Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

RENUNGAN #Jumaat_2 | The Prophet Lifestyle

" Indeed in the Messenger of Allah (Muhammad  ) you have a good example to follow for him who hopes in (the Meeting with) Allah and the Last Day and remembers Allah much." (Al-Ahzaab: 21) The Prophet Lifestyle Talk SOFTLY Walk HUMBLY Eat SENSIBLY Breathe DEEPLY Sleep SUFFICIENTLY Dress PROPERLY Interact POLITELY Act FEARLESSLY Work PATIENTLY Think TRUTHFULLY Believe CORRECTLY Behave DECENTLY Learn PRACTICALLY Plan ORDERLY Earn HONESTLY Let's us make our beloved Prophet Muhammad (PBUH) as our role model! p/s: Don't forget to recite Al-Kahfi! =)

Hijrah yang payah

Menjadi lumrah dan fitrah seseorang insan yang hidup di muka bumi ini untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Namun, jalan perubahan yang ditempuh itu amat sukar dan payah. Ini menyebabkan ramai diantara mereka tersungkur, rebah dan tewas. Ya, hijrah itu payah. Jika kita berdoa untuk berubah, Allah akan memimpin kita kearah perubahan itu. Namun, harus kita ingat bahawa jalan itu akan membawa kita untuk menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi. Kenapa? kerana Allah inginkan kita berubah. Percayalah dengan setiap dugaan yang kita tempuh itu akan menjadikan kita lebih kuat, matang dan 'bersih' dari segala dosa yang selama ini menghantui kita. Cuba bayangkan proses penapisan air mineral. dari air yang kotor, ianya perlu melalui pelbagai jenis tapisan, saringan dan pemeriksaan sehinggalah ia selamat untuk dikeluarkan. Dari proses saringan, flokulasi, pengenapan, dan akhirnya pengeluaran air itu menjadi bersih serta selamat untuk diminum. begitulah kita, jika ki

Kenyataan Hidup disebalik permainan ini

Seorang guru wanita sedang  bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.  Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sa

RENUNGAN #Jumaat_2 | Rezeki

Setiap anak Adam itu telah ditetapkan rezeki baginya. Usahlah kita dengki mahupun iri hati terhadap mereka. Mungkin mereka akan peroleh apa yang tidak kita perolehi dan mungkin juga sebaliknya. Percaya, Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Tawakal, pilihan terakhir?

"Aku tawakal je esok" Dalam dunia pelajar ni, saya pasti ramai diantara kita yang pernah mendengar ungkapan tersebut. Malah ada yang sering menggunakannya terutama tatkala musim peperiksaan. Betul tak? Ada yang tawakal selepas berusaha. Ada yang tak usaha langsung tapi tawakal. Huh. Hebat. Tawakal adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Erti tawakal adalah kita berserah diri dan menyandarkan segala pergantungan kita kepada Allah. Tapi, persoalan. Sejauh manakah kebergantungan kita pada Allah? Persoalan yang rasanya boleh dijawab oleh tuan empunya badan la kot. "Tawakal itu bukan ketika akhir usaha tetapi tawakal ketika kita sedang berusaha" Maksudnya, sambil kita berusaha keras dalam pelajaran atau apa jua perkara yang dilakukan, kita mestilah meng'pusat'kan segalanya hanya kepada Allah. Ketika kita melaksanakan usaha yang sudah pasti super duper power, jangan lupa untuk terus bergantung kepada Allah. "Allah tengok usaha bukan r

PMR 2013

assalamualaikum wbt! Selamat maju jaya buat adik-adik yang menduduki PMR buat kali yang terakhir! ehhh? huhu setelah 3 tahun adik-adik berjuang, kini tiba lah masa untuk adik-adik membuktikan segala ilmu yang adik timba itu diatas medan peperiksaan. ni abang nak kasi tips sikit. heee... jangan lupa untuk: --> berdoa jaga hubungan dengan Allah meminta restu dari ibu bapa meminta dihalalkan ilmu dari guru-guru bermaafan sesama kita jaga kesihatan dan pemakanan serta keselamatan diri pastikan kelengkapan lengkap tidur awal dan bangun awal berwuduk atau berpuasa sepanjang hari peperiksaan semoga Allah permudahkan urusan adik-adik dan memberi kejayaan dalam PMR serta kejayaan didunia dan akhirat. aminnn. USAHA + DOA + TAWAKAL

