Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Kisah Si Bunga

Bunga itu cantik
Bunga itu memikat
Bunga itu menawan

Ya,
Bunga itu ada kisahnya
Kisah sang penagih cinta
Kisah sang pejuang bahagia
Tatkala ianya kembang melata
Kelopak mekar mendongak gembira
Dedaun hijau melambai mesra
menari-menari tanda gumbira
Semuanya indah berlaka!

Namun,
Masa silih berganti
Waktu silih berkerjaran
Sudah tiba masa tua
Senja menyapa menjemput pergi
Dipandang tidak dipuji tidak
Dulunya diagung sekarangnya dihina
Sebelumnya cantik selepasnya buruk
Itulah hakikat itulah realiti

Sepertinya kita manusia
Apa yang ada apa yang dipuji
Tidak kekal tidak juga selamanya
Kita pasti pergi pasti juga tidak kembali
meninggalkan segala hal duniawi
Cantik, rupa, dan harta
Tiada berguna dialam sana
hanya amal menjadi bekal
Hanya iman harta warisan
Membawa dulang ibadah sebagai santapan
Untuk bertemu Sang Pemilik Alam
Mengharap jannah menagih redha Allah...
Insha Allah.

#sesungguhnya segala yang dianugerahkan oleh Allah ini hanyalah sementara. Kecantikan, paras rupa, harta dan se…

Aku budak kampus

Alhamdulillah...
Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.


Nampaknya adik-adik lepasan spm sudah sibuk bersiap diri untuk melangkah kaki ke alam menara gading. Yeahh.. mungkin alam ini dianggap begitu menyeronokkan. Mana taknya. Alam universiti ni telah di"gula-gula"kan dengan pelbagai seribu satu kisah dongeng kemanisan. Antaranya kebebasan, bercinta, tiada lagi pakain seragam dan sebagainya. Amat berbeda dengan alam sekolah dulu yang sentiasa terikat dengan peraturan, disiplin, pakaian seragam. Arghhh.. rimas.

Eh, sekejap.
Melangkah ke menara gading ini bukanlah satu kredit untuk diri kita bebas sepenuhnya. Ya, mungkin pada tahap ini kita tidak perlu lagi berpakaian seragam putih, seluar hijau sampai atas pusat (erkkkkk????), berbutang baju sampai ke tekak, bertali leher dan sebagainya. Tetapi, penampilan itu amat perlu dititik beratkan. Bak kata orang putih, "first impression". Penampilan itu sendiri menggambarkan keperibadian kita. Bukan nak suruh be…

bersama rahmat-MU

Ilahi, gembirakan hamba dengan kurnia-Mu Jua dengan rahmat dan tambahkan keyakinan
Peliharalah hamba dari jalan yang sesat Kuatkan hamba dengan zahir jalan syariat
Ilahi, agar hamba dapat lihat cahaya Pada wajah dan jua tujuan mana saja
Ilahi, bentengkanlah hamba dengan syariat Bahgiakan hamba dengan cinta-Mu dan redha-Mu Anugerahi ku dengan sempurnanya warisan Janganlah kau masyhurkan hati dari selain-Mu
Ilahi, cahayakan zahir bahkan batinku Sucikan hati hamba dengan nur kenabian Perliharakan hamba dari sakit dan fakir Dan dari kejahatan mereka yang durjana
Ilahi, perlihara luhur jalan tariqat Dari kejahatan mereka yang merosakkan Lepaskan hamba dari hawa dan kepentingan Rasakan hamba lazat mesra dan kemurnian
Ilahi, tuangkanlah pada hamba minuman Yang suci daripada samudera warisan Layanlah hamba dengan ihsan-mu nan budiman Jalankan hamba pada syariat pendidikan.
LIHAT VIDEO --> "bersama rahmat-mu"
sumber: rakaman IKIM.FM Slot: Topik Jumaat tajuk: Kecintaan terhadap Rasulullah SAW. tarikh: 29 Mac…

hakikat kebenaran

"kebenaran itu umpama pohon yang menjalar. daunnya semakin hari semakin tinggi memancarkan kebenaran, manakala akarnya semakin hari semakin kukuh memasak ke dalam perut bumi..."
sungguh yang Haq akan terbukti benar dan yang batil akan terbukti salah
duhai teman,  sabarlah dalam menegakkan keadilan. berani kerana benar. biar masa menjadi saksi kepada perjuangan suci ini moga dipermudahkan Allah.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya

Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro.

Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah...


Hidayah perlu dicari

Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka.

Ingatlah, hidayah itu tidak datang ber…