Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Antara bola dan mentaliti

Bola sepak. Satu permainan yang menjadi kegilaan kebanyakan masyarakat di muka bumi ini. Satu sukan yang kadang kala mampu menyatukan semua pihak dan kadang kala juga mampu memecah belahkan manusia. Sukan yang dijulang begitu tinggi di mata manusia berbanding sukan-sukan yang lain. Hebat. Tapi itu semua bukan yang aku ingin kupas untuk artikel kali ini.

Sebenarnya, beberapa hari yang lalu (19/8/2015), aku berkesempatan untuk hadir satu perlawanan bola sepak antara Terengganu dan PDRM di Stadium Sultan Mizan , Gong Badak Kuala Terengganu. Kali pertama menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja. Sudah tentu satu pengalaman yang bagi aku agak menarik.
Sama-sama bersorak apabila ada gol yang dijaringkan, sama-sama menyanyikan lagu negeri dengan penuh bangga dan sama-sama memberi semangat untuk pasukan Terengganu. Rasa aura melihat perlawanan bola sepak yang agak berbeza dan lebih syok.
Namun begitu, mata aku ini kadang kala menjadi tidak sedap untuk memandang beber…

Celik Politik | Apa Anak Muda Mahu

"Dulu lain, sekarang lain..." *ikut rentak SM Salim.

Itu yang aku lihat pada waktu dan ketika ini. Pada pandangan aku, generasi muda kini telah celik dan mampu menilai sendiri situasi politik yang berlaku sekarang. Apa yang baik dan apa yang buruk. Neraca yang mereka guna adalah segala maklumat apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari.

Jika dahulu, mereka hanya mengikut parti politik yang ibu bapa mereka anggotai. Jika keturunan itu menyokong Parti A, maka mereka pun akan tetap menyokong membuta tuli terhadap Parti A. Namun, kini semuanya telah berubah. Melihat kemajuan sistem telekomunikasi dan maklumat ini, mereka lebih terbuka dalam membuat pilihan. Mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan dengan itu, mereka boleh menilai segala bentuk penyataan yang diunjurkan oleh mana-mana parti politik. Nah, zaman telah berubah. Minda anak mudah sudah meluas.

Ketahuilah duhai para pemimpin aku, mereka kini bukan lagi termakan dek janji-janji kosong lagi tidak relevan. &…

Persimpangan

'bibb....bibbb....' telefon bimbit pemberian ayah aku bergetar. tertera di skrin tersebut, 'message from abah'. tatkala ini aku sedang mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) di Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam. Tanpa melengahkan masa aku terus membuka mesej tersebut, 

"Azmi, ada surat daripada Yayasan Negeri ni. Tawaran sambung belajar ke China Medical University nak tak? buat keputusan malam ni juga ya dan mesej abah esok...". 
Terkedu aku seketika. Mana tak terkedunya, dalam masa yang agak singkat aku terpaksa membuat keputusan demi masa depanku. Masa depan yang bakal aku harungi sepanjang hidup ini. Aku keliru dan berbelah bagi. 

Segala aktiviti MDS yang aku lalui pada hari itu bagaikan sesuatu yang kosong. Hanya jasad aku sahaja mengambil tempat ketika itu. Fikiranku jauh melayang memikirkan tentang perkara tersebut. Aku hanya mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh abang 'PM' (pemimpin mahasiswa). Disuruhnya ke sana, aku ke sana, disuruhn…