Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

blog "perkongsian seorang hamba" mengalami transformasi...

assalamualaikum wrb... semoga hidup kita lebih sihat, ceria dan diberkati Allah hendaknya. insyaAllah... kalau anda semua perasan, blog ini telah mengalami beberapa transformasi. betul tak? tujuan transformasi ini dibuat kerana untuk mewujudkan kondisi yang berinformasi, segar, jelas, ceria dan mesra pembaca. jika dahulunya blog ini dikenali sebagai " SEBUAH PERKONGSIAN " , namun kini ianya diganti dengan " PERKONGSIAN SEORANG HAMBA " . hal ini kerana, aku adalah seorang hamba Allah yang rasa bertanggungjawab untuk menjalankan amanah Allah bagi berkongsi segala pengalaman hidup ini kepada anda semua. perkataan HAMBA itu sendiri sudah cukup memberi makna yang besar kepada aku. ianya membuatkan aku terfikir siapa aku sebenarnya... hanyalah SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH .... seterusnya blog ini mengalami transformasi dari segi warna tulisan dan juga tulisan yang digunakan. jika dahulu blog ini agak 'colourful', namu setelah mengalami transformasi, warna

nasi tomato dari bumi moscow...

assalamualaikum wrb... alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menggunakan segala nikmat-Nya yang sementara ini... percaya atau tak yang sekarang ini bakat memasak aku ni dah semakin bertambah. hehehe. biasa la, tinggal kat luar negara ni perlu kreatif dan rajin untuk memasak. kalau tak mati kebuluran lar jawabnya ( hehe.. hiperbola sikit ). hah! untuk menu makan malam aku dan kawan-kawan aku semalam adalah nasi tomato lauk ayam masak merah. ini adalah kali pertama aku memasak nasi tomato tau. kalau ayam masak merah tu, dah selalu... hehe. emm... macam mana terfikir nak buat nasi tomato ni ye? bukan apa, hari tu aku ada hubungi mama aku, dan tetiba je masuk topik nasi tomato. aku apa lagi, terus cari dalam laman google cara memasak nasi tomato. cari punya cari, jumpa la... ha.. satu perkembangan yang baik! semua bahan untuk buat nasi tomato mudah dicari. selepas sahaja solat jumaat di kedutaan, aku dan kawan terus ke Ashan ( macam mydin or giant lar... ) u

taubatku...

Rembulan bersinar memecah suram, Bintang berkelip menghiasi malam, Serangga menyanyi memecah kelam, Bangkit hamba meninggalkan tilam, Sujud menghadap si Pencipta alam, Menyembah Tuhan agama Islam. Dosaku umpama gunung bertimbun, Hati gundah jiwa kekusutan, Mengingatkan khilafku kepada ar-Rahman, Menjadi igauan sepanjang kehidupan, Meniti di minda zaman berzaman, Mengungkap memori meninggalkan kesan, Merubah diri membentuk lakaran. Aku tahu Dia Ar-Rahman, Memaafkan hamba tanpa perkiraan, Aku berdoa tanda penyesalan, Berjanji aku meninggalkan kesilapan, Membaiki diri membetul kelakuan, Agar hidup penuh keberkatan... P/s: Semoga Allah sentiasa mengampunkan segala dosa yang pernah kita lakukan dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa. Amin... nukilan: musafir

hari yang meletihkan...

assalamualaikum wrb... dan salam sejahtera. apa khabar anda semua? semoga kita masih lagi diberi kesihatan oleh Allah untuk melihat segala yang ada di dunia ini untuk diambil pengajaran. insyaAllah... semalam merupakan hari yang amat meletihkan bagi aku. macam-macam yang berlaku semalam. aku keluar dari asrama pada pukul 9.30pagi untuk ke perpustakaan. agak jauh juga la perpustakaan itu, mengambil masa satu jam juga. tujuan aku dan rakan-rakan ke sana untuk mengambil buku teks yang agak banyak dan berat. hehehe... bile mula-mula tengok buku-buku itu, mengucap panjang aku. hahaha. sabar je la. demi ilmu aku sanggup buat apa saja. huhu. kad perpustakaan boleh baca tak? inilah buku-buku yang dipinjam... setelah selesai urusan di perpustakaan, kami balik ke asrama untuk menyimpan buku-buku itu dan juga untuk menunaikan solat zohor. setelah itu, aku dan rakan-rakan yang lain berkejar ke simatex (pejabat agen kami di sini) untuk mengambil 'entrance exam'. wow! agak

sebulan berlalu...

Assalamualaikum wrb. Sihat semua? InsyaAllah, dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kita dapat melaksanakan amanah sebagai khalifah dibumi Allah ini. Sedar tak sedar sudah sebulan aku di bumi soviet ini. Alhamdulillah, segala ketentuan dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Melayari kehidupan sebagai pelajar perubatan luar negara amat memerlukan aku untuk menjadi seorang yang tabah, cekal dan berpegang teguh dengan tali Allah. insyaAllah... Dalam tempoh sebulan aku disini, sedikit sebanyak telah mengajar aku erti kehidupan. Dapat berkenalan dan melangkah ke dalam komuniti islam di rusia ini amat memberi makna kepada aku. Aku dapat melihat cara hidup mereka yang tabah menempuh segala onak dan duri sebagai kaum minoriti di sini. Di salah sebuah masjid yang telah aku lawati, aku telah diizinkan oleh Allah untuk melihat sendiri proses pengislaman dijalankan. Bangga dan sedih. Aku bangga kerana saudara seagama denganku telah bertambah tapi aku sedih kerana mengapa di

buat sahabat....

assalamualaikum wrb... apa khabar semua? harap semakin sihat ye.. huhuhu pada hari ini tak tahu nak buat entry ape, so, tetibe je teringat akan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini... huhu. kepada kamu semua, sahabatku, biar gambar ini mengungkapkan segala penulisan aku untuk entry ini. selamat mengahayati...! THANKS FOR BEING MY FRIENDS....! SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

godaan dunia mengatasi nikmat akhirat...

