Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

GMJ? dimanakah kita?

assalamualaikum wrh! panasss! panasss! ni lebih panas dari pisang goreng mak cik kiah tepi jalan tu... hehehe... ni pom lebih panas dari khabar angin tentang pilihanraya umum PRU di malaysia tau! huhu.. ni adalah tentang GMJ. ape tu GMJ? ok2.. bawa bertenang.. GMJ ni maksudnye Global March to Jarusalem. insha Allah, umat islam dari seluruh dunia akan tertumpu di bumi palestin pada 30hb mac ni, khasnya di Baitulmaqdis. ok, sepintas lalu sal GMJ ni ye.. huhu.. 30hb Mac 2012 mesti korang tnye, kenapa 30hb mac kan? ok, meh sini cheq nak habaq.. hal ini kerana, ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat palastin iaitu " Palastine Land Day". apa akan jadi nanti erkk? ok, nanti satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar punye di beberapa negara atau bernua. pastu, perarakan secara aman akan bergerak menuju ke Baitulmaqdis atau paling dekat dengannya. maknenye, satu dunia akan buat demonstrasi aman.. insha Allah, mo

khas buat zaujahku

ikan oh ikan

Assalamualaikum wrh... Ikan. Ye ikan. Kenal tak ikan? Kalau tak kenal, tak tau la nak habaq ape lagi. Huhu. Sebut pasal ikan ni, agak lama la jugak si perut aku ni tak merasa ikan. Rindu la jugak nak makan ikan. Sabar2... terliur dah ni dengan ikan. Hehehe. Dah2, usah layan sangat apa y aku cakap kat atas ye. Mengarut dan merepek je. Huhu. Tapi jap! Kali ni entry aku mengenai ikan. Ni bukan kes aku tak cukup makan ikan ke apa kat sini. Sini aku ingin bawa diri aku dan juga korang berfikir sejenak. Ok, give me your 3 minutes please. Hehe. Ok. Soalan pertama aku, adakah kite ni seperti ikan? Aik, enche ashrul, soalan ape ni? macam bdak sekolah je. Huhu. Ok, Kite kan manusia, ikan tu haiwan... mesti lah lain. Aishhh... Budak tahun satu pun pandai jawab lar.... Huhu.. sabar. Meh baca lagi kat bawah ni. Cuba kita perhatikan ikan yang hidup di laut. Laut tu masin kan? Tapi nape bile kita makan ikan tu kita tak rasa masin air laut tu? (Kecuali kalau tertumpah garam dalam masakan

warna-warni perjalananku- Islam semakin menyinar

situasi:  korang berada dalam kalangan manusia yang korang tak kenal pun. ntah baik atau tak manusia itu. keadaannya amat berbeza dengan diri korang. tengok muka mereka, korang jadi takut, marah, tak selesa dan sebagainya. korang rasa macam dunia ini gelap gumpita. lepas tu, tetibe, korang jumpa dengan segelintir manusia yang sama macam korang. persoalan:  apa perasaan korang? assalamualaikum wrh. korang dah baca yang kat atas tu? so, apa perasaan korang tu? of coz la korang sangat2 gembira kan. ye la, hidup dikelilingi manusia yang sangat berbeza dengan korang, dengan muka bengis nye, sombong dan bla..bla..bla.. kalau tak gembira tu, memang korang ni tak de perasaan la.. hehe.. gurau2. itulah perassan aku sebenarnya kat sini. kalau korang nak tau, insha Allah, semakin hari semakin ramai orang russia yang memeluk Islam. Islam semakin diterima di sini. alhamdulillah. bukan aku nak tipu korang, hampir setiap hari aku akan ternampak orang perempuan yang bertudung (orang islam).. jap2,

nota cinta = 40:60

ghafir : 60 - english translation ghafir : 60 - tafsir bahasa melayu capaian: ghafir, berdoalah kepada Allah, Allah maha Mendengar, amaran Allah untuk orang yang sombong, neraka, Allah akan perkenankan doa.

si bidadari

Manusiakah itu? Kejamnya kamu pada si anak kecil, Jasad yang suci dibakar hitam Dibunuh tanpa belas ihsan, Riangnya hilang dalam tangisan Sendanya pula pergi dalam kenangan. Apakah kamu tidak mengerti? Si anak kecil juga mahukan kehidupan Kehidupan yang pernah kamu lalui itu, Bermain umpama anak kecil yang lain Melompat ke sana ke mari Berkejaran sesama teman Menikmati alam penuh keriangan. Pernakah kamu terfikir? Dia juga mahu hidup seperti kamu, Pernahkah kamu terfikir? Andai dia adalah anakmu, Pernahkah kamu terfikir? Andai kamu bapa si kecil itu. Apa yang kamu rasai? Duhai si bidadari syurga, Tenanglah kamu di alam sana, Tiada lain melainkan syurga buatmu, Insan suci dari dosa dan noda, Sabarlah ayah, sabarlah ibu, Di akhirat kelak, Dia pasti menunggumu di pintu syurga, Memimpin tangan membina kehidupan abadi, Semoga dirimu dirahmati, adik nadirah... AL FATIHAH tarikh: 13.03.2012 masa: 00.10 am tempat: meja belajar, hostel pushkin, moscow, russia tujuan: menunjukkan rasa sedih

bulatan gembira

assalamualaikum... alhamdulillah, hanya kepada Mu ya Allah, kami panjatkan kesyukuran atas segala ketentuan itu.... dalam kesibukkan aku menelaah dan "meniduri" si jelita ANATOMY, alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang untuk aku serta sahabat untuk termasuk dalam majlis ilmu. dimana, majlis yang dinaungi oleh malaikat dan akan mendapat berkat dari Allah, insha Allah. aminn... so, kali ni turn umah aku untuk buat "bulatan gembira" tu... so, agak excited la juga. hehe. tak tahu nape. aku suke kalau tetamu datang rumah. murah rezeki..  insha Allah.. huhu “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya ” (HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47, dari Abu Hurairah) emm... jadi, aku pom rasa nak buat kek sempena "born day" abg usrah aku... * actually date die 28 hb feb ... hehe. fuhh... punya berdebar takot kek tak jadi, tapi alhamdulillah, Allah tolong aku... sedap la juga, walau tak sesedap kek kat

selamat hari wanita

assalamualaikum wrh.. diharap korang semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... hehe.. amin... kalau sebut je 8 mac, mesti kite semua akan tahu bahawa tarikh tu adalah hari "spesel" untuk kaum hawa, bukan?   HARI WANITA! @ WOMEN'S DAY! @ MUSLIMAH DAY!  itulah harinya... kami, kaum adam di agak sentap juga la sebab, ada ke hari lelaki? uish.... tak pernah dengar plak.. huhu.. dalam Islam, wanita itu diangkat begitu tinggi darjatnya... sehinggakan " syurga itu dibawah tapak kaki IBU ". begitu tingginya penghormatan yang diberikan kepada kaum muslimah. bersyukurlah wahai wanita... kamu adalah insan yang amat ISTIMEWA.... berjayanya dakwah Nabi Muhammah  kerana dorongan hebat seorang WANITA, menangnya tentera Islam terhadap musyrikin  kerana semangat kaum WANITA, cekalnya seorang pemimpin itu  kerana teguhnya semangat seorang WANITA, bahagianya seorang lelaki  kerana ranumnya kasih sayang seorang WANITA, indahnya sebuah rumah tangga

cerita "chemistry" dan "bonding" kerana Allah...

assalamualaikum wrh... alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas kekuasaanya kita masih lagi mengharungi kehidupan yang indah ini. ingat, jgn kite ni sombong sangat sampai tak pernuh mensyukuri setiap nikmat yang Allah bagi ye.. nanti nikmat itu ditarik balik, tak ke menyesal,,... huhu... p/s: pesanan utk diri ini juga.. so, pada hari ini aku rasa happy sangat. tak tau kenapa... haha... sebab ada makwe ke? uishhh.. tak la,,, jauh sekali untuk aku berkapel2 ni... huhu. alhamdulillah, hari ini Allah merahmati "ikatan" ukhuwah aku serta sahabat sekelas aku yang macam-macam perangai. hukhuk... hari ni, dalam kelas bioorganic chemistry, lecturer aku tu memang terbaik la! sporting gile! nme die lyubov. hehehe. buat experiment pun enjoy semacam... last2 kelas, pakat ambik gmbr sampai lecturer tu merah padam! hahaha... and, antara kata-kata die yang buat aku tersentuh skit adalah, "sebenarnya sudah lama saya nak ambil gambar dgn kamu semua.

bicara bumi suci

BICARA BUMI SUCI Bumi ini kepunyaan kita, Bumi ini juga adalah hak kita, Dan bumi ini adalah Bumi Kita, Bumi yang dahulunya satu kebanggaan, Terpancar indah Nur Islam darinya, Tersergam megah kekuatan tamadun, Lambang kesepakatan ummah keutuhan akidah. Kini itu semua hanya mimpi indah semalam, Kerna hari ini bumi itu sudah tidak suci, Dirobek maruahnya oleh si pendusta, Dikotori bumi yang suci dengan darah dan nyawa, Si mawar engkau jadikan santapan nafsu, Tanpa sekelumit simpati dan malu, Engkau nafikan hak si anak kecil, Dibunuhnya sebelum sempat mereka dewasa, Apakah engkau itu manusia? Atau hanya manusia bertopengkan haiwan. Duhai saudara, Tabahlah hati sabarlah jiwa, Berjuangmu demi kesucian agama, Dengan iman dan gentar tiada, Menjaga maruah dari si pendusta, Dari terus diperlekeh dicerca, Demi Allah demi agama, Pedang dan doa menjadi senjata, Menegakkan Islam untuk insan bernyawa, Menantimu disana balasan syurga, Andai mampu aku pergi, Akan ku jejak bumi bertuah itu, Andai