Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Di Mana DIA di Hatiku

Tajuk: Di Mana DIA di Hatiku. Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Penerbit: Karya Bestari. Genre: Motivasi dan Pembinaan Rohani Sinopsis dari buku: Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah. Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada dihati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi. 'Di Mana DIA di Hatiku' adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pe

visi kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt. Sahabat sidang pembaca yang disayangi kerana Allah sekalian. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Kali ini aku masih lagi diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk kembali menulis artikel bagi berkongsi apa yang aku rasa kepada korang semua. insha Allah. Visi Kehidupan . Dalam satu organisasi syarikat, visi amat penting dalm menggerakkan hala tuju sesebuah syarikat tersebut. Namun, dalam kehidupan apakah 'visi kehidupan' kita?  Ya. Sering kali kita terlihat, ternampak atau terbaca akan ungkapan 'visi' ini bukan? Jadi, apakah pengertian kita mengenai frasa yang mempunyai 4 huruf itu. Ohhh, mungkin kita terlupa. Baiklah. Insha Allah, disini ada sedikit penerangan mengenai makna frasa 4 huruf itu. "Visi adalah satu pandangan jauh tentang sesuatu tujuan" Sudah jelas? Baiklah jom kita gabungkan frasa 'visi' ini dengan 'kehidupan'. Akhirnya dua frasa ini akan membuahkan satu ungkapan

Perancangan Ilmu Cuti Musim Sejuk

assalamualaikum wbt, semua. Allahu Allah Sudah lama tidak menjenguk blog ini, melatih jari-jemari dan memerah otak untuk menaip entry serta menginfakkan masa demi menyebarkan ilmu Allah sedikit sebanyak. Maaf. (atas sebab-sebab kekurangan diri ini) Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Syukur kehadrat Tuhan yang Maha kuasa. Kerana kekuasaan dan pertolongan-Nya diri ini telah berjaya menamatkan Sem 5 dalam bidang perubatan (tinggal lagi 7 Sem).  Jadi, musim cuti musim sejuk menjengah kembali. * * * Sudah aku sematkan awal-awal untuk mengisi cuti ini dengan aktiviti-aktiviti serta projek-projek yang mampu mencerna minda serta sekali gus menggali telaga ilmu Allah yang maha luas demi menyebarkan kepada ummah. insha Allah. Disini bukan aku ingin berbangga diri serta 'riak' untuk memberitahu segala perancangan cuti musim sejuk. Namun, aku merasakan adalah lebih untuk mengingatkan diri ini bahawa tugas untuk ummah lebih penting. insha Allah. Tetapi, perancangan aku ini t