Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, sebuah buk

Di sebalik Kota Soviet

suasana solat sunat aidilfitri di salah sebuah masjid di Moscow. sumber: google “Sementara itu, di Mosko Rusia lebih 60 000 umat agama islam membanjiri Masjid Sabornaya bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri....” Aku terus menoleh ke kaca TV. Telinga aku begitu tajam apabila mendengar perkataan ‘Mosko Rusia’ yang disampaikan oleh pemberita salah sebuah stesen televisyen tempatan tersebut. Entah mengapa aku amat sensitif apabila disebut perkataan itu, mungkin kerana aku sedang belajar di sina atau mungkin pengalaman di sana yang membuatkan aku begitu dekat dengan negara bekas jajahan komunis itu. “Ramainya orang. Sampai melimpah kat jalan raya,” ujar ayah aku. “Ya ayah. Mursyid pernah lihat sendiri dengan mata kepala Mursyid ni. Memang rasa teruja bila solat bersama mereka,” balas aku. Tiba-tiba fikiran aku terbang tinggi hingga ke Kota Metropolitan Mosko. Aku mengimbau kembali apa yang aku lihat dan rasai disana. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana, pelb

Masjid dan pencuri

Ada satu masa tu, sambil aku scroll muka buku (baca = Facebook), tetiba aku lihat satu video. Video kecurian di salah sebuah masjid di Malaysia. Oh, ya. kenapa aku cerita mengenai kes kecurian wang masjid di malaysia? sebab ada satu kisah yang menarik yang aku perolehi ketika aku berjaulah di bum Dubai. Nak dijadikan cerita, hotel (Emirates Concorde Hotel) yang aku menginap itu hampir dengan sebuah masjid. Bukan masjid yang terkenal pun. Cuma masjid macam biasa di Malaysia namun ianya agak cantik dan baru. Kawasan itu kalau tak silap aku di Daerah Deira, Dubai. Nama masjid aku tak ingat. Nak dijadikan cerita, selepas kami check out dari hotel tersebut, kami mengambil keputusan untuk solat zohor (jamak dan qasar Asar terus) di masjid tersebut. jadinya, kami memasuki kawasan masjid dan menuju ke tempat wuduk. Kami teragak-agak untuk meninggalkan barang-barang kami. Ya lah, macam-macam ada dalam beg tu. Tiba-tiba datang seorang pak cik menegur kami, "You just can put your st

Akhlak, mana akhlak?

Sejak diakhir Ramadhan, dunia politik di Malaysia melihatkan beberapa aksi politik yang macam-macam. Jika kita sedang berlumba-lumba melipat gandakan amalan di penghujung ramadhan, kita disajikan dengan suasana politik didalam pakatan rakyat. Berlakunya sedikit perpecahan didalam PAS dan penubuhan sebuah NGO baharu yang dikenali Gerakan Harapan Baru (HARAPAN BARU). Oh, ya. Aku tak berminat untuk mengulas hal NGO baharu ini sebenarnya kerana aku belum lagi betul-betul mengkaji akan hal ini. Jadi, lebih baik aku perhatikan dahulu. Fuhh, semalam kita juga disajikan lagi dengan satu episod politik Malaysia yang melihatkan TPM kita dilucutkan jawatan dan diganti dgn TPM yang baru. Serta ada juga beberapa orang menteri serta timb menteri dilucutkan jawatan dan digantikan dengan muka baharu. Kecoh satu Malaysia. Di Samping itu, kita juga dihidangkan dengan isu-isu besar negara seperti kes 1MDB, MARA, KWSP, Tabung Haji, Nilai Ringgit yang menjunam, GST dan lain-lain lagi. Ramai rakyat mar

Politik dan Generasi muda

Wow! Hari ini kecoh satu Malaysia mengenai satu lagi adegan politikus Malaysia yang tak habis-habis (grab pop corn!) . Kali ini kes DS Najib menggubar kabinetnya yang baru dan menyebabkan TS Muhyiddin dilucutkan jawatan sbg TPM. Wallahu'alam. Aku tak mahu ulas panjang mengenai politikus2 ini yang tak habis bermain wayang, nanti kan dikata aku pula tiba-tiba menjadi profesor politik segera. Haha. Tak nak la! Tetapi, apa yang menarik minat aku adalah penglibatan generasi muda kini terhadap politik. Alhamdulillah, aku tengok ada perubahan dan peningkatan dalam kalangan generasi sekarang ini untuk lebih celik politik. Jika dahulu ramai anak muda yang berpolitik 'ikut-ikut'. Apa yang mak ayah sokong, itulah yang anak-anak akan sokong. Namun kini, generasi kita dah makin pandai dan celik! Mereka boleh menilai dengan mata kepala mereka sendiri. Namun, kadang-kadang pergolakkan yang berlaku dalam politik membuatkan anak muda muak dan menyampah dengan situasi politik di Malaysi

Pencakar langit di tengah padang pasir

Assalamualaikum wrh. Alhamdulillah, untuk tahun 2015 aku mengambil peluang untuk berjaulah waktu musim panas ketika aku perjalanan pulang ke tanah air. Tempat yang aku tuju adalah Dubai. Ya, Dubai. Bukan lama pun, hanya 24 jam lebih sahaja. Walau sekejap, tapi banyak benda yang aku dapat dan lihat sepanjang aku berada di sana. Bila disebut Dubai, sudah pasti apa yang terbayang di minda kita adalah Burj Khalifa. Ya, bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Sebelum aku ke sana, ada juga la aku buat pembacaan sikit-sikit walaupun aku waktu tu tengah dalam musim peperiksaan. hehe. Nak rehatkan minda kata orang. Untuk pengetahuan, Dubai dahulunya adalah satu perkampungan nelayan. Dimana, sumber ekonomi mereka adalah hasil tangkapan laut. Dan di sana, seluruhnya padang pasir yang tiada apa-apa. Sehinggalah Emir Dubai pada saat itu, Sheikh Rashid bin Saeed al-Maktoum telah melakukan transformasi ke atas tanah teluk tersebut. ( link 1 ) ( link 2 ) Menuju ke Burj Khalifa san

Kotor mereka demi kita!

Aku pasti, tatkala menjelang hari raya pasti ramai yang merungut akan sampah yang berlonggokan dan tidak dikutip. Siap ada yang maki hamun lagi. ahhh. aku geram dengan perangai mereka yang asyik nak komen dan menghentam tak tentu pasal ni. Tahukan anda, pekerja-pekerja yang mengutip sampah atau aku lebih selesa memanggil mereka 'jurutera kebersihan' ini sanggup berkorban masa, tenaga malah berkorban untuk TIDAK memakai baju raya malahan mengambil keputusan untuk TIDAK beraya bersama famili mereka semata-mata ingin memastikan kebersihan kawasan sekitar lebih terjamin. imej: google Kita nak merungut lagi ke? Tak sedar ke yang kita sebenarnya yang 'menghasilkan' sampah sarap yang banyak. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini. Sampah sarap yang dihasilkan adalah dua kali ganda! Banyak tu. Aku tertarik artikel yang ditulis didalam satu portal berita untuk Negeri Terengganu ( link ). Artikel mengenai jurutera kebersihan yang sanggup bergelumang dengan kotoran de

DIAgnosis

Imej dari google Tajuk:   DIAgnosis. Penulis:   Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah Penerbit:  DUBOOK Genre :  Perkongsian Pengalaman Seorang Pegawai Perubatan. Sinopsis dari buku: Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 1) kaya 2) bergaya 3) 'galmour' 4) Rasa 'superior' Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran. Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tet