Meminta pada si Pemberi

Setiap manusia mempunyai keinginan serta harapan pada sesuatu. Benar kan? Itu lumrah bagi manusia. Sudah pasti setiap diantara kita yang mempunyai bermacam-macam perkara yang diingini baik dari segi material mahupun bukan material. Ehh, bukan material? Huh, maksud saya perkara yang bukan berbentuk jisim contohnya kebahagian, ketenangan dan lain lagi la. Huhu. Mungkin yang tak ada keinginan tu tak normal kot! Ehhh. Ok, let's imagine. Jika kita ingin meminta pertolongan untuk membaiki kereta, siapa yang harus kita cari? Eh, takkan nak cari tukang masak kot. Sudah tentu 'pomen' atau mekanik kan. Mencari mereka yang arif dalam bidang mereka. Point disini adalah, jika kita ingin meminta sesuatu, pintalah kepada yang sentiasa mendengar dan yang pasti menolong kita. Mutakhir ini, dengan kemajuan teknologi 'mukabuku', 'burung biru', dan bermacam lagi laman sosial yang ada, kita lihat masyarakat lebih cenderung untuk meminta pada 'dinding' atau pun

Cerita Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.  Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.  Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.  Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil.  Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.  Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih

Berkorban atau terkorban?

Berkorban atau terkorban? Huh, banyak tafsiran yang mampu kita keluarkan dari persoalan tersebut. Ianya bergantung pada sudut pandang seseorang. Untuk post kali ni, saya akan cuba membawa para pembaca untuk berfikir jauh dan mendalami sampai pening kepala lutut tu. Ehhh? Sejauh manakah pengorbanan kita demi agama? Atau adakah kita sudah terkorban jauh dari agama? Dua soalan yang berbeza namun ianya mempunyai impak yang dahhsssyyyaaatttt! KebaboooommmMMMM. Jika mereka jauh nun di Mesir, Palestin, Syria dan lain-lain lagi sudah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka untuk berkorban demi agama. Pengorbanan mereka bukan main-main kira bulu kaki ataupun hangat-hangat najis (baca= tahi) ayam. tetapi pengorbanan mereka ber'nilai'kan nyawa dan darah! Kita? Adakah kita sudah ber'mandi'kan darah demi agama? *tersedakkkk. hukk hukkk. Ohhh, jauh sekali kot. Saya rasa kita ni asyik ber'mandi'kan peluh busuk hasil ber'gangnam stlye'

Tautan fillah

Mulanya dikau tidak ku kenali Mata saling berpandangan senyuman meniti Tangan dihulur pipi bertemu pipi Tanda tautan sebuah memori Bermulanya kisah ikatan hati Masa silih berganti pasti Siang berganti malam Hari berganti minggu Bulan berganti tahun Si kecil sudah menjadi syabab perkasa Si muda sudah menjadi si tua Benih kecil menjadi pepohon rendang Si bunga mekar bertukar buah ranum Semuanya berlari berkejaran fitrah dituruti Yang lepas adalah sejarah Lipatan sejarah wajar hayati Adakalanya kita dilanda badai Saling mencuka antara dua hati Bertegur tidak bersapa tidak Dimana silap cuba dicari Diri diinsafi jiwa menangisi Maaf dipinta mewakili diri Mengharap ikatan terus tersemai rabitah kita kerana redha-Nya yang dicari bukan sekadar sebuah ikatan ikatan fillah bertiangkan syahadah ikatan fillah berpasakkan akidah kerana Dia kita bertemu kerana Dia juga kita berpisah perpisahkan kita hanya pada jasad namun pertemuan hati kekal hingg

Berpisah Bersama Amanah

Assalamualaikum wbt. Tatkala artikel ini ditulis, diriku sedang berada nun tinggi di atas awan kolumbus. Pada saat ini, pesawat Emirates Airbus 380 sedang meluncur laju di langit biru dan berada di kawasan udara India. Perjalanan dari KLIA menuju ke Dubai International Airport memakan masa lebih kurang 6 jam. Uhhhh. Bosan. namun,jasad ini masih lagi segar dan tidak mengantuk, fikiran terbayang akan bumi yang bakal aku jejak nanti, Moscow. Ya, bumi tarbiyah yang aku rindui. Pelik. Berjauhan dengan keluarga bagi sesetengah yang lain membuatkan mereka terus dihuni sedih dan pilu. Bagi aku, perjuangan mesti diteruskan. Perpisahan itu memang sedih, namun jika kita niatkan Kerana Allah, segalanya akan menjadi indah. Insha Allah. Aku jadikan perpisahan itu sebagai satu obor pembakar semangat. Aku tidak ingin air mata yang keluar di hadapan pintu perlepasaan itu hanya satu lakonan dan hipokrit. Menangis tatkala berpisah namun bermain-main dan tidak bersungguh ketika disana. Apa g

malu la!

