Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

dunia oh dunia. sentap!

assalamualaikum wrh.
dunia oh dunia! kenapa kehidupanmu begitu manis dan mengasyikkan!!! ramai diantara kami lemas dan lemah dengan ke"sedap"an dirimu itu. oh, tidak....  kami silap, kami jahil. dunia oh dunia!!!
jom kita hayati satu amaran atau teguran dari Allah dalam surah Al-ankabut : 64.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalahibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).  _Al-ankabut : 64_



ayuh! bangunlah dari khayalan dunia yang penuh hiburan dan permainan itu. ingat, tempat "hiburan" kita yang kekal abadi adalah di syurga kelak. insha Allah.. ^_^







berehatlah di sana...

dunia ini masih lagi menagih, ketagih
bak kehausan di padang pasir
mencari aosis meneruskan musafir
kerna diri masih lagi jahil dan fakir
ingin sekali ku timba tinta fikir
sehingga jannah menjadi pengakhir

oh, kami dahaga dan kelaparan
dengan suntikan roh dakwah mu
dengan nyalaan obor jiwa mu
dengan air basahan ilmu mu
dengan pentas kesantunan adab mu
dengan layar qudwah hasanah mu

duhai insan permata agama berehatlah kalian di taman firdausi bergembiralah kalian bersama penghuninya sungguh kalian lebih disayangi Tuhan dijemput menghadap bertemu Ar-Rahim sungguh, dirimu pergi dengan seribu ketenangan membangkitkan jutaan jiwa yang lena untuk berpeluh di medan tempur ini.

perginya kalian membakar nurani mengetuk jiwa pejuang agama Illahi sedang rijal-Mu siaga bersatu hati bingkas bangun dari lenaan mimpi menyantuni ummah mendidik hati mengukir corak indahnya islami agar sinar dakwah terus tersemi di setiap ceruk dunia ini
hari ini kalian mendahului kami mungkin esok kami menyusuli sem…

Dunia ini tidak adil?

Assalamualaikum uoollsssss!

Hurmm... pernah tak kita merasakan bahawa dunia ini tidak adil? Mana tak nya, segala keinginan dan hajat kita tak tercapai. Kita dah usaha bersungguh-sungguh, dah buat macam-macam malah ada yang lebih dahsyat, pergi jumpa bowoh siam (aik? Asal bomoh je, siam. Asal siam je bomoh. Tak faham eden. Hehe. *erkk, merepek) tetapi hajat kita masih lagi tak kesampaian... yang lagi tak adil, kita lihat mereka yang kurang berusaha itu dapat natijah yang bagus dan ngetop! adilkah dunia itu?

fuhhh.... bawa mengucap. Tarik nafasss.... hembussss.. tarikkkk... hembussss... ok.

Sahabat semua,
Jika kita menilai dari segi dunia semata-mata, memang kita akan menganggap dunia ini sentiasa tidak adil. Tetapi pernahkah kita melihat segala nikmat Allah yang telah kita dapat berbanding mereka yang Allah tidak berikan nikmat itu. Adakah kita tak merasakan itu adalah tidak adil? mengapa kita dapat dan mereka tidak? Apabila kita selalu merasakan diri ini susah, ingatlah ada lagi yan…

Festival Maslenitsa di Rusia [gambar]

assalamualaikum wrh. sedikit informasi dari bumi Rusia (bumi dari tempat aku menimba ilmu ^_^)

tahukah kita bahawa setiap tahun, bagi meraikan berakhirnya musim salji di Rusia, mereka akan menyambut satu perayaan yang dikenali sebagai Festival Maslenitsa.













motivator terbaik di dunia

assalamualaikum wrh...

dalam dunia ini, siapakah motivator yang paling hebat yang pernah anda kenali dan kenapakah anda perlukan motivator atau motivasi dalam hidup anda?

ya! kita memerlukan motivator untuk memberikan kita motivasi agar terus berjuang di alam yang serba mencabar ini, bukan? kadang kala kata-kata motivasi itu mampu menukarkan air mata menjadi senyuman manis, layu menjadi maju serta berputus asa menjadi super saiya!

tahukah anda?

al-Quran merupakan motivator yang paling hebat di alam ini serta mungkin di alam semesta! erkk... adakah makhluk asing memerlukan motivasi? hurmm.... *abaikan.

percayalah, dalam kandungan surat cinta dari Allah itu, kita akan bertemu dengan pujukan dari Allah, galakan dari Allah atau mungkin cabaran dari Allah. hebat bukan?

dikala hati dalam gundah gulana, ambillah al-quran. pejamkan mata dan minta pada Allah supaya memujuk kita dengan kalam-Nya. bukalah al-Quran itu di mana-mana muka surat yang terdetik di hati. bacalah tafsir dan insha Allah…