Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

ubat itu pahit?

assalamualaikum wrh uuuoolllsssss! pernah makan ubat tak? huh! aku yakin mesti semua diantara kite ni pernah makan ubat kan. dari kecik sampai besar, kalau sakit je mesti cari ubat. ape rase ubat ea? best x? hehe. yup, mostly ubat yang ada kat klinik dan farmasi tu pahit kan. kecuali la ubat utk baby yang manis n sedap tu... hehe.. *ubat cap ibu dan anak* .. biarpun pahit tak terkata, tapi sanggup telan demi nak cepat baik. ada juga yang jenis takut makan ubat la, makan ubat dgn air milo (*oppss boikot barangan NESTLE ye... hehe) dan macam2 lagi caranya. tapi, tujuan tetap satu.. untuk nak sembuh. fuhhh.. hebat. hoho. tapi ape yang terjadi last2 lepas kite makan ubat tu mengikut dos yang disarankan. ya, alhamdulillah kite akan sihat dan boleh bermain bola kembali... hoorrraaayyyyyy. bukan main hepi lagi kite. mengejar bola bagai nak rak sampai dengan kasut2 melayang.. hehe. jadi, begitu jugalah kehidupan kite ini sebenarnya. kehidupan kite kat dunia ni memang "pahit&quo

walau jasad di sini, biarlah hati di sana

assalamualaikum wrh. just nak share dgn korang "live streaming from Makkah" insha Allah, walau jasad kite di sini, biarlah hati kita di sana. insha Allah. semoga bermanfaat....

Dia dekat tetapi kenapa kite menjauh?

sebelum aku bercakap dan membebel tak tentu fasal ni, baik kite sama2 merenung sekejap dan melihat surat cinta dari Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Die dekat dengan kite tapi kenapa kite jauh dengan Die? kenapa kite menjauhkan diri dan tak nak dekat denganNya? Die sayangkan kite tu... kenapa perlu kite sombong? Allahu Akbar, sombongnya kite kan? rugi la kite nanti sbb Allah dah offer bahawa Dia sangat dekat dengan kite dan Dia juga menyarankan kite agar berdoalah kepada-Nya, insha Allah Die akan perkenankan. nah, ape lagi yang mahu kite persoalkan? Allah tak sayang kat kite ke? A

luahkan perasaan anda

luahkan perasaan anda tu di tempat yang betul Assalamualaikum wrh... Dalam kehidupan kite ni kan. Sudah pasti kite memerlukan seseorang atau mungkin sesuatu untuk kite meluahkan perasaan yang terpendam.  Atau mungkin berkongsi masalah yang kita alami.  Hurm... tapi kebanyakkan kite lebih gemar berkongsi segala masalah itu di mukabuku atau jugak kepada si burung biru.  si burung biru Persoalan, selesaikah masalah kite itu? Atau kite sengaja untuk mendapat perhatian daripada orang ramai?   Allahu Akbar.  Rupanya kita tersilap tu... mari kita tengok surat cinta dari Allah dalam surah Faatir ayat ke 15 , يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ maksudnya: (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. "kamulah yang sentiasa berhajat kepada A

nota cinta = 35:15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ Surah Fatir : 15 - tafsir bahasa melayu surah Fatir : 15 - english translation

pahit manis kehidupan

laut itu kadang kala pasang kadang kalanya surut, langit itu kadang kala cerah kadang kalanya mendung mentari itu kadang kala terik kadang kalanya redup angin itu kadang kala kencang kadang kalanya hembus sepoi begitulah juga dengan kehidupan kita di bumi Allah ini kadang kala ianya indah kadang kalanya suram indahnya aturan Allah dengan manis dan pahit kehidupan itu akan lahirlah satu coretan hidup yang indah jika tiada pahit tiada jugalah manisnya juga tiada garam tiada jugalah gulanya jika tiada sedih tiada jugalah gumbiranya jika tiada air mata tiada jugalah senyuman manisnya jika tiada gundah tiada jugalah bahagianya jika tiada ujian tiada jugalah kejayaannya Allahu Akbar. ayuh hati, kuatlah ayuh jiwa, kentalah ayuh iman, mantaplah wassalam...

selamat ulang tahun penubuhan HAMAS yang ke 25.

selamat ulang tahun penubuhan HAMAS yang ke 25. dalam sambutan ini, banyak peristiwa yang harus kita ambil perhatian dan merenung sejenak... kehadiran 'golongan FATAH' menunjukkan bahawa  kesepaduan, kesatuan antara umat islam amatlah penting merentasi fahaman politik dan bangsa. kepulangan Khaleed Marshaal,  ketua biro politik Hamas yang dibuang negeri oleh Israel. kepulangan beliau memberi sinar harapan kepada jutaan rakyat Palestine. "Saya mengalukan bendera Fatah yang ada dalam majlis Hamas hari ini.. Sesungguhnya (kepentingan) Umat kita adalah yang pertama, dan yang kedua, juga yang ketiga, kemudian barulah kumpulan-kumpulan(politik) kita masing-masing, wajib bagi kita untuk meletakkan kepentingan umat ini di tempat yang teratas.." Abu Waliid, Khaled Meshaal | Ketua Biro Politik Hamas. video sekitar sambutan ulang tahun HAMAS yang ke 25  r u see what I see? wassalam, #FreePalestine

Moscow bersalji ^_^

Huhh... sejukkkkk... Wahhh... snowing la hari ni... ^_^ alhamdulillah. Allah telah memberikan aku nikmat untuk merasai ciptaan serta aturan Allah yang sangat hebat. Bersyukur kerana aku dipilih dan diberi peluang untuk berada di negara 4 musim ini. Tatkala entry ini ditaip, snow sedang menjalankan kewajipannya untuk memutihkan bandaraya metropolitan Moscow. SubhanaAllah. Maha suci Allah yang telah menjadikan pelbagai kejadian agar kita berfikir bertapa hebatnya Allah. Tahun ini kali kedua aku dapat merasai salji putih dan suhu dibawah takat beku. Alhamdulillah. nikmatnya apabila winter itu muncul. Kenapa? haa... 1. Waktu siang menjadi singkat. Dalam 8 jam sahaja. Sekejap je kan? Sekarang ni waktu subuh dalam pukul 7.30 pagi dan syuruk dalam pukul 9.30 pagi. Then, maghrib pula dalam pukul 5 petang. Tgk, beruntung tak kalau puasa masa ni? dlm pkul tujuh pg tu boleh je lagi nk sahur. Pastu berbuka puasa pukul 5 ptg. Nikmat... hehe. 2. Waktu malam lebih lama. Kenapa aku kate best?

tak segan ke???

segan bila tangan lagi laju membuka laptop dari membuka kitab Allah, dan dari study. segan bila mata lagi seronok melihat cerita korea dari melihat kata-kata Allah. Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall, dari melangkah ke masjid. Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah. Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu, yang menyeronokkan jiwa, berbanding mendengar ayat-ayat Allah. Terasa segan, bila ditimpa masalah atau musibah, terus mencari manusia untuk mengadu, bukannya DIA. Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut, bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah. Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia Dari mencari Ilahi, Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu. Segan dengan Dia yang Maha Melihat, Segan dengan Dia yang Maha Mengerti, Segan dengan Dia yang Maha Memahami. Segan dengan Dia yang Maha Pengampun! jom sama2