Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Berpisah Bersama Amanah

Assalamualaikum wbt. Tatkala artikel ini ditulis, diriku sedang berada nun tinggi di atas awan kolumbus. Pada saat ini, pesawat Emirates Airbus 380 sedang meluncur laju di langit biru dan berada di kawasan udara India. Perjalanan dari KLIA menuju ke Dubai International Airport memakan masa lebih kurang 6 jam. Uhhhh. Bosan. namun,jasad ini masih lagi segar dan tidak mengantuk, fikiran terbayang akan bumi yang bakal aku jejak nanti, Moscow. Ya, bumi tarbiyah yang aku rindui. Pelik. Berjauhan dengan keluarga bagi sesetengah yang lain membuatkan mereka terus dihuni sedih dan pilu. Bagi aku, perjuangan mesti diteruskan. Perpisahan itu memang sedih, namun jika kita niatkan Kerana Allah, segalanya akan menjadi indah. Insha Allah. Aku jadikan perpisahan itu sebagai satu obor pembakar semangat. Aku tidak ingin air mata yang keluar di hadapan pintu perlepasaan itu hanya satu lakonan dan hipokrit. Menangis tatkala berpisah namun bermain-main dan tidak bersungguh ketika disana. Apa g

malu la!

salam wbt semua! hari ni rasa nak share sesuatu yang buat aku terfikir panjang dan buat aku jauh merenung akan diri aku sendiri ini. baru-baru ini aku ada message seorang junior aku (bukan sekadar junior tapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri atau macam seorang sahabat baik aku, he is so special to me . ^_^ ) ketika bersekolah di kemaman dahulu. dalam tengah sembang-sembang tu, ada lah terkeluar satu topik yang tetiba menginsafkan diri ini. topiknya adalah doa! bukan cara untuk berdoa tetapi masa berdoa itu sendiri. maksud aku, kita sebagai manusia ini sering berdoa ketika susah dan menghadapi masalah sahaja. masa lain? entah kemana doanya itu... kata sahabat aku itu (lebih kurang laaa...), "kita berdoa kepada Allah, tetapi kita sering bermaksiat (melakukan dosa) kepada Allah. Allah nak makbulkah doa kita? tak malu ke kita?" sentap. terasa begitu hinanya diri ini. malu. malu dengan Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. kita bertidura

Bergembiralah di 'sana'

Allahu Allah. tatkala rakyat Malaysia masih lagi dalam 'mood' raya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan krisis di Mesir yang memuncak serta semakin meruncing. Ruang 'home' di facebook ini dipenuhi dengan gambar-gambar, berita serta perkembangan semasa yang berlaku di Mesir. Ketika artikel ini ditaip, seramai 2 000 lebih rakyat mesir yang tidak berdosa telah terkorban dan puluhan ribu lagi tercedera akibat serangan 'tentera anti rusuhan' mesir yang dikepalai oleh General As Sisi. ya Allah, dalam sekelip mata sahaja beribu nyawa telah pergi bertemu dengan-Mu. Mesir Berdarah! Lebih 2500 - Syahid. Lebih 3000 - Ditangkap. Lebih 10000 - Cedera. Lebih 200 - Jurugambar dibunuh. Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera. Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera. Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera. Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera. kejam! * * * * * Sepanjang bulan ramadhan yang lalu, mereka (pro-Dr Morsi) mengadakan perhimpunan aman bagi mem

Syawal Penentu kejayaan Ramadhan

assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Allahu... Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ada Ramadhan pada tahun hadapan? Allahu'alam. apa yang pasti, kita semua sudah melakukan yang terbaik sepanjang berada pada bulan yang mulia itu. tapi, harus kita ingat bahawa ramadhan yang baru sahaja berlalu itu adalah suatu tempoh 'persiapan' bagi kita untuk menempuh 11 bulan yang akan datang. tempoh persiapan diri yang diberikan oleh Allah itu rasanya cukup dan sangat bermakna lebih-lebih lagi dengan pelbagai ganjaran yang ditawarkan. dilipat gandakan pahala setiap amalan.  diberinya malam al-qadar. dibuka seluas-luasnya pintu taubat dan rezeki. pintu syurga terbuka dan tersergam indah. pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. syaitan digari dan dijauhkan daripada manusia serta pelbagai lagi nikmat yang ditawarkan. Namun, Penentu kejayaan kita pada bulan Ramadhan adalah ketika di bulan syawal dan bulan-bulan seterusnya. kenapa? huhhh..

Promise from Him

Allah didn't promise that life would be easy,  but He promise to go with you in every step of your life.  with Him by your side,  so be ISTIQAMAH in every effort you do. #Mujahadah #Istiqamah

kebergantungan

kepada siapakah kebergantungan kita selama ini? sejauh manakah kebergantungan kita? adakah kita benar-benar yakin pada Allah? #Muhasabah #WeNeedAllah "The more you need Allah, the more Allah comes to you," Jasmin Mogahed

Russian Student Summer Retreat (RSSR) 2013

Allahu... Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. tiada apa perkataan yang mampu diungkap selain puji-pujian kepada Allah swt atas segala perancangan dan aturan-Nya yang begitu indah. mungkin sebelum ini, hati berkata tidak mungkin dan tidak mampu mungkin juga hati ini berkata ianya tidak seindah yang disangka menggalas amanah yang tidak pernah sebelum ini terasa diri kerdil dan hina namun, siapa tahu akan ketentuan Illahi mengatur segala perancangan begitu indah dan bermakna adanya mereka disisi yang senantiasa menghulur tangan tanpa mengira masa siang mahupun malam membantu diri ini menjalankan tanggungjawab jazakumullah khairan kathira, semua. sebelum ini ku rasakan dirinya tidak akan hadir setelah sekian lama mata tidak bertemu setelah sekian lama tangan tidak berjabat mesra jauh sekali untuk bersama dalam perjuangan tetapi aku silap, silap dalam mentafsir dirinya sudah lain dan berubah aku kagum, bangga juga ada melihat dirinya yang begitu ingin tercari-cari a