Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Travelog Musafir, Turki : ‘River cruise’ sambil menghayati keindahan Kota Istanbul

 assalamualaikum wrh. alhamdulillah, kali ni masih berkesempatan untuk menulis sedikit atau cebisan daripada pengalaman yang aku peroleh ketika melancong di bumi Turki. insha Allah, untuk kali ni aku ingin kongsikan gambar-gambar yang menarik ketika ' river cruise ' di sungai terpenting di Istanbul, Sungai Bosphorus . Sungai Bosphorus ini merupakan sungai yang menjadi laluan perdagangan terpenting di Istanbul dan juga merupakan 'pintu masuk' ke kota ini. amat menarik lagi, sungai ini juga menjadi pemisah antara benua Eropah dan Asia. itulah yang menarik di Istanbul ni. di sebelah Timur nya, Benua Asia dan di sebelah Barat nya pula adalah Eropah. alhamdulillah, ketika naik river cruise ni waktu hampir senja. Subhanallah, dapat juga menikmati lukisan serta aturan Allah yang sangat-sangat indah ketika waktu senja berlatar belakang Kota Istanbul yang penuh dengan menara masjid. sangat indah! jom hayati dengan mata hati. bukan sekadar gambar. hehe

Travelog Musafir, Turki : Sultan Muhammad Al Fateh, ikon untuk pemuda

Assalamualaikum wrh. Bagaimana si 'Iman' kita hari ini? Semoga ianya terus ampuh dan utuh, insha Allah. Untuk entry kali ni, aku ingin kongsikan pengalaman menjejakkan kaki ke makam salah seorang hamba Allah yang pernah disebut dalam hadis Nabi SAW. Beliau tidak pernah bertentang mata dengan Rasulullah namun  Rasulullah menyebutnya dalam satu hadis. Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,  "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."  (Hadis riwayat Imam Ahmad) Hebatkan beliau? Siapa beliau ini? Beliau merupakan Sultan Mehmet bin Sultan Murat atau lebih sinonim dengan gelaran "al-Fateh". Beliau perupakan seorang rijal (pemuda) yang sangat hebat kerana pada usia 21 tahun beliau telah berjaya menawan Kota Kontantinopel (kini Istabul) dan membentuk kerajaan islam. Hebat. Makam beliau terletak di Masjid Fateh, Istanbul.