Assalamualaikum wrb. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari mendatang lebih baik daripada hari sebelumnya. InsyaAllah, amin. "GODAAN DUNIA MENGATASI NIKMAT AKHIRAT" Adakah tajuk tersebut sesuai? InsyaAllah. Pada entry kali ini, aku ingin menyentuh tentang perihal umat Islam sekarang ini yang lebih cenderung mengutamakan hal duniawi berbanding ukhrawi (termasuk diri aku juga kot.....) semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. InsyaAllah , amin...  SITUASI 1 Si A: eh, B. Jom kita pergi main hoki kat padang sekolah petang ni. Si B: yo A! Beres aja... Nanti petang aku tunggu ko kat warung keropok depan sane ye. Si A: cantekk! Jumpa nanti. Si B: ok. *TANPA SEBARANG ALASAN si B itu terus menerima pelawaan rakanya tersebut. SITUASI 2 Si C: assalamualaikum B. Bangun la, kita solat subuh sama-sama. Si B: alah, ko solat lar dulu. Aku mengantuk lagi ni. Semalam aku tidur lewat, main game. Si C: baiklah. Aku solat dulu ye. N

terubat rindu pada KARIPAP dan NASI LEMAK....

assalamualaikum wrb.... apa khabar semua? harap sentiasa sihat dan dalam lingkungan rahmat Allah, insyaAllah.. amin... alhamdulillah.... pada kali ini entry aku mengenai karipap dan nasi lemak. kenapa? pelik? huhuhu... tidak ada apa yang peliknya... pada 20hb oktober 2011, aku telah mencatat sejarah kerana buat pertama kali dalam hidup aku membuat karipap dan nasi lemak ... percaya tak? percayalah... betul, tak tipu... ^_^ CERITA KARIPAP: bukan movie karipap-karipap cinta ni ye.... pada mulanya aku sengaja bergurau dengan kawan aku. aku kata, "jom kite buat karipap. macam best je kan....". hehehe... bermula saat itu, kami semakin serius dalam perancangan untuk buat karipap ni... ( mcm suspen je ayat... skema! hehehe... ) pastu, aku berhubung dengan mak saudara yang berada di malaysia tu macam mana nak buat... so, resipi dah ada dan bahan-bahan pun dah cukup.. ( tq che de for the recipe!!! ) perancangan awal nak buat hari ahad lalu, tapi disebabkan beberapa faktor, t

bersyukur dengan nikmat kesihatan....

assalamualaikum wrb... apa khabar semua? harap-harap sihat lar ye... hargai dan bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah sebelum nikmat itu ditarik balik.... (^_^) emm... agak lama aku tak menaip entry yang terbaru kan? yang terakhir pada 14 Oktober 2011, iaitu entry mengenai perjalanan mencari cahaya Islam di bumi moscow...  agak-agak kenapa ye??? banyak faktor. pertama, aku mungkin tak ada idea (tak pergi jalan-jalan kot.. hehehe...). kedua, aku tak berapa nak sihat lar dua tiga hari ni sebab kaki kau terseliuh (hehehe.. buas sangat kot..) dan yang terakhir, aku pun tak tahu kenapa... (hehehe...) huhhh... untuk entry kali ini, aku nak kongsi pengalaman aku. kan kat atas tadi aku ada kata yang kaki aku terseliuh, betul kan? so, entry pada kali ini bertajuk, "BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KESIHATAN" . hehehe... ok tak tajuk tu? lantak lar.... huhuhu.... nak dijadikan cerita, semasa aku nak pergi solat jumaat kat pejabat kedutaan, aku berlari untuk dap

Masjid Memorial, Moscow, Russia & Park Pobedy

assalamualaikum wrb.... apa khabar anda semua? semoga kita masih lagi diberi kesihatan serta kekuatan oleh Allah untuk menghidupkan bumi Allah ini... insyaAllah... masjid ke tiga aku lawati, masjid sabornaya. alhamdulillah, syukur sangat kepada Sang Pencipta kerana dengan izin-Nya dapat aku serta sahabat yang lain memijakkan kaki di sebuah lagi masjid yang berada di bumi moscow, rusia ini. masjid tersebuta adalah Masjid Memorial  yang terletak di jalan Minskaya, 2B (berhampiran metro park pobedi). perasaan ku amat gembira apabila mendapat ajakan daripada abg senior, abg azarashari @ abg bedeck untuk ke masjid ini.... yuppy!!! hahaha.. pada petang itu, suasana agak mendung (hujan dah renyai-renyai) dan sejuk. namun, niat ikhlas kami untuk ke sana seakan di dengar oleh Allah. hujan beransur reda dan suasana kembali terang. alhamdulillah.... dalam perjalanan ke sana, abg bedeck juga menunjukkan aku tempat-tempat yang cantik untuk bergambar... hehe, (tp abg bedeck ni malu nak be