!

assalamualaikum wrb. setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinanya kita masih lagi dipinjamkan segala kenikmatan di dunia ini. alhamdulillah.... ni aku ingin kongsikan sedikit pengalaman aku. huhu. mungkin pengalaman aku ini tak sehebat movie "ombak rindu" tapi, sudi-sudilah membaca ye... huhu. pada awalnya, aku teringin sangat nak menyambung pelajaran aku ni di bumi para anbiya' seperti mesir. ada beberapa sebab kenapa aku mengharap untuk ke sana. pertamanya aku ingin menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. tapi, Alla Maha Hebat, Dia tempatkan aku ke Russia. aku dengan redha dan hati yang terbuka menjejakkan kaki ke sini. lama kelamaan aku baru mengerti bahawa ada hikmah kenapa aku di sini. alhamdulillah. perancangan Allah adalah yang paling BEST! huhu... salah satu nikmat ataupun hikmah kenapa aku di sini adalah "nikmat tatkala musim sejuk ataupun "WINTER"! sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Musim se

usia

assalamualaikum wrb. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana atas kekuasaan-Nya kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi-Nya. Alhamdulillah juga kerana tanggal 13 Januari 2012 usia aku telah mencecah 19 tahun. semaikn tua diri ini... huhu Nikmat usia yang telah diPINJAMkan oleh Allah ini adalah satu anugerah yang sangat bernilai. namun, ianya boleh menjadi tidak bernilai langsung sekiranya kita kita tidak memanfaatkan sepenuhnya usia itu. seringkali kita berdoa kepada Allah, "Ya Allah, panjangkanlah usia aku....". Namun, jika usia kita dipanjangkan sekalipun tanpa diisi dengan perkara yang mendekatkan diri dengan Allah, tidak berguna sedikitpun. teringat akan bait-bait kata dalam sebuah lagu nasyid, "walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya...." kata-kata itu mengingatkan kita bahawa jika diberi usia yang panjang, bermakna kita masih lagi memikul AMANAH yang telah diberikan oleh Allah kepa

cuti tahun baru 2012

assalamualaikum wrb. kata orang, "pengalaman mematangkan manusia". memang betul. dan, kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa bersyukur dengan "pengalaman" yang telah Allah anugerahkan kepada kita. alhamdulillah... so, untuk entry kali ini aku akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman aku sepanjang cuti tahun baru yang lalu. pada mulanya, aku asyik terfikir, cukup ke waktu cuti ni? apa yang aku nak buat ketika cuti? macam banyak kerja je masa cuti nanti... namun, alhamdulillah. perancangan Allah adalah yang terbaik. waktu cuti itu aku rasakan ianya terisi dengan perkara yang banyak mengajar aku erti kehidupan serta kemanisan ukhuwah fillah. betul. walaupun kadangkala aku rasa sangat penat (mana tak penat nye, hampir setiap hari aku keluar pagi balik malam) namun, aku tahu ini adalah pengalaman yang sangat manis! DAURAH HAKIKAT MANUSIA antara aktiviti aku ketika cuti adalah DAURAH HAKIKAT MANUSIA. alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi ker

liqa kita

Kita adalah bersaudara, Kita adalah berpegang pada satu akidah, Kita adalah hamba kepada yang Satu, Kita adalah khalifah di bumi ini, dan Kita adalah kita. Pertemuan indah kita saling berkenalan, Memulakan persaudaran mengukir senyuman, Bersilih hari bertambah seri kebahagiaan, Kalam Rabbul Izzati dijadikan permulaan, Mengkaji diri mengenal Tuhan ArRahman, Saling mengingati bertukar buah fikiran, Masalah ummah dikupas penuh kefahaman, Bantu diri untuk kebaikan ummah sekalian. Andai aku rebah, Tanganmu memegangku, Andai aku tersungkur, Tanganmu menyambutku, Andai aku tersasar, Tanganmu memimpinku, Andai aku terpesong, Tanganmu menghalangku. Bulatan kita dipenuhi rahmat, Kerana kasih sayang terjalin erat, Ikatan saudara sesuci salju sudah terpahat, Persaudaraan terjalin semakin kuat, Moga ukhuwah ini dilimpahi berkat, Menjadi saham penolong ketika akhirat. p/s: nukilan ini adalah khas buat ahli liqa (usrah) kesayangan aku.. hehe.. -abg hasnol(murobbi@abg

kenapa perlu banyak sedangkan tujuan hanya satu?

 ~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~ Assalamualaikum wrb. Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan kebesaran-Nya kita masih lagi dapat meminjam kehidupan didunia ini daripadaNya. Alhamdulillah. Pertamanya, aku ingin memohon seribu kemaafan andai entry yang aku coretkan ini melukai hati mana-mana pihak. Bukan niat aku untuk menyakiti hati mana-mana pihak, tapi ini adalah satu wadah bagi aku untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku ini sahaja. Jika ada salah dan silap, aku sangat-sangat memohon tunjuk ajar daripada yang lebih arif. Ok. Kembali pada tajuk entry ini, "kenapa perlu banyak sedangkan tujuan hanya satu?" Itu adalah persoalan yang sering berkejaran di dalam benak fikiran aku yang setahun jagung ini. "umat Islam kini ibarat buih dilautan, walaupun banyak tetapi ianya rapuh" Bilangan umat Islam sangat ramai di dunia ini. Namun, menjadi permasalahan sekarang ini keadaan itu tidak menjamin kekuatan umat Islam itu

2012

~dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~ assalamualaikum wrb.apa agaknya khabar iman sahabat-sahabat sekalian? semoga iman kita ini semakin hari semakin sihat ye... inshaAllah... akhirnya, pada 5 januari 2012 aku menulis blog. ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2012. alhamdulillah, akhirnya Allah memanjangkan umur kita untuk melihat, merasai serta hidup pada tahun 2012 ini. namun, adakah kita sedar bahawa dengan kehadiran tahun baru ini telah menghampirkan diri kita untuk berjumpa dengan-Nya? umur kita semakin meningkat, ini bermakna kita semakin dekat dengan KEMATIAN.... oleh itu, ingin mengingatkan diri ini serta sahabat di luar sane, mari kita merenung, memuhasabah diri ini. sepanjang kita hidup di dunia ini, apakah yang kita telah lakukan? apakah sumbangan kita kepada agama, keluarga, masyarakat serta negara yang boleh dijadikan SAHAM kita nanti ketika di akhirat kelak? oleh itu, marilah kita sama-sama berAZAM untuk meningkatkan diri ini kearah yang