Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Hikmah bukan amarah

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429) [pengajaran] Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam mena

Cari gajah depan mata

Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak pula. Peribahasa itu ditujukan kepada semua masyarakat terutamanya pihak berkuasa agama dan mereka yang terbabit dalam pencegahan maksiat di 'Negara Islam' Malaysia. Bukan niat dihati ingin memperlekehkan serta mempertikai tugas dan amanah yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut tetapi sebagai ahli masyarakat marheen yang sudah pedih mata melihat perkara mungkar yang semakin hari semakin menjadi.  Pernah ada kes pegawai pencegahan maksiat mengejar pelaku maksiat sehingga melibatkan kematian pelaku tersebut. Pernah ada juga kes serbuan terhadap pasangan yang telah berkahwin oleh pegawai pencegahan maksiat. Kedua-dua kes ini untuk pengetahuan umum dilakukan oleh pelaku maksiat secara tertutup dan sembunyi tanpa penampakkan dihadapan khalayak ramai. Bukan ingin memperlekeh kerja dan kewibawaan pegawai-pegawai tersebut, tetapi ingin menimbulkan beberapa persoalan terhadap organisasi-organisasi terbabit.

sedia sebelum berkelana

Teringat kata-kata salah seorang guru sejarahku ketika dibangku sekolah menengah, "korang sepatutnya dah mula berdoa untuk cari isteri yang baik agamanya. Cantik itu bonus yang penting hati. Takkan nak kahwin esok baru nak doa hari ini. Kena doa dari awal". Kalau tak silap aku, ketika ini aku ditingkatan 3. Ditambah pula kata-kata ustazah aku, "selalu la sedekahkan al-fatihah untuk jodoh kita, minta agar dijodohkan dengan yang terbaik". Imej dari google Perkara yang signifikan daripada ungkapan 'emas' itu adalah PERSIAPAN KENDIRI kita membina sebuah 'masjid' yang terkandung didalamnya sakinah, mawadah dan rahmah. Sebelum aku terima nikahnya dilafazkan, persiapan diri kita amatlah penting dan utama kerana perkara ini bukan sesuatu yang main-main. Bagi aku, perkahwinan impian adalah perkahwinan yang kekal selamanya sehingga ke syurga. Kita harus menjadikan 'tummuhat' perkahwinan itu adalah syurga! Amin. Banyak aspek perlu dipe

Kepelbagaian dalam kesatuan

"Ashrul, you boleh buatkan I kuih lapis tak? I dah lama tak makan. I suka kuih-muih melayu ni" "I bawa budu tahun ni datang Moscow. Kamu semua yang ajar I makan budu. Now, I dah suka makan budu." "Sambal belacan is my favourite. Yummmyyy" Percayakah anda kalau aku katakan dialog-dialog diatas keluar dari mulut kawan india dan cina aku? Percayalah. Itu adalah hakikat. Aku sendiri pada awalnya tidak percaya yang kawan india aku yang sudah ketagih dengan budu. Sounds weird. Nak tergelak pun ada juga. Tetapi memang aku kagum dengan mereka. Aku sendiri pun suka makan kari ayam india cicah roti canai. Jadi apa masalahnya,Kita kan Orang Malaysia!  Imej dari google Pernah makan rojak ayam? Ayam. Mee. Sayur. Jemput-jemput. Kuah kacang. Digaul sekali dan rasanya sungguh enak. Salah satu makanan kegemaran aku dan pasti aku akan mendapatkannya sebelum terbang ke bumi Russia. Entah mengapa bagi aku makanan ini sungguh unik dan signifikan dengan ke

UPSR | Dimana hilangnya integriti?

