Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

ikatan persahabatan...

Sungguh indah aturan Illahi, Hingga tiada apa menghalangi, Aku berterima kasih pada mu ya rabbi, Fitrahku seorang hamba sujud mensyukuri Inilah yang dinamakan ukhuwah suci, Quran dan doa menjadi tiang seri. Aku hanya insan yang lemah dan hina, Seringkali aku alpa untuk membimbingnya, Hingga aku tersedar dari lena, Rasa sayang masih lagi bertahta, Untuk memimpinnya hingga akhir nyawa, Langkah menuju jalan diredhaiNya. Untuk mu duhai saudaraa, Kita bersahabat kerana Dia, Hanya Dia yang mampu kita panjatkan doa, Usah kita lupa akan Kebesaran Nya, Walau jarak berbatu memisahkan kita, Allah tahu apa yang terbaik buat kita, Hanya saat dan waktu menentukan ia. Fikirlah kau dan aku, Ingatlah kau dan aku, Lengkapkanlah diri dengan Ilmu, Laksanakanlah amanah sebagai hamba Allah, Agar hidup disinari cahaya barakah, Hingga akhir hayat seorang hamba.... nukilan: musafir

ada apa dengan hati?

Assalamualaikum wrb. Apa khabar iman anda semua? Harap semua kita masih lagi mendapat taufik dan hidayah dari Allah. InsyaAllah. Amin. Agak lama blog aku ini kosong dan tidak bermaya kan? Al maklum sajalah, kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan memang agak sibuk. Namun, teringat akan amanah sebagai seorang hamba Allah, aku akan tetap cuba mencari ruang dan peluang untuk mengungkapkan bait-bait kata bagi manfaat kita bersama. InsyaAllah. Untuk entry kali ini, aku rasa hendak sembang-sembang mengenai HATI . Haaa, apa dalam fikiran korang? Jom share! Huhu. Bagi aku, hati ini ibarat raja dalam diri manusia. Macam dalam sesebuah negara, raja adalah yang paling berkuasa. Begitu juga dengan hati. Hati merupakan satu perkara yang diciptakan oleh Yang Maha Agung untuk setiap hambaNya. Banyak juga pepatah melayu dulu kala yang berkaitan dengan hati, bukan? Contohnya baik hati, busuk hati, hati batu, dan sebagainya. Kenapa "hati"? Kenapa tidak 'baik tangan' ke, &

cinta suci...

"aku berlindung daripada syaitan yang direjam..." "dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..." assalamualaikum wrb, kalam suci pembuka bicara. semoga diri ini terus diberi kekuatan dan kenikmatan iman oleh Allah, insyaAllah.  Allahmdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk mendapatkan CINTA SUCI daripada Illahi. cinta yang mampu membimbing kita ke arah jalan yang lurus. seringkali kita lupa dan alpa akan Si Dia yang Maha Pemberi Cinta Suci. kenapa? mengapa? kenapa kita agungkan Cinta kepada sang makhluk berbanding cinta kepada Sang Pemberi Cinta? sombong dan bongkaknya kita... dibuai cinta sesama makhluk sehingga terlupa akan amanah sebagai seorang Hamba yang buruknya makhluk dikatakan indah yang comotnya makhluk dikatakan cantik yang dosanya makhluk dikatakan pahala yang haramnya makhluk dikatakan halal kenapa? mengapa? kenapa kita tidak jujur dalam berkata-kata sedangkan Cinta Suci bepaksikan kejujuran? alangkah berbu

buka mata, buka hati...

“ Sesungguhnya perancangan kamu terhadap dunia Islam hendaklah untuk melahirkan generasi yang tidak mengenal hubungannya dengan Allah dan tidak berkeinginan untuk mengenaliNya, kamu mengeluarkan mereka dari ajaran Islam tetapi kamu tidak mengkristiankan mereka. Dengan itu, akan lahir generasi muslim yang bertepatan dengan kehendak kita (penjajah), generasi yang tidak mengambil berat pada perkara-perkara besar, generasi yang suka berehat dan pemalas, generasi yang menggunakan sepenuh keupayaan dalam kehidupannya untuk syahawat, apabila belajar adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mengumpul wang adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mendapat kedudukan dalam kepimpinan adalah untuk syahawat keduniaannya……"- Kata-kata Zwemer di dalam muktamar pendakwah kristian di Quds.  assalamualaikum wrb.  apakah perasaan kita apabila mebaca baris-baris ayat di atas? tepuk dada, tanyalah iman anda. menjenguk jendela kehidupan kita hari ini, adakah musuh Islam sudah b