Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

teguhkanlah iman kami, ya Allah...

assalamualaikum wrb...


lama aku tidak menulis entry terbaru. tiba-tiba pada hari ini Allah telah menggerakkan jiwaku untuk menulis luahan hati. bukan ingin memburukkan sesiapa namun, hanya sekadar iktibar untuk sama-sama kita fikirkan...

sebagai mukaddimah entry ini, eloklah kita berdoa agar kita semua dibukakan pintu hati, dilapangkan fikiran untuk merenung serta memuhasabah diri. Hanya Allah tempat kita menadah doa, memohon sesuatu....
dalam kehidupan ini, memang mereka yang bernama MANUSIA tidak akan lari daripada melakukan khilaf dan dosa. namun, perkara itu mampu kita kurangkan serta bendung.

pengalamanku berada di negara bukan islam ini amat menakutkan aku. walau baru hanya beberapa bulan, namun melihat rakan-rakan seperjuangan yang kini asyik melayan godaan dunia yang sementara, bergelumang dalam lautan dosa, serta terjerumus dalam lohong kehinaan; amat merisaukan aku. pergaulan lelaki dan perempuan tiada batasan agamanya, mencuba sesuatu yang haram, serta mengabaikan tuntutan s…

salam maal hijrah 1433H

assalamualaikum wrb.... dan salam maal hijrah 1433H....
alhamdulillah. syukur kepada Allah atas nikmat-Nya kita masih lagi bernyawa pada hari ini... alhamdulillah....


Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya disisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 4:100)

semoga tahun baru ini memberi kita sinar baru untuk menempuh segala onak dan duri kelak. semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. insyaAllah....
untuk gambar yang lain, sila ke http://ashrulcollections.blogspot.com
assalamualaikum wrb... selamat tahun baru hijrah!!!!
salam seribu kali sayang dari bumi moscow.....

winter is coming!!!

assalamualaikum wrb....
apa khabar semua?  lama pula aku tak meng"update" blog ni kan? bukan apa, memang sibuk sangat.. ni pun curi-curi masa study untuk buat entry terbaru... sebab rindu pada blog ini katakan... huhu

untuk entry kali ini, aku tak akan menulis panjang sebab sibuk. so, hanya gambar2 yang menjadi isi blog pada kali ini.....









itu sahaja... selamat bergembira! moga dirahmati Allah selalu, insyaAllah..
assalamualaikum wrb...
salam seribu kali sayang dari bumi moscow!

beraya di perantauan....

takbir raya.


assalamualaikum wrb....
salam aidiladha 1432H.


alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meraikan hari yang penuh bermakna bagi kita umat Islam iaitu Hari Raya Aidiladha 1432H.

inilah kali pertama aku beraya berjauhan beribu kilometer dari keluarga. perasaan agak sedih juga namun aku tahu, bahawa aku berada di sini adalah ingin menuntut ilmu Allah yang Maha Luas serta ingin mencapai cita-citaku bergelar seorang doktor. memang tidak dapat dinafikan kemeriahan menyambut aidiladha di Malaysia amat meriah berbanding di sini. tapi, itu bukan batu penghalang bagi kami di sini untuk menyambutnya dalam keadaan serba sederhana namun agak bermakna.

perjalanan kami dari asrama pada jam 8.00pg (waktu ini masih subuh lagi, so keadaanya agak gelap dan sejuk...). walaupun kami tahu pada hari ini suhu akan jatuh pada paras -10 darjah celcius, namun dengan semangat yang kental, kami meredah kesejukkan itu semata-mata ingin bersama-sama masyarakat malay…

bermula perjalananku sebagai pelajar perubatan...

assalamualaikum wrb...
sesungguhnya Allah jualah yang menghendakkan kita untuk hidup pada hari ini. alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.


Allahmdulillah, aku bersyukur kerana setelah sekian lama berada di bumi moscow, akhirnya aku telah menjadi pelajar perubatan yang sah di First Moscow State Medical University. wow! lebih sebulan aku tidak berbuat apa-apa di sini, dan pada saat ini, bermulalah perjuangan aku untuk mencapai cita-citaku.

kata orang, Allah lebih mengetahui apa yang berlaku dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya... senior aku disini ada cakap, "kalau awak berjaya menempuh kehidupan sebagai pelajar perubatan di rusia selama 6 tahun, InsyaAllah, awak akan boleh survive jika diletakkan kat mana-mana nanti bila dah kerja". hal ini kerana, belajar perubatan di sini bukan senang yang dijangka. pelbagai ujian dan dugaan perlu kami lalui di sini. contohnya, masalah bahasa komunikasi, keadaan suhu, kelas yang jauh, makanan halal dan lain-lai…

Moscow race 2011 anjuran KUMOSC...

assalamualaikum wrb...
alhamdulillah, bersyukur sekali lagi ke hadrat Allah swt atas kesempatan yang diberikannya kepada kita untuk hidup pada hari ini...


untuk pengetahuan semua, pada 30hb Oktober 2011 aku bersama kawan-kawan aku yang lain telah menyertai satu pertandingan yang dinamakan MOSCOW RACE anjuran Kelab UMNO Moscow atau singkatannya KUMOSC. tujuan program seumpama ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada kami mengenai sistem metro (kereta api) dan memberi kesempatan kepada kami untuk mengenal tempat-tempat yang menarik di moscow.

pertandingan ini bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. pertandingan ini bermula serta berakhir di Pejabat Kedutaan Malaysia di Rusia. wow! memang best la. macam-macam tempat yang kami pergi, contohnya zoo, shopping mall, red square, dan lain-lain lagi. di setiap tempat tersebut, kami dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberi. tugasannya tak la sesukar mana pun.. hahaha...








alhamdulillah, pasukan aku iaitu pasukan…