Kertas soalan UPSR bocor? Perkara yang saban tahun telah berlaku. Cuma kali ini ia menjadi satu isu nasional yang berjaya menarik perhatian 2 orang Menteri Pelajaran kita. Satu isu yang telah menimbulkan kerisauan semua pihak dan mengharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Bagi adik-adik tahun enam, mereka dikehendaki menduduki semula peperiksaan UPSR bagi kertas  Sains dan Bahasa Inggeris kertas 1 & 2 pada  30 Septermber 2014 nanti. Kesian mereka. Sudah pasti moral dan motivasi mereka sedikit sebanyak telah tergugat. Dek kerana ingin mengejar kedudukan terbaik, keputusan yang cemerlang dan ingin mendapat status sekolah terbaik, nilai keilmuan sistem peperiksaan itu sanggup diketepikan. Apakah hasilnya kelak? Anak-anak kita berjaya bukan kerana hasil titik peluh mereka sendiri. Lama-kelamaan hilanglah kredibiliti pada sistem pendidikan kita yang sekarang ini sudah sedikit sebanyak tergugat dengan isu PBS.  Jika tiada permintaan mana mungkin perkara ini ak

Cabaran bakul ais

Heboh dan menjadi ikutan diserata dunia. Masing-masing ingin menyahut cabara bakul ais ini. Entah kenapa bagi aku perkara ini hanya satu perkara yang sia-sia dan erkkk... Tak tahu macam mana nak terjemahkan perasaan aku terhadap cabaran ini. Hurmm. Buang masa, buang duit. Membazir! Sedikit penerangan bagi sesiapa yang terfikir apa kejadah cabaran bakul ais ini sampai juling mata itu dibuatnya. Ok, bismillah. Sebenarnya 'cabaran bakul ais' ini atau nama fofularnya "Ice Bucket Challenge" dibuat atas kesedaran dan solidariti terhadap pesakit-pesakit saraf atau ALS. Senang cerita sebagai satu kempen untuk mewujudkan kesedaran kepada awam mengenai penyakit ini.  Dikatakan kesan kesejukkan yang dialami oleh 'pemain' cabaran ini seakan seperti apa yang dirasakan oleh para pesakit ALS tersebut. Tapi, ALS tu apakah? Ok, jom kita baca sedikit fakta mengenai ALS ini. ALS ( amyotrophic lateral sclerosis)  adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong d

Pintu itu masih terbuka

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, Laut mana yang tidak dilambung ombak, Hati mana yang tidak dirundung derita, Jiwa mana yang tidak diundang duka, Manusia mana yang tidak dibasahi dosa. Dari mula kita dilahirkan, kita bertatih sebelum berlari. Kadang kala kita terjatuh, namun kita bangkit kembali melangkah maju kehadapan. Perjalanan menuju Cinta Tuhan itu kadang kala tersungkur jua dek tersepak batu nafsu yang sengaja dicampakkan oleh syaitan. Benar, kita ingin berubah dan mencari makna kehidupan dan 'deen' yang sebenar. Namun, kerana nafsu dan iman kita yang senipis kulit bawang ini kita lemas dengan godaan dunia dan syaitan tersebut. Allahu rabbi. Ampunillah kami. Duhai insan, Itu lumrah kehidupan. Allah itu maha Pencipta. Dicipta-Nya dengan cukup sempurna dan indah agar setiap manusia itu mengambil iktibar serta pengajaran dari setiap apa yang berlaku. Percayalah duhai insan, Allah itu tidak sekejam apa yang disangka. Sungguh lemas kita itu sebenarny

Ikhwah Pakai Jeans

Tajuk:   Ikhwah Pakai Jeans. Penulis:   Inche G abban a (penulis blog Angel Pakai Gucci). Penerbit:  Ibooks Genre : Motivasi dakwah. Sinopsis dari buku: Buku ini menampilkan koleksi artikel yang telah dimuat naik di blog Angel Pakai Gucci. Pelbagai topik yang telah disentuh oleh penulis antaranya peribadi seorang dai'e, cara-cara menjadi pendakwah yang hebat dan pelbagai lagi. Melalui penulisan yang sangat sempoi ini, penulis juga menyelitkan unsur teguran keras secara yang sangat menarik terhadap para du'at yang bersama-sama memikul amanah dalam berdakwah. "Jarum halus" yang digunakan penulis itu nampaknya berjaya menegur pembaca secara santai dan berkesan. Disamping itu, penulis juga menyelitkan beberapa buah puisi yang diciptakannya sendiri. Puