Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Ramadhan Menjadi Saksi

Seronoknya menjadi anak kecil. Berlari ke sana ke mari dengan penuh gelak tawa dan riang ria. Seakan dunia ini langsung tiada masalah baginya. Tiada apa yang perlu difikir, tiada apa yang perlu dirisau, semua kehidupannya disayangi, dibelai dan dicintai. Malah mereka suci dari segala dosa dan noda. Ahli syurga.

Berbeza dengan aku. Kehidupan seorang dewasa yang banyak menuntut hak dan tanggungjawab. Banyak juga perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan sehingga membawa aku jauh dari erti hidup berTuhan. Aku hilang arah tuju, hilang akan matlamat aku hidup diatas muka bumi ini.

Aku menarik nafas panjang.

“Ya Allah, adakah tempat aku disisi Engkau nanti...,” gertus hati ini yang sedang menangis.

Aku berjalan menuju bangku menghadap sungai Mosko yang mengalir tenang sambil si burung saling berlumba dan bermain-main bersama mereka. Angin bertiup penuh kelembutan seolah telah membawa aku termenung panjang melihat dan merenung segala peristiwa jahiliyah silam yang pernah aku lakukan.

Tiba-tiba p…

Mari Menjadi ibadullah

Pejam celik pejam celik, ramadhan tahun ini kembali lagi. Allah, terasa begitu cepat masa berlalu, begitu pantas waktu bergerak. Adakah 11 bulan selepas kita menjalani madrasah ramadhan tahun lalu telah membentuk diri kita menjadi individu muslim yang lebih baik? Atau kita kembali kepada insan yang sama sahaja seperti sebelumnya? 
Satu perkara yang sering terjadi ketika waktu ramadhan adalah ramai diantara kita cuba 'pulun' sebanyak mungkin amal ibadah secara membuta tuli. Disini, bukanlah ingin mengatakan bahawa perkara itu tidak sihat, malah itu sesuatu yang sangat baik JIKA berlandaskan kefahaman dan ilmu!
Benar, dalam bulan ramadhan ini, segala amal kita dilipat gandakan dan diberi ganjaran yg sangat besar. Malam al Qadar (lailatul qadar) contohnya menjanjikan kita malam yang lebih baik dari seribu (1,000) bulan! MasyaAllah, bukankah ianya satu ganjaran yang amat besar hanya buat ummat Muhammad SAW ini?yy
Firman Allah dalam surah al-Qadr:  "Sesungguhnya Kami tela…

Sabarnya si murabbi

[SABARNYA SI MURABBI]
Senyumannya tidak pernah lekang dibibir walau wajah tampak letih badan tampak lemah. Bicaranya seakan tidak pernah kenal erti penat. Ketawanya seakan tidak pernah bersua makna kekecewaan. 
Setiap pesanannya disulami kasih sayang dan cinta bersandar Tuhan. Setiap tegurannya penuh rasa keikhlasan dalam membina. Setiap taujihatnya sentiasa menggugah jiwa serta menyirami hati yang kontang.
Sabarnya si murabbi Biar berjuta kesalahan kita, dia tetap sabar dalam menegur. Menuntun kita untuk kembali akan hakikat berTuhan dengan penuh senyuman sayang. Tidak pernah ditinggikan suara malah tidak pernah ditengking hina. Hanya mutiara nasihat ikhlas yang tersusun indah untuk kita.
Sabarnya si murabbi Jarak tidak pernah menjadi alasan untuknya. Demi mutarabbi tercinta, jarak yang jauh dirasakan dekat dek kerana rindu untuk bersua. Pulangnya lewat malam bukanlah penghalang bahkan satu kebahagiaan. Kerana dia tahu, jauh itu hanya fizikal dan dekat itu adalah simpuln hati-hati m…