Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

MERDEKAkah kita??...

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
assalamualaikum wrb... salam 1Malaysia.... salam kemerdekaan....
apa khabar anak-anak pasca merdeka???
tanggal 31 ogos setiap tahun mesti dikaitkan dengan kemerdekaan negara malaysia, bukan? pada tarikh keramat inilah negara kita mengecapi kemerdekaan yang dimimpikan tanpa sebarang pertumpahan darah pun. alhamdulillah.
terima kasih kepada nenek moyang kita yang sanggup berjuang demi menegakkan negara kita, Malaysia. terima kasih juga kepada parajurit-parajurit yang bermati-matian menyelamatkan negara daripada cengkaman musuh. ~Al-Fatihah~ buat parajurit yang telah gugur di medan perjuangan.

tapi, tetiba menjengah di benak fikiran ini satu persoalan. adakah kita benar-benar MERDEKA? satu persoalan yang seringkali dilontarkan. lihatlah generasi kita sekarang ini yang masih lagi dijajah pemikiran mereka dengan budaya serta anasir-anasir negatif dari barat.  pelbagai gejala sosial menjadi santapan anak muda zaman sekarang. siapa yang harus dipersalahkan? apa…

salam aidilfitri...

assalamualaikum wrb... salam kemenangan...
kepada semua muslimin dan juga muslimat di seluruh negara, saya ingin ucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. semoga kali ini kita mendapat rahmah dan barakah dari Allah. diharap juga segala amalan kita sepanjang ramadan yang lalu akan diterima oleh Allah SWT. amin.. kepada adik-adik kecil, jangan main mercun yer... kan nanti ada yang raya di hospital.. huhu. yang memandu ketika musim perayaan ni.. berhati-hatilah di jalan raya. ingatlah org tersayang...
dengan itu, saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari MEMOHON MAAF andai ada salah dan silap kepada sesiapa sahaja didunia ini. di hari yang mulia ini, eloklah kita saling memaafi antara satu sama lain. insyaAllah, diharap syawal yang menjelang ini membawa sinar yang bahagia buat kalian dan diri saya juga. insyaAllah, amin...

ketupat lemang enak dijamu, anak kecil bermain pelita, salam lebaran tulus buatmu, tangan dihulur maaf dipinta.

nasi dagang juadah tradisi, menjadi santapan ketika perayaan, ziarah …

realiti umat islam sekarang...

assalamualaikum wrb... hurm.. marilah kita sama-sama hayati video dibawah ni yep... semoga Allah membuka pintu hati kita... amin...

sekadar berkongsi untuk peringatan diri ini juga dan umat islam seluruhnya...



BUAT DUIT?  KLIK DISINI

selamat tinggal cinta...

Cinta...
Ungkapan yang nampak cantik dan indah,
Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang,
Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta,
Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya.
Aku benci cinta...
Kerana cinta aku lalai, kerana cinta aku leka,
Kerana cinta aku alpa dengan dunia,
Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku,
Kerana cinta aku hampir ke alam perzinaan,
Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi,
Kerana cinta aku lupa Akhirat.
Cinta...
Kau sangat merbahaya,
Membawa ke alam kemaksiatan,
Dunia yang penuh noda dan dosa.
Kini aku menyesal,
Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga,
Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua,
Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya.

Cinta...
Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim,
Selamat datang selepas membina rumahtangga,
Selamat tinggal cinta yang penuh noda,
Selamat tinggal...



sumber: www.iluvislam.com



BUAT DUIT?  KLIK DISINI

Ever cleaned your handbags?

MAD Deal of the Day: RM70 instead of RM180 for Handbag Cleaning Services OR RM56 instead of RM80 for Waterproofing Service for Leather Handbags / Purses / Shoes at Atelier, Desa Sri Hartamas.

Women, do we love our handbags don't we? But honestly, how often do you give it a wipe? A polish? Are there cracks in the leather?

Don't ruin your investment, treat them well!


get it... ! click HERE!!!

jangan sesekali kamu...

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya. Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya. Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka. Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu. Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita. Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah. Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cer…

abang...emak redha abang pergi...

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang.…

program transformasi mahasiswa ke luar negara...

assalamualaikum wrb...
apa khabar iman saudara serta saudari sekalian? diharap agar ianya dalam keadaan yang terbaik. insyaAllah.



seperti yang diberitahu dalam entry yang lepas, (menghadiri kursus kenegaraan mahasiswa ke luar negara...). aku telah menghadiri kursus PROGRAM TRANSFORMASI MAHASISWA KE LUAR NEGARA. kursus ini wajib dihadiri oleh semua mahasiswa yang akan berangkat ke luar negara.

emm.. macam-macam yang aku rasai sepanjang kursus ni. mula-mula agak excited nak join kursus ni. mula-mula sampai, mase tuh dah pukul 6 lebih. so, kiteorang ni dah terlewat untuk taklimat. sampai-sampai saje, kami diberi tempat penginapan. antara mereka yang jadi roomates aku ialah ajwad, fakrul, auny, fakhri dan khairil. mula-mula buka pintu bilik tuh, perhhh...! terkejut beruk masing-masing. bile amat cantik dan selesa. tak rasa pun macam tengah berkursus. rasa macam tengah bercuti. ye lar. nama tempat ni pon BUKIT KELUANG BEACH RESORT. memang lar cantik kan...


