Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

ubat itu pahit?

assalamualaikum wrh uuuoolllsssss! pernah makan ubat tak? huh! aku yakin mesti semua diantara kite ni pernah makan ubat kan. dari kecik sampai besar, kalau sakit je mesti cari ubat. ape rase ubat ea? best x? hehe. yup, mostly ubat yang ada kat klinik dan farmasi tu pahit kan. kecuali la ubat utk baby yang manis n sedap tu... hehe.. *ubat cap ibu dan anak* .. biarpun pahit tak terkata, tapi sanggup telan demi nak cepat baik. ada juga yang jenis takut makan ubat la, makan ubat dgn air milo (*oppss boikot barangan NESTLE ye... hehe) dan macam2 lagi caranya. tapi, tujuan tetap satu.. untuk nak sembuh. fuhhh.. hebat. hoho. tapi ape yang terjadi last2 lepas kite makan ubat tu mengikut dos yang disarankan. ya, alhamdulillah kite akan sihat dan boleh bermain bola kembali... hoorrraaayyyyyy. bukan main hepi lagi kite. mengejar bola bagai nak rak sampai dengan kasut2 melayang.. hehe. jadi, begitu jugalah kehidupan kite ini sebenarnya. kehidupan kite kat dunia ni memang "pahit&quo

walau jasad di sini, biarlah hati di sana

assalamualaikum wrh. just nak share dgn korang "live streaming from Makkah" insha Allah, walau jasad kite di sini, biarlah hati kita di sana. insha Allah. semoga bermanfaat....

Dia dekat tetapi kenapa kite menjauh?

sebelum aku bercakap dan membebel tak tentu fasal ni, baik kite sama2 merenung sekejap dan melihat surat cinta dari Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Die dekat dengan kite tapi kenapa kite jauh dengan Die? kenapa kite menjauhkan diri dan tak nak dekat denganNya? Die sayangkan kite tu... kenapa perlu kite sombong? Allahu Akbar, sombongnya kite kan? rugi la kite nanti sbb Allah dah offer bahawa Dia sangat dekat dengan kite dan Dia juga menyarankan kite agar berdoalah kepada-Nya, insha Allah Die akan perkenankan. nah, ape lagi yang mahu kite persoalkan? Allah tak sayang kat kite ke? A

luahkan perasaan anda

luahkan perasaan anda tu di tempat yang betul Assalamualaikum wrh... Dalam kehidupan kite ni kan. Sudah pasti kite memerlukan seseorang atau mungkin sesuatu untuk kite meluahkan perasaan yang terpendam.  Atau mungkin berkongsi masalah yang kita alami.  Hurm... tapi kebanyakkan kite lebih gemar berkongsi segala masalah itu di mukabuku atau jugak kepada si burung biru.  si burung biru Persoalan, selesaikah masalah kite itu? Atau kite sengaja untuk mendapat perhatian daripada orang ramai?   Allahu Akbar.  Rupanya kita tersilap tu... mari kita tengok surat cinta dari Allah dalam surah Faatir ayat ke 15 , يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ maksudnya: (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. "kamulah yang sentiasa berhajat kepada A

nota cinta = 35:15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ Surah Fatir : 15 - tafsir bahasa melayu surah Fatir : 15 - english translation

pahit manis kehidupan

laut itu kadang kala pasang kadang kalanya surut, langit itu kadang kala cerah kadang kalanya mendung mentari itu kadang kala terik kadang kalanya redup angin itu kadang kala kencang kadang kalanya hembus sepoi begitulah juga dengan kehidupan kita di bumi Allah ini kadang kala ianya indah kadang kalanya suram indahnya aturan Allah dengan manis dan pahit kehidupan itu akan lahirlah satu coretan hidup yang indah jika tiada pahit tiada jugalah manisnya juga tiada garam tiada jugalah gulanya jika tiada sedih tiada jugalah gumbiranya jika tiada air mata tiada jugalah senyuman manisnya jika tiada gundah tiada jugalah bahagianya jika tiada ujian tiada jugalah kejayaannya Allahu Akbar. ayuh hati, kuatlah ayuh jiwa, kentalah ayuh iman, mantaplah wassalam...

selamat ulang tahun penubuhan HAMAS yang ke 25.

selamat ulang tahun penubuhan HAMAS yang ke 25. dalam sambutan ini, banyak peristiwa yang harus kita ambil perhatian dan merenung sejenak... kehadiran 'golongan FATAH' menunjukkan bahawa  kesepaduan, kesatuan antara umat islam amatlah penting merentasi fahaman politik dan bangsa. kepulangan Khaleed Marshaal,  ketua biro politik Hamas yang dibuang negeri oleh Israel. kepulangan beliau memberi sinar harapan kepada jutaan rakyat Palestine. "Saya mengalukan bendera Fatah yang ada dalam majlis Hamas hari ini.. Sesungguhnya (kepentingan) Umat kita adalah yang pertama, dan yang kedua, juga yang ketiga, kemudian barulah kumpulan-kumpulan(politik) kita masing-masing, wajib bagi kita untuk meletakkan kepentingan umat ini di tempat yang teratas.." Abu Waliid, Khaled Meshaal | Ketua Biro Politik Hamas. video sekitar sambutan ulang tahun HAMAS yang ke 25  r u see what I see? wassalam, #FreePalestine

