Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Di Ruang Udara Palestina

diatas ruang udara Palestin Dari kejauhan aku melihat mu Bumi yang masih lagi dijajah, Dari awan aku memandang Bumi yang penuh kemuliaan. Ampun aku kerna tidak mampu Hanya memandang hanya melihat, Ampun aku kerna tiada daya Hanya mengharap semua ini berakhir; Tapi bila, aku pun tiada kuasa Hanya berdoa untuk terbaik Dari-Mu Tuhan Maha Kuasa. Duhai saudaraku dibawah sana, Tabahkan hati seteguh akidah mu Rela bermandi darah demi agama, Aku malu aku cemburu Keberanian umpama tidak kenal mati Sedangkan aku masih lagi dibelenggu wahan, Tidurmu alasnya bumi bumbungnya langit Sedangkan tidurku beralaskan tilam berselimutkan mimpi. Duhai saudaraku dibwah sana, Teruslah berjuang demi kesucian agama Itu peluang bagi mu mencapai syurga Apa lagi seindah balasan bersama Sang Rasul kita Didalam Jannatul Firdaus kekal selamanya; Beruntunglah kamu! Beruntunglah! Sedang aku masih lagi bertarung nafsu Antara dunia ataupun pejuangan

Bekalan Hati Sang Murabbi

credit: google "Abang, saya tak pandai cakap macam mana nak mengendalikan usrah?" "Akak, Aimi rasa tak yakin dan tak bersedia lagi nak jadi akak naqibah ni" Sepanjang seusia setahun jagung aku dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini, itulah antara dialog yang mungkin pernah aku ungkapkan dulu serta asyik diulangi pada generasi yang berikutnya. Boleh jadi itu skrip lama yang sentiasa diulang tayang oleh mereka yang terbabit dalam 'geng usrah' ini terhadap abang naqib atau akak naqibah mereka bagi mengelat diri dari menjadi mata rantai penyambung dakwah. Aku berfikir sejenak, entah mengapa dialog itu aku gunakan sedangkan aku mengetahui bahawa semua manusia tidak sempurna dan aku dapat rasakan melalui medan itulah aku mampu mempertingkatkan diri menjadi lebih baik. Allahu. Nasib baik hidayah Allah itu tidak hilang dengan alasan menggunung aku itu, alhamdulillah. Duhai diriku dan insan diluar sana, ketahuilah untuk menjadi naqib mahupun naqi

Dimana ‘kerana Allah’ itu?

**artikel ini ditulis oleh saya untuk blog AZAM Russia ***** “Ok, hari ni siapa mahu berkongsi rasa tentang ayat-ayat yang telah kita tilawah sebentar tadi?” ungkap murabbiku setelah selesai membaca terjemahan ayat al-Quran surah al-An’am bermula ayat 152 sehingga 165. Itu adalah rutin mingguan kami, bahkan sesi yang akan sentiasa dirindui dan dinantikan oleh kami semua. Duduk sebentar dan beriman sejenak. Pada ‘bulatan gembira’ (baca: usrah) inilah kami berukhuwah sampai diabetes mellitus, bermuhasabah sampai menjentik hati sanubari dan saling menasihati tanda cinta akan saudaranya. Krikkk...krikk…. Entah mana datang bunyi cengkerik ditengah kota Metropolitan Mosko ini. Hairan. Seperti biasa, semuanya diam, tersipu malu untuk mengeluarkan mutiara kata dari jiwa mereka termasuk juga aku. Masing-masing khusyuk melihat mushaf al-Quran walaupun pada hakikatnya tunduk kerana tidak mahu dipanggil oleh si murabbi. Kadang kala saling bertentang mata sesama ahli usrah da

Jaulah Mencari Erti Hidup Hamba Yang BerTuhan

Didalam pesawat Austrian Airline menuju bumi Jordan Diufuk langit ku lihat kebesaran-Mu Melukis indah buat tatapan si perindu, Jalur lurus bermandi cahaya merah Tiada kata tiada bicara madah Keagungan itu Engkau persembah Agar jiwa kerdil ini kenal erti pasrah Pasrah bukan erti menyerah Namun untuk terus bangkit gagah. Duhai Tuhan pemilik langit nan indah Dengarlah rintihan hati yang gundah Hanya kepada-Mu doa ku persembah Agar Engkau ubati jiwa yang resah Meniup semula ruh dan hamasah Untuk terus menapaki jalan dakwah Agar bersama menuju istiqamah jannah Walau ranjau duri datang menyengah Tidak jatuh tidak patah tidak lemah Tangkas bangkit melangkah gagah Bak mujahid memburu syahadah. Duhai Tuhan pemilik langit nan indah, Musafir ini mencari erti hidup Sebagai hamba yang berTuhan Sebagai hamba yang sering terleka, Aku damba jaulah mengenal-Mu Aku damba jaulah musafir hati Mengenal diri mengenal Tuhan Mencari hati yang mati Mencari Jiwa yang tandus.