Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

nota cinta = 2:165

capaian: cinta kepada Allah, ciri-ciri orang beriman, tafsir al qurang bergambar, Allah, taat kepada Allah.

Berkorban dan pengorbanan

Berkorban apa saja
Harta dan juga nyawa...

Alhamdulillah ×100
syukur kehadrat Allah yang telah memberikan peluang kepada kita untuk merasai, menikmati dan merayakan Aidiladha 1433H ini.

Aidiladha atau hari raya korban ini membawa seribu satu makna buat aku dan juga mungkin mereka yang lain. Meluaskan lagi erti kata 'korban' itu, menuntut aku untuk terus menghayati apa sebenarnya yang terkandung secara tersirat mahupun yang tersurat.

Tahun ini merupakan tahun ke dua aku beraya aidiladha di bumi asing ini. Demi ilmu dan cita-cita, aku korbankan segalanya. Berjauhan dengan keluarga di Malaysia lebih menjadikan diri aku ini menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Ya, jauh di lubuk hati terasa juga hiba dek kerana sedang keluarga dan saudara mara berkumpul serta merayakannya, aku disini berjihad di medan ilmu untul dibawa pulang kelak... 
"Tak mengapa, demi ilmu, demi keluarga, demi agama dan demi umat, pengorbanan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak," pujuk hati i…

perjalanan ke baitullah

assalamualaikum wrh...

subhanallah. kagum. 
tetapi sedih dan terfikir mengenai diri ini.


itulah antara kalimah yang bermain di hati ini tatkala terbaca satu artikel mengenai seorang hamba Allah dari Bosnia, Senad Hadzic yang hanya BERJALAN KAKI untuk menunaikan fardhu haji. percaya atau tidak, beliau yang berumur 47 tahun berjalan kaki sejauh 5 700 kilometer dan mengambil masa 314 hari untuk sampai ke kota suci tersebut dengan membawa beg seberat 20 kilogram. fuhhhh.. repect. bermacam pengalaman yang beliau tempuhi. antaranya beliau berjaya mengaharungi suhu yang mencecah -35 darjah celcius hingga 44 darjah celcius. subahanallah.... untuk artikel sila klik di sini.
dan untuk lebih banyak gambar sila ke facebook Senad Hadzic.


jom brader2 sekalian. kita muhasabah diri kita ini. lihatlah manusia itu, diusia 47tahun beliau tetap kuat untuk menempuh pelbagai dugaan demi menyahut panggilan Allah. kita? muda dan kuat tetapi apakah usaha kita  untuk ke kota suci itu? tanyalah si IMAN kita itu.…

cinta Dia vs cinta dia

Pernah tak kita jatuh cinta kepada sang dia? Indahkan cinta itu. Bersulamkan dengan bait-bait cinta bak berada didalam syurga, berjalan berpimpingan tangan, makan saling suap menyuap dan pelbagai lagi 'memori indah' kita lalui. Ya. Cinta sememangnya indah dan sangat mengasyikkan. Kerana Cinta juga memerlukan komitmen, kejujuran dan kasih sayang antara satu sama lain. Sanggup berkorban apa saja demi memelihara cinta itu daripada musnah.

Namun, kadangkala cinta yang kita impikan hingga ke jinjang pelamin tidak kesampaian. Apakah perasaan kita? sedih, murung dan Rasa kehilangan dan seperti dunia ini sudah tidak bermakna kepada kita. Ada juga segelintir daripada kita yang sanggup bunuh diri akibat cinta. Uishh... bahaya juga putus cinta ni kan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

itu kuasa cinta kita kepada makhkuk. Tp, bagaimana pula cinta kita kepada Dia? Adakah kita berani untuk menyeberangi lautan api, mendaki gunung yang tinggi…

panggilan dari Dia

apa khabar semua? semoga sihat dan sejahtera la ye. terima kasih kerana sudi jenguk belog aku yang tak seberapa ni. hukhuk...
anda pernah gagal? anda pernah rasa berputus asa? anda rasa kesunyian?
aku rasa kebanyakkan manusia di muka bumi ini pernah merasakan semua ini kan. termasuklah dengan diri aku yang hina ini. mana ada orang di dunia ini selalu berjaya. mereka pasti pernah gagal juga. kerana gagalah, mereka itu mampu berjaya mencipta kejayaan yang sangat cemerlang. ini janji Allah. setiap yang gagal pasti akan berjaya. kita sebagai hamba-Nya perlu yakin kepada Allah yang suatu hari nanti sinar kejayaan akan datang kepada kita. insha Allah.

sebenarnya, kegagalan itu adalah satu "panggilan" dari Allah kepada kita agar kita kembali dekat kepada-Nya. mungkin selama ini kita sangat jauh dari Dia dan kita lupakan Dia. mungkin juga Dia sangat rindu akan kita. sebab itu Dia anugerahkan kegagalan itu supaya kita dapat sentiasa "dating" dengan-Nya... Allahurobbi, inda…

Bila "turn" kita pula?

