Skip to main content

bagaimana mahu berjaya?

assalamualaikum wrb...

eemm... pada kali ini, rasa mahu berkongsi mengenai tips-tips menuju PUNCAK.  di sini, ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman untuk diri penulis juga serta yang lain...

it's up to you......


1. NIAT                   
dalam melakukan apa jua perkara, NIAT ataupun NAWAITU adalah sesuatu yang amat penting. jika NIAT kita elok, maka eloklah pengakhirannya... insyaAllah... NIATlah dalam hati kita untuk belajar kerana ALLAH, LILLAHITA'ALA. hal ini kerana, jika hati kita berNIAT kerana Allah, insyaAllah, apa yang kita belajar akan diberkati. jika ianya diberkati, maka kejayaan akan menanti kita kelak.

kuasa minda mampu mengubah segalanya...

2. "MIND SET"
"argghh... tak minat lah subjek ni.... malas lah nak study..." pernah tak kita rasa macam tu? sudah pasti kan? dalam menuntut ilmu ni, MIND SET adalah sesuatu yang paling penting. jika kita sudah meletakkan bahawa sesuatu subjek itu sukar atau bosan, maka secara automatiknya kita tidak berminat dengan subjek tersebut. oleh itu, mulai saat ini kita perlu tukar MIND SET kita. "wow... best lar subjek ni.." , "learning english and mathematics is fun...!!!". insyaAllah, dengan meletakkan bahawa belajar sesuatu subjek itu adalah mudah dan menarik, kita akan lebih mudah menerima ilmu tersebut.

kita mesti meletakkan target yang jauh....
3. TARGET
TARGET? letaklah sasaran pencapaian kita dalam minda kita ini. untuk lebih berkesan, tulislah TARGET kita itu dengan size yang besar (senang untuk dilihat) dan tampalnya di tempat yang selalu kita gunakan. sebagai contoh di cermin, meja study dan lain-lain lagi. insyaAllah, ini akan membuatkkan kita lebih bermotivasi dan sentiasa ingat akan MISI kita untuk mencapai TARGET tersebut. selain itu, ini merupakan satu doa untuk kita. jika selalu disebut dan dilihat, insyaAllah, ianya pasti akan termakbul...

4. USAHA
USAHA tangga kejayaan. betul tuh. USAHA adalah bahagian yang amat penting. tanpa USAHA, semuanya tidak akan berjaya. "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri..". sudah terang lagi bersuluh. kejayaan tidak datang bergolek. insyaAllah, jika kita berUSAHA sudah tentu Tuhan akan menolong kita.
jadikanlah keluarga sebagai pendorong semangat kita..

5. RESTU
"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa...". oleh yang demikian, mintalah RESTU dari kedua-dua orang tua kita. mintalah RESTU juga daripada semua guru-guru kita. insyaAllah, dengan RESTU mereka, jalan kita untuk menuju kejayaan akan lebih mudah.

6. DOA dan TAWAKAL
Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. setelah kita berusaha, berDOAlah kepada yang Maha Berkuasa. jika boleh, berDOAlah jua untuk kejayaan rakan-rakan yang lain dan semua umat islam. "DOA kepada saudaranya insyaAllah mudah diangkat oleh Allah...". sesudah itu, sebagai seorang muslim, berTAWAKALlah kepada Allah. dan ingatlah, apa-apa pun jua natijahnya nanti, itulah yang terbaik buat diri kita ini.perancangan Allah adalah yang terbaik. "Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya..."


sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan ketentuan Allah jualah yang menetapkan segalanya. semoga kejayaan milik kita semua dan bukan sahaja di dunia, tetapi yang lebih penting adalah kejayaan di akhirat kelak yang hakiki. insyaAllah.

p/s: setiap yang baik itu hasil ilham daripada yang Maha Agung dan segala kepincangan itu adalah kelemahan diri ini yang serba kekurangan.


assalamualaikum wrb...

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb
Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang, wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, kemantapan akida…

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan negeri dibawa…

Pelukis Jalanan

Tajuk:Pelukis Jalanan
Penulis:Teme Abdullah
Penerbit: IMAN Publications
Genre: Perkongsian Pengalaman, travelog serta motivasi.

Sinopsis dari buku:

Kisah si pelukis jalanan.
-Dapat biasiswa ke luar negara
-Terkandas di A-Level
-Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
-Kerja di fast food restaurant untuk servive
-Bank account balance = 0.00
-Ditikam belakang oleh rakan sekelas
-Sebulan makan nasi+telur+garam
-Mula melukis di jalanan
-Lukisan mula menempah nama di Instagram
-Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

***
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku." -Teme Abdullah

Ulasan:

Teme. Apakah itu? Nama yang pada mulanya amat janggal bagi aku namun setelah membelek mukabuku (facebook) milik beliau, aku kagum dengan lukisan-lukisan beliau. Unik dan cantik. Ketika di Mosko lagi aku menyimpan hasrat untuk mendapatkan …