salam wbt semua! hari ni rasa nak share sesuatu yang buat aku terfikir panjang dan buat aku jauh merenung akan diri aku sendiri ini. baru-baru ini aku ada message seorang junior aku (bukan sekadar junior tapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri atau macam seorang sahabat baik aku, he is so special to me . ^_^ ) ketika bersekolah di kemaman dahulu. dalam tengah sembang-sembang tu, ada lah terkeluar satu topik yang tetiba menginsafkan diri ini. topiknya adalah doa! bukan cara untuk berdoa tetapi masa berdoa itu sendiri. maksud aku, kita sebagai manusia ini sering berdoa ketika susah dan menghadapi masalah sahaja. masa lain? entah kemana doanya itu... kata sahabat aku itu (lebih kurang laaa...), "kita berdoa kepada Allah, tetapi kita sering bermaksiat (melakukan dosa) kepada Allah. Allah nak makbulkah doa kita? tak malu ke kita?" sentap. terasa begitu hinanya diri ini. malu. malu dengan Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. kita bertidura

Bergembiralah di 'sana'

Allahu Allah. tatkala rakyat Malaysia masih lagi dalam 'mood' raya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan krisis di Mesir yang memuncak serta semakin meruncing. Ruang 'home' di facebook ini dipenuhi dengan gambar-gambar, berita serta perkembangan semasa yang berlaku di Mesir. Ketika artikel ini ditaip, seramai 2 000 lebih rakyat mesir yang tidak berdosa telah terkorban dan puluhan ribu lagi tercedera akibat serangan 'tentera anti rusuhan' mesir yang dikepalai oleh General As Sisi. ya Allah, dalam sekelip mata sahaja beribu nyawa telah pergi bertemu dengan-Mu. Mesir Berdarah! Lebih 2500 - Syahid. Lebih 3000 - Ditangkap. Lebih 10000 - Cedera. Lebih 200 - Jurugambar dibunuh. Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera. Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera. Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera. Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera. kejam! * * * * * Sepanjang bulan ramadhan yang lalu, mereka (pro-Dr Morsi) mengadakan perhimpunan aman bagi mem

Syawal Penentu kejayaan Ramadhan

assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Allahu... Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ada Ramadhan pada tahun hadapan? Allahu'alam. apa yang pasti, kita semua sudah melakukan yang terbaik sepanjang berada pada bulan yang mulia itu. tapi, harus kita ingat bahawa ramadhan yang baru sahaja berlalu itu adalah suatu tempoh 'persiapan' bagi kita untuk menempuh 11 bulan yang akan datang. tempoh persiapan diri yang diberikan oleh Allah itu rasanya cukup dan sangat bermakna lebih-lebih lagi dengan pelbagai ganjaran yang ditawarkan. dilipat gandakan pahala setiap amalan.  diberinya malam al-qadar. dibuka seluas-luasnya pintu taubat dan rezeki. pintu syurga terbuka dan tersergam indah. pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. syaitan digari dan dijauhkan daripada manusia serta pelbagai lagi nikmat yang ditawarkan. Namun, Penentu kejayaan kita pada bulan Ramadhan adalah ketika di bulan syawal dan bulan-bulan seterusnya. kenapa? huhhh..

Promise from Him

Allah didn't promise that life would be easy,  but He promise to go with you in every step of your life.  with Him by your side,  so be ISTIQAMAH in every effort you do. #Mujahadah #Istiqamah

kebergantungan

kepada siapakah kebergantungan kita selama ini? sejauh manakah kebergantungan kita? adakah kita benar-benar yakin pada Allah? #Muhasabah #WeNeedAllah "The more you need Allah, the more Allah comes to you," Jasmin Mogahed

Russian Student Summer Retreat (RSSR) 2013

Allahu... Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. tiada apa perkataan yang mampu diungkap selain puji-pujian kepada Allah swt atas segala perancangan dan aturan-Nya yang begitu indah. mungkin sebelum ini, hati berkata tidak mungkin dan tidak mampu mungkin juga hati ini berkata ianya tidak seindah yang disangka menggalas amanah yang tidak pernah sebelum ini terasa diri kerdil dan hina namun, siapa tahu akan ketentuan Illahi mengatur segala perancangan begitu indah dan bermakna adanya mereka disisi yang senantiasa menghulur tangan tanpa mengira masa siang mahupun malam membantu diri ini menjalankan tanggungjawab jazakumullah khairan kathira, semua. sebelum ini ku rasakan dirinya tidak akan hadir setelah sekian lama mata tidak bertemu setelah sekian lama tangan tidak berjabat mesra jauh sekali untuk bersama dalam perjuangan tetapi aku silap, silap dalam mentafsir dirinya sudah lain dan berubah aku kagum, bangga juga ada melihat dirinya yang begitu ingin tercari-cari a

Sahabat, teruskan perjuangan!