Moscow bersalji ^_^

Huhh... sejukkkkk... Wahhh... snowing la hari ni... ^_^ alhamdulillah. Allah telah memberikan aku nikmat untuk merasai ciptaan serta aturan Allah yang sangat hebat. Bersyukur kerana aku dipilih dan diberi peluang untuk berada di negara 4 musim ini. Tatkala entry ini ditaip, snow sedang menjalankan kewajipannya untuk memutihkan bandaraya metropolitan Moscow. SubhanaAllah. Maha suci Allah yang telah menjadikan pelbagai kejadian agar kita berfikir bertapa hebatnya Allah. Tahun ini kali kedua aku dapat merasai salji putih dan suhu dibawah takat beku. Alhamdulillah. nikmatnya apabila winter itu muncul. Kenapa? haa... 1. Waktu siang menjadi singkat. Dalam 8 jam sahaja. Sekejap je kan? Sekarang ni waktu subuh dalam pukul 7.30 pagi dan syuruk dalam pukul 9.30 pagi. Then, maghrib pula dalam pukul 5 petang. Tgk, beruntung tak kalau puasa masa ni? dlm pkul tujuh pg tu boleh je lagi nk sahur. Pastu berbuka puasa pukul 5 ptg. Nikmat... hehe. 2. Waktu malam lebih lama. Kenapa aku kate best?

tak segan ke???

segan bila tangan lagi laju membuka laptop dari membuka kitab Allah, dan dari study. segan bila mata lagi seronok melihat cerita korea dari melihat kata-kata Allah. Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall, dari melangkah ke masjid. Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah. Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu, yang menyeronokkan jiwa, berbanding mendengar ayat-ayat Allah. Terasa segan, bila ditimpa masalah atau musibah, terus mencari manusia untuk mengadu, bukannya DIA. Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut, bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah. Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia Dari mencari Ilahi, Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu. Segan dengan Dia yang Maha Melihat, Segan dengan Dia yang Maha Mengerti, Segan dengan Dia yang Maha Memahami. Segan dengan Dia yang Maha Pengampun! jom sama2

Gaza, kita, mereka dan dia

#prayforGaza freedom for Gaza! boleh dikatakan hampir setiap hari atau mungkin hampir setiap masa ada saje news ataupun ape2 jenis post di facebook mengenai Gaza (palestin) kan? alhamdulillah. makin ramai rakyat Malaysia ni yang 'cakna ummah' dan mempunyai kesedaran akan kepentingan persaudaraan islamiah. nampaknya isu Gaza ini telah bertapak dan telah berjaya menarik ramai hati2 manusia untuk duduk sekali dan bersama-sama menyumbang apa yang termampu. tak kira kamu itu siapa, apa jawatannya, apa umurnya ataupun apa sahaja. Alhamdulillah. orang kenamaan di Malaysia bersama Gaza golongan artis juga bersama Gaza antara status saudara Afdlin Shauki alhamdulillah x1000 kerana Gaza inilah, hati-hati mereka dan juga kita tersentuh. semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita agar kita terus memahami islam serta mengamalkan islam secara menyeluruh. insha Allah. wassala. p/s: KEEP PRAYING FOR GAZA gambar2 ini dia

fakta menarik pejuang di Gaza

jom kita kenali siapakah Brigade Al-Qassam, pejuang yang melawan Zionis di GAZA... menjadi anggota hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-cri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotaan kepada kelompok tertentu sahaja. namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel. selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan (sir&hazar) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa kriteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut: 1. mendapat KEIZINAN dari IBU BAPA - tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid. 2. mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang men

kami bersamamu

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. hari berganti hari. sedar tak sedar  rupanya telah seminggu berlalu apa khabar agaknya mereka disana sihatkah? kuatkah? gembirakah? hurmm... Allahu Robbi semakin ramai anak kecil dan si ibu menyahut panggilan dari-Mu pergi mengadap sang Pencipta membawa gelaran 'syuhadah' bersama syahid-Mu menjadi saksi perjuangan hingga ke saat akhir tak gentar tak pula segan mempertahankan tanah tumpah darahmu mendaulatkan islam dibumi barakah hari lepas menjadi sejarah hari mendatang menjadi impian semoga  hari lalu menjadi pengajaran kami hari mendatang memotivasikan kami duhai Gaza perjuanganmu tidak keseorangan ya, kami tidak mampu ke sana tidak pula kami mampu mengangkat senjata tetapi doa kami tetap bersamamu semoga tembakan doa kami mampu melemahkan pihak musuh mampu juga memenangkan pihak islam jika tidak di dunia ini di syurga firdaus tempat kita berte

perlukah aku peduli?

"pada khamis lalu umat islam di seluruh dunia bergembira menyambut kedatangan tahun baru hijrah 1434h dengan penuh rasa kenikmatan serta kesyukuran. namun, lain pula ceritanya di Gaza. ketika masukknya tahun baharu hijrah, pihak Zionis telah menyerang Gaza dan ramai nyawa yang telah terbunuh. terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas. serangan keatas Gaza sehingga kini masih lagi berlarutan...." pedulikah kita?? hurm... mungkin ada sebahagian daripada kita yang tak tahu pun peristiwa ini. atau mungkin ramai yang sudah mengetahuinya. kan? alhamdulillah dan taniah yang telah tahu kerana anda adalah seorang yang "cakna ummah". * tepuk tangan kuat2... hehe. yang masih lagi binggung tu, wake up la.. jgn duk mengelamun je ye. Allahu robbi. sedih. setiap kali ingin diperkatakan mengenai isu Gaza yang sehingga kini masih buntu untuk mendapatkan keamanan. setiap hari, ada sahaja insan yang akan gugur syahid dek kerana kezaliman Zionis laknatullah. mereka bert