Alhamdulillah wa syukurillah....
Tak terkata dan hanya ucapan syukur mampu dilafazkan kerana kita masih lagi dapat bertemu dengan bulan dzulhijjah yang menyimpan seribu satu kisah. Aku rasa semua dah sedia maklum kot jika tibanya bulan mulia ini, ramai yang terbayang akan jutaan jemaah berpakaian serba putih tawaf mengelili kaabah, berSaie antara safar dan marwah, berwukuf di arafah dan sebagainya. Ye. musim haji.


Allah hurobbi. Sedih, sebak dan tertanya-tanya bila la Allah ingin menjemput aku untuk bertandang ke baitullah al haram. Terasa juga nak melihat kaabah di depan mata kan. Aku pasti setiap yang bergelar mukmin mesti menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke sana kan? The most greatest place in the world wa cakap lu... kalau siapa2 diantara kita yang langsung tidak menyimpan hasrat untuk ke sana tu, sama-sama muhasabah diri kita ini. Haji tu merupakan rukun islam la brother.... kita mesti pasang niat utk ke sana, insha Allah.


Apa? Tak ada duit nak ke sana? Tak ada masa lapan…

Allah rindu akan kita

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... segala salam dan puji-pujian buat Rasul junjungan...

"sesungguhnya Allah tak akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya.."

duhai hati bersabarlah
duhai jiwa bertahanlah
duhai iman tingkatkanlah
duhai kasih suburkanlah
duhai cinta sematkanlah

dikala diuji ingatlah teman
Allah rindu seorang insan
suara rintih meminta keampunan
titisan keinsafan bukti penyaksian
bertuahlah diri sebagai pilihan
cinta dan kasih jadi santapan
buat hamba-Nya sepanjang zaman.

apa lah ujian kita yang tak seberapa ini jika ingin dibanding dengan Rasulullah kan? aduss.. kerdilnya diri ini. ya Allah, lemahnya iman ini. baru ujian yang tak seberapa dah mengeluh, dah cakap macam2...
nipisnya iman aku, ya Allah... Iman sebeginikah yang ingin memasuki syurga-Mu? hurmm...

ya Allah, alhamdulillah.. segala pujian untuk-Mu. sesungguhnya tarbiyah yang Engkau berikan ini adalah sesuatu yang sangat istimewa. Engkau tarbiyahkan aku dengan ke…

nota cinta = 45:20

capaian: maksud al jasiyah ayat 20, 45:20, al quran sebagai pedoman, kata-kata semangat, surat cinta, panduan hidup, al quran, tafsir surah al jasiyah ayat 20, mencari hidayah, apa panduan hidup orang islam, islam is the best religion, holy book of islam, manual kehidupan.

cctv 24 jam

Assalamualaikum bro! Whats up?


Kenal tak ape ke bende cctv tu? Haa... cctv tu just like camera yang merakam segala apa yang berlaku. ala.. yang biasa ada dekat bank, pusat beli belah dan kat rumah pun ada orang letak. Errkkk... Tak kan tak kenal. Kate anak pasca merdeka. Huhu. Fungsi utama bende alah (cctv) ni adalah meningkatkan mutu keselamatan sesuatu kwsn. Dan kadang kala menjadi SAKSI jika berlakunya sesuatu kes. Hebatkan ciptaan manusia.

Tapi, sehebat mana pun ciptaan manusia itu, hebat lagi si Dia yang mengilhamkan manusia tersebut. Sedar tak brader yang kite sekarang ini diawasi oleh 'cctv' yang Maha Hebat? Si Dia tidak pernah leka dalam mengawasi kite walau satu saat sekali pun. Tak kisah lah kite bersembunyi di dalam tanah mahupun disebalik gunung everest. Segala itu dapat ditembusi. Hebat.

Segala tingkah laku kite ini di'rekod' dan inilah yang menjadi SAKSI kite ketika hari pengadilan kelak. Cube kite renung dan berfikir, macam mana kite di hari tersebut.…

pilihanraya

Assalamualaikum bro! Ape habaq ye? Harap2 sihat n 'rock' sentiasa ye... huhu.
Anda sudah mendaftar sebagai pengundi? Jika anda layak, tunaikanlah kewajipan anda tu ye. Maaf la, aku belum cukup umur lagi. Hehe. Tapi kali ni aku tak nak la bercakap mengenai pilihanraya malaysia tuh. Ape barang bro.... x cool la der.


Pilihanraya yang aku maksudkan adalah 'pilihanraya dalam kehidupan'. Adakah kite sedar yang sepanjang kite hidup ni, setiap masa adalah pilihanraya. Setiap masa kite mesti membuat pilihan. Mahu tak mahu kite mesti membuat 'undian'. Sama ada pilihan kite tu dapat membantu kite dlm proses kehidupan ini ataupun tidak, itu bergantung kepada undian y kite lakukan tu...


So, kite perlu sentiasa muhasabah dan merenung sejenak adakah 'undian' yang kite lakukan itu berdasarkan akal atau iman kite? Insha Allah, jika undian yang dibuat berfasarkan iman kite akan selamat dunia dan akhirat. Tetapi jika ianya bersandarkan kepada akal semata-mata, awas kite …

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti.


duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah.
pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu tersasar, kembalilah pada …