Buatmu sahabat yang jauh dimata, Buatmu sahabat yang dekat dihati. Benar, hidup ini ada kisahnya ada juga jalannya, Kisah kita berbeda jalan kita juga berbeda, Namun, tujuan kita tetap sama Natijah kita juga tetap sama Ya sama, aku kamu dan juga dia. Mengejar syurga mendamba mardhatillah Mungkin kini jalanmu penuh duri Terpaksa menongkah ranjau jalan berliku Terasa pahit, pedih dan buntu Jiwa diselubungi resah gelisah Terasa akan putus asa dibisik si iblis durjana Akan adakah yang lebih baik hari esok? Duhai sahabat, Yakinlah dengan janji Tuhanmu Percayalah pada qada' dan qadar-Nya Ingatlah semuanya sudah tertulis Tercatat di Luh Mahfuz akan rezekimu, Hari esok akan menunggumu pasti Sebuah sinar kejayaan bergemerlapan Terbitnya sang pelangi indah Setelah turunnya si hujan rahmat Sahabat, teruskan perjuangan !

Ramadhan Giveaways 2013

Bismillahirahmanirahim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ramadhan Giveaways 2013 3 - 10 Julai 2013 IFTITAH PEMBUKA KALAM Alhamdulillah. Buat julung kalinya blog "Merempit ke Syurga" akan melancarkan satu 'giveaways' atau pemberian hadiah secara percuma bersempena dengan bulan Ramadhan al Mubarak 1434H bersamaan 2013M.  TEMA "Ramadhan, permulaan sebuah kehidupan menuju Tuhan" TARIKH 3hb Julai - 10hb Julai 2013 OBJEKTIF 1. Sebagai persiapan menghadapi bulan mulia, Ramadhan. 2. Membantu mereka untuk mempelajari islam serta memberi sedikit dorongan dalam mengharungi kehidupan. 3. Sebagai galakan atau 'booster' untuk mereka terus bersemangat dalam bulan ramadhan ini. 4. Membantu serta memotivasikan mereka yang sedang dalam proses perubahan diri kearah yang lebih baik. SASARAN 1. Masyarakat Islam yang susah/tidak berkemampuan/berada di Sabah dan Sarawak. 2. Remaja Islam yang dalam proses perubahan diri, d

namanya Dunia

Letakkan Dunia hanya diTangan bukan diHati. Ia sekadar alat bukan sebagai matlamat. Cita Firdausi itulah tujuan Bumi fana hanya persinggahan menanam amalan menuai bekalan untuk bertemu Tuhan insan berharap jannah syurga impian semoga Dia mendengar bisikan...

Di Bumi ini

di bumi ini aku dicampak hati ku kuat memberontak gusar ku iman ini dipijak gundah ku jiwa ini dirompak tanpa tujuan tersesat kelak di bumi ini aku bertemu bertemu dengan cinta-Mu cinta yang selamai ini ditunggu cinta yang selama ini ditagih rindu indahnya aturan kekuasaan-Mu di bumi ini aku dibaja dengan iman dan takwa berukhuwah atas jalan agama bekerja atas semangat agama belajar demi mencari agama bumi ini banyak memberiku kekuatan bumi ini banyak mengajar aku erti Islam bumi ini banyak mengatur tatahidup ku bumi ini banyak membuka hati dan minda ku di bumi ini ya, di bumi ini aku bersyukur kehadrat-Mu ya Allah meletakkan aku di bumi ini.. oh bumi ini...

kuat dan terus kuat!

menangis itu bukan tandanya kita mengalah,  tetapi  menangis kerana kita sudah menghampiri kejayaan! Semakin Allah menguji kita, Semakin Allah rindukan kita. bertuahlah kita andai dipilih oleh-Nya!

jerebu dan kita

assalamualaikum wbt semua! macam mana keadaan anda semua? diharap agar kita berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. insha Allah. al-maklumlah musim2 jerebu ni kan... * * * tangan manusia keadaan jerebu di negara kita semakin pulih. alhamdulillah. pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh kita kutip dan albumkannya di dalam hati kita agar ia menjadi satu rujukan hidup dimasa hadapan. teringat akan satu firman Allah didalam alQuran Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) . (Q.S: Ar Ruum: 41) nah, apa yang berlaku itu sebenarnya adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri. baik dilaut mahupun didarat. menyingkap bencana jerebu yang melanda negara, ia disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di negara jiran kita. bukankah benar firman Allah itu? tepuk dada tanya iman. * * * nikmat yang hilang