ok. pada malam tu, bermula lah kursus…

sebulan lagi untukku...

assalamualaikum wrb....
semoga kita masih lagi sihat dan bersemangat untuk mencari banyak pahala di akhir-akhir ramadhan ini... insyaAllah...


hari ni, 21 ogos 2011. sedar tak sedar sebulan lagi aku akan fly ke Russia... macam-macam perasaan aku nih. sedih pom ada. gembira pom ada. tak sabar pom ada. takut pom ada. ye lar ni kali pertama aku akan berMUSAFIRke negara orang...

apa aku nak buat dalam sebulan ni yep? hahaha.. satu soklan yang cukup bernas! seperti di entry sebelum ni, (perkara yang nak dilakukan sebelum ke rusia), aku akan cuba untuk menghabiskan segala hajat ku itu.. insyaAllah, semoga Allah akan menunaikan segala hajat aku... amin... insyaAllah.




ok lar.. semoga berjumpa lagi untuk enrty yang len yep...


assalamualaikum wrb...



BUAT DUIT?  KLIK DISINI

menghadiri kursus kenegaraan mahasiswa ke luar negara

assalamualaikum wrb....
apa khabar semua? harap kita semua masih lagi diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari terakhir ramadhan ini. insyaAllah...

ramadhan bukan menghalang kita untuk melakukan pelbagai aktiviti. ok...!


untuk pengetahuan semua, pada 18-22hb september 2011 ini aku akan menghadiri kursus kenegaraan mahasiswa ke luar negara. so, blog ini akan sekali lagi berhabuk kerana mungkin tak ada entry terbaru dari aku... sedih-sedih...( -_-,) kem ini akan diadakan di kem bukit keluang, Besut. jauh kot...! kikiki

ok, doakan keselamatan aku yepp.. insyaAllah, semoga kursus ini akan mendatangkan manfaat terhadap aku serta sahbat-sahabat yang lain. insyaAllah... aku akan update ape2 yang berlaku di BTN tuh pada next entry kot. insyaAllah aku akan cerita apa yang berlaku. jangan lupa nantikan yep... huhu...

ok lar.
assalamualaikum wrb...



BUAT DUIT?  KLIK DISINI

belajarlah untuk menerima...

assalamualikum wrb....
macam mana kita pada hari ini? bersyukurlah kepada Allah kerana masih membenarkan kita untuk menghirup oxygen-Nya bagi meneruskan kehidupan. alhamdulillah, masih sempat kita bertemu dengan bulan yang mulia ini..

pernahkah kita mendengar kata-kata ini, "TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA KECUALI RASULULLAH"...? sudah tentu kata-kata ini sering menjadi santapan halwa telinga kita bukan?

tetapi, timbul satu persoalan. kenapakah kita hanya mendengar tetapi tidak menghayatinya??? seringkali kita memaki hamun mereka yang melakukan kesilapan padahal kesilapan itu hanyalah kecil sahaja. pernah sahaja kita membenci mereka yang melakukan maksiat dan mengasingkan mereka yang jahil dalam hidup kita. mengapa itu berlaku?

sidang pembaca sekalian, sebagai seorang yang beriman, kita tidak patut mengasing serta membenci kepada mereka yang bergelumang dengan dosa. sebaliknya, kita patut sayang dan kasihan akan mereka. mesti bunyinya agak pelik kan? betul... kita perlu sayang …

kisah seorang budak di masjid...

assalamualaikum wrb... salam ramadhan...
Saya ingin berkongsi satu cerita di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga cerita ringkas ini mampu memberi seribu pengajaran yang bermakna kepada kita semua.

Pada suatu malam di bulan Ramadhan, seorang lelaki sedang mengaji seorang diri di satu sudut di dalam masjid. Selepas beberapa minit dia mula membaca al-Quran, seorang kanak-kanak sekitar usia enam tahun menghulurkan rehal untuk digunakan bagi meletakkan al-Quran yang sedang dibaca. Lelaki itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan kanak-kanak itu membalas dengan sekuntum senyuman.

Namun, di dalam hati lelaki tersebut, beliau merasakan begitu terharu kerana kanak-kanak sekecil itu telah mampu untuk berfikir untuk membantu orang lain tanpa diminta. Pemberian rehal itu nampak kecil tapi sangat bermakna. Membaca al-Quran menggunakan rehal dirasakan jauh lebih selesa dan mudah.

Dalam hati kecil lelaki itu berkata, "Alangkah indahnya jika anak aku nanti mempunyai peribadi seperti buda…

kembalikan chatbox facebook yang lama...

assalamualaikum wrb.... apa khabar? harap-harap sihat lar semua yep.. hari ni aku nak share bagaimana kita nak kembalikan chatbox fb y lama....

first, sila login dulu facebook anda. then, korang hanya perlu tekan pada link dibawah ini dan ikot arahan selanjutnya... selamat mencuba!!!

GET OLD CHAT

BUAT DUIT?  KLIK DISINI

cara mudah mencari muka surat dlm Quran...

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... ;)

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahu…

kisah si penggali kubur...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang …