Skip to main content

keagungan mukjizat Mu....

assalamualaikum wrb...
pada pagi ni, terbaca satu arikel yang cukup menarik. tajuk artikel itu,

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol, sumber : berita harian_22 jun 2011

di dalamnya terkandung seribu satu rahsia...

ya Allah, sungguh agungnya Mukjizat yang Engkau kurniakan kepada kami. Al-quran, kalam Allah yang mempunyai seribu satu kelebihan dari segala aspek. jika kita meneliti dan mengkaji kalamullah itu, kita mendapati bahawa Al-Quran mendahului zaman. pelbagai penemuan oleh para saintis pada masa kini telah lama disebut di dalam Al-Quran. subhanallah.....

namun, marilah kita bersama-sama bermuhasabah terhadap diri kita ini. adakah kita menjadikan bacaan al-Quran itu satu amalan seharian? berapa lama telah kita tinggalkan al-Quran? adakah kita layak bergelar seorang islam sedangkan kita tidak tahu membaca kalamullah itu? kenapa kita tidak berasa malu kerana tidak tahu membaca al-quran?


astagfirullah.... ya Allah, ampunilah kami ini...

al-Quran umpama benteng pertahanan bagi diri kita ini. al-Quran juga sebagai pembela kita di akhirat kelak. namun, al-Quran juga akan menjadi pendakwa kita di sana kelak. pernah terdengar akan kata-kata ini, "jika kita meninggalkan al-Quran sehari, al-Quran akan meninggalkan kita 10 hari".

al-Quran juga dapat menenangkan jiwa manusia yang dalam keresahan. bait-bait cinta Allah yang tertulis dalam al-Quran ini mampu melahirkan kesenangan dan kelapangan dalam dada kita.

pesanan ini buat insan yang menulis entry ini juga. semoga kita sama-sama membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian kita. dan diharap kita sentiasa dibawah lembayung RAHMAT dari yang Maha Kuasa.

assalamualaikum wrb....









Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...