assalamualaikum wrb...
fuhh... Maha Suci Allah yang mengaturkan segalanya dalam kehidupan kita. Sesungguhnya apa yang diaturkan oleh Allah itu adalah yang terbaik buat diri kita ini. percayalah, apa yang berlaku itu ada hikmahnya..
yakinlah apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri ini.. |
hari rabu pagi yang begitu indah menguatkan keazamanku untuk menghadiri kuliah. tiba-tiba tergerak dihati ini untuk pulang ke rumah. bukan "homesick" tapi ingin menyelesaikan urusan "medical check up" yang tak "settle" lagi. setelah membuat perbincangan dengan beberapa orang sahabatku, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan dekan bagi meminta kebenaran untuk pulang. "yes..!!! dapat balik....". maka pulanglah aku ke rumah bersama-sama dengan beberapa orang kawan. menaiki bas SPBumi selama 3 jam dari TATiUC ( tempat belajar ) ke Kuala Terengganu agak meletihkan...
setibanya di rumah, Allah telah menggerakkan tanganku walaupun penat badan ini untuk mengambil telefon bimbitku dan menaip sms kepada seorang sahabat atau lebih tepat sahabat yang telah lama aku rindui, "ada kat rumah ni.. jom keluar malam ni??". perasan itu datang dengan tiba-tiba. tanpa aku merancangnya terlebih dahulu.
setelah beberapa minit, telefon nokia ku berbunyi. lantas aku membaca sms tersebut. nampaknya sahabat aku itu sudi untuk berjumpa. apa lagi. gembira tak terhingga. apa tak nye. sudah lebih setahun kami tidak bersua muka. letih aku tadi tiba-tiba kurasa hilang. usai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku terus menghidupkan enjin kereta dan ke rumah sahabatku itu untuk menjemputnya. jam tepat menunjukkan pukul 9 malam. kami keluar lepak bersama di tepi sungai terengganu. haha.. macam-macam yang kami bualkan sehingga 12 tengah malam. almaklumlah, lama tidak berjumpa. sebab itu banyak sangat topik.
keesokkan harinya, aku sekali lagi keluar dengan sahabatku itu. hari ni kami keluar awal sedikit dari semalam. kami ke salah sebuah pasar raya di kuala terengganu ini untuk membeli sedikit lengkapan. tiba-tiba aku terpandang seorang insan yang pernah aku kenali. rupa-rupanya dialah bekas guru aku ketika di sekolah menengah dulu. Cg Suhaida. lame tidak bertemu dan bersua muka dengan beliau. maklumlah, beliau selama 3 tahun berada di Mesir kerana mengikut suaminya bertugas di sana. 3 hari berada di rumah amat bermakna buat diri ini. sesungguhnya Allah telah mengatur dua pertemuan yang tak pernah terfikir dan terlintas di minda ini. perancangan Allah adalah yang terbaik...
betulah kata orang, bersahabat kerana Allah akan kekal selamanya (insyaAllah). walau jauh dimata, namun tetap dekat dihati. simpulkanlah ukhuwah atas tali Allah, insyaAllah, Dia akan memelihara ikatan suci itu.
berdoalah kepada-Nya agar ukhuwah yang tebina diredhai... |
rasa sangat bersyukur. Allah telah temukan aku dengan insan-insan yang selama ini yang aku rindui. Allah Maha Pengatur segalanya... hanya ungkapan syukur mampu aku lafazkan. aku berharap agar pertemuan yang sama akan berlaku lagi. "Ya Allah, temukanlah aku dengan insan-insan yang pernah aku kenali dan yang telah lama aku rindui..." semoga doaku itu didengar dan dimakbulkan oleh Allah. amin....
assalamualaikum wrb...
p/s: buat semua sahabat, rindu sama kamoo..
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan