Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

RENUNGAN #Jumaat_2 | Rezeki

Setiap anak Adam itu telah ditetapkan rezeki baginya. Usahlah kita dengki mahupun iri hati terhadap mereka. Mungkin mereka akan peroleh apa yang tidak kita perolehi dan mungkin juga sebaliknya. Percaya, Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Tawakal, pilihan terakhir?

"Aku tawakal je esok" Dalam dunia pelajar ni, saya pasti ramai diantara kita yang pernah mendengar ungkapan tersebut. Malah ada yang sering menggunakannya terutama tatkala musim peperiksaan. Betul tak? Ada yang tawakal selepas berusaha. Ada yang tak usaha langsung tapi tawakal. Huh. Hebat. Tawakal adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Erti tawakal adalah kita berserah diri dan menyandarkan segala pergantungan kita kepada Allah. Tapi, persoalan. Sejauh manakah kebergantungan kita pada Allah? Persoalan yang rasanya boleh dijawab oleh tuan empunya badan la kot. "Tawakal itu bukan ketika akhir usaha tetapi tawakal ketika kita sedang berusaha" Maksudnya, sambil kita berusaha keras dalam pelajaran atau apa jua perkara yang dilakukan, kita mestilah meng'pusat'kan segalanya hanya kepada Allah. Ketika kita melaksanakan usaha yang sudah pasti super duper power, jangan lupa untuk terus bergantung kepada Allah. "Allah tengok usaha bukan r

PMR 2013

assalamualaikum wbt! Selamat maju jaya buat adik-adik yang menduduki PMR buat kali yang terakhir! ehhh? huhu setelah 3 tahun adik-adik berjuang, kini tiba lah masa untuk adik-adik membuktikan segala ilmu yang adik timba itu diatas medan peperiksaan. ni abang nak kasi tips sikit. heee... jangan lupa untuk: --> berdoa jaga hubungan dengan Allah meminta restu dari ibu bapa meminta dihalalkan ilmu dari guru-guru bermaafan sesama kita jaga kesihatan dan pemakanan serta keselamatan diri pastikan kelengkapan lengkap tidur awal dan bangun awal berwuduk atau berpuasa sepanjang hari peperiksaan semoga Allah permudahkan urusan adik-adik dan memberi kejayaan dalam PMR serta kejayaan didunia dan akhirat. aminnn. USAHA + DOA + TAWAKAL