Skip to main content

Posts

Ruang Idea Penulisan Baharu

TULISAN PADA BLOG INI TELAH BERALIH KE LAMAN SESAWANG YANG BARU:
www.ashrulaffiqsite.wordpress.com

Recent posts

Di Ruang Udara Palestina

Dari kejauhan aku melihat mu Bumi yang masih lagi dijajah, Dari awan aku memandang Bumi yang penuh kemuliaan.
Ampun aku kerna tidak mampu Hanya memandang hanya melihat, Ampun aku kerna tiada daya Hanya mengharap semua ini berakhir; Tapi bila, aku pun tiada kuasa Hanya berdoa untuk terbaik Dari-Mu Tuhan Maha Kuasa.
Duhai saudaraku dibawah sana, Tabahkan hati seteguh akidah mu Rela bermandi darah demi agama, Aku malu aku cemburu Keberanian umpama tidak kenal mati Sedangkan aku masih lagi dibelenggu wahan, Tidurmu alasnya bumi bumbungnya langit Sedangkan tidurku beralaskan tilam berselimutkan mimpi.
Duhai saudaraku dibwah sana, Teruslah berjuang demi kesucian agama Itu peluang bagi mu mencapai syurga Apa lagi seindah balasan bersama Sang Rasul kita Didalam Jannatul Firdaus kekal selamanya;
Beruntunglah kamu! Beruntunglah! Sedang aku masih lagi bertarung nafsu Antara dunia ataupun pejuangan agama Lena dan leka dengan manisnya maksiat Termakan pujuk janji palsu syaitan durjana Entah layak…

Bekalan Hati Sang Murabbi

"Abang, saya tak pandai cakap macam mana nak mengendalikan usrah?"
"Akak, Aimi rasa tak yakin dan tak bersedia lagi nak jadi akak naqibah ni"
Sepanjang seusia setahun jagung aku dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini, itulah antara dialog yang mungkin pernah aku ungkapkan dulu serta asyik diulangi pada generasi yang berikutnya. Boleh jadi itu skrip lama yang sentiasa diulang tayang oleh mereka yang terbabit dalam 'geng usrah' ini terhadap abang naqib atau akak naqibah mereka bagi mengelat diri dari menjadi mata rantai penyambung dakwah. Aku berfikir sejenak, entah mengapa dialog itu aku gunakan sedangkan aku mengetahui bahawa semua manusia tidak sempurna dan aku dapat rasakan melalui medan itulah aku mampu mempertingkatkan diri menjadi lebih baik. Allahu. Nasib baik hidayah Allah itu tidak hilang dengan alasan menggunung aku itu, alhamdulillah.
Duhai diriku dan insan diluar sana, ketahuilah untuk menjadi naqib mahupun naqibah itu tidak perlu menunggu untuk anda…

Dimana ‘kerana Allah’ itu?

**artikel ini ditulis oleh saya untuk blog AZAM Russia


*****


“Ok, hari ni siapa mahu berkongsi rasa tentang ayat-ayat yang telah kita tilawah sebentar tadi?” ungkap murabbiku setelah selesai membaca terjemahan ayat al-Quran surah al-An’am bermula ayat 152 sehingga 165.
Itu adalah rutin mingguan kami, bahkan sesi yang akan sentiasa dirindui dan dinantikan oleh kami semua. Duduk sebentar dan beriman sejenak. Pada ‘bulatangembira’ (baca: usrah) inilah kami berukhuwah sampai diabetes mellitus, bermuhasabah sampai menjentik hati sanubari dan saling menasihati tanda cinta akan saudaranya.
Krikkk...krikk…. Entah mana datang bunyi cengkerik ditengah kota Metropolitan Mosko ini. Hairan.
Seperti biasa, semuanya diam, tersipu malu untuk mengeluarkan mutiara kata dari jiwa mereka termasuk juga aku. Masing-masing khusyuk melihat mushaf al-Quran walaupun pada hakikatnya tunduk kerana tidak mahu dipanggil oleh si murabbi. Kadang kala saling bertentang mata sesama ahli usrah dan hanya mampu tersenyum. Sua…

Jaulah Mencari Erti Hidup Hamba Yang BerTuhan

Diufuk langit ku lihat kebesaran-Mu
Melukis indah buat tatapan si perindu,
Jalur lurus bermandi cahaya merah
Tiada kata tiada bicara madah
Keagungan itu Engkau persembah
Agar jiwa kerdil ini kenal erti pasrah
Pasrah bukan erti menyerah
Namun untuk terus bangkit gagah.

Duhai Tuhan pemilik langit nan indah
Dengarlah rintihan hati yang gundah
Hanya kepada-Mu doa ku persembah
Agar Engkau ubati jiwa yang resah
Meniup semula ruh dan hamasah
Untuk terus menapaki jalan dakwah
Agar bersama menuju istiqamah jannah
Walau ranjau duri datang menyengah
Tidak jatuh tidak patah tidak lemah
Tangkas bangkit melangkah gagah
Bak mujahid memburu syahadah.

Duhai Tuhan pemilik langit nan indah,
Musafir ini mencari erti hidup
Sebagai hamba yang berTuhan
Sebagai hamba yang sering terleka,
Aku damba jaulah mengenal-Mu
Aku damba jaulah musafir hati
Mengenal diri mengenal Tuhan
Mencari hati yang mati
Mencari Jiwa yang tandus.

Dari Kotaraya Eropah
Terbang jasad dan jiwa ke Bumi Urdun.
Mencari akan makna itu.

Mog…

Pengalaman Puasa di Perantauan (Rusia)

Puasa selama lebih kurang 19 jam di bumi Rusia pada mulanya aku rasakan agak mustahil. Bermula kurang lebih pukul 2.30 pagi sehingga kurang lebih jam 9.30 malam! Namun, semuanya hilang. Entah kenapa aku merasakan ruh ramadhan pada tahun ini amat berbeza sekali. Aku dapat rasakan bahawa ramadhan kali ini penuh dengan makna dan kenikmatan yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Penat? Tidaklah! Walaupun berpuasa selama 19 jam, ditambah pada waktu musim panas dengan mengahadiri kuliah lagi, aku agak kurang berasa penat, lapar dan dahaga. Betul, tak tipu. Betul lah kata orang, kalau kita niat mahu berpuasa, Allah akan permudahkan segala urusan puasa kita. Cuba tak makan 19 jam pada hari biasa, lembik dibuatnya! huhu.


Berbuka puasa di masjid

Satu perkara yang menjadi bucket list aku sepanjang bulan ramadhan lalu adalah untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Alhamdulillah, dalam kesibukkan aku untuk peperiksaan akhir semesta Allah izinkan juga aku untuk berbuka bersama mereka beber…

Pelukis Jalanan

Tajuk:Pelukis Jalanan
Penulis:Teme Abdullah
Penerbit: IMAN Publications
Genre: Perkongsian Pengalaman, travelog serta motivasi.

Sinopsis dari buku:

Kisah si pelukis jalanan.
-Dapat biasiswa ke luar negara
-Terkandas di A-Level
-Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
-Kerja di fast food restaurant untuk servive
-Bank account balance = 0.00
-Ditikam belakang oleh rakan sekelas
-Sebulan makan nasi+telur+garam
-Mula melukis di jalanan
-Lukisan mula menempah nama di Instagram
-Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

***
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku." -Teme Abdullah

Ulasan:

Teme. Apakah itu? Nama yang pada mulanya amat janggal bagi aku namun setelah membelek mukabuku (facebook) milik beliau, aku kagum dengan lukisan-lukisan beliau. Unik dan cantik. Ketika di Mosko lagi aku menyimpan hasrat untuk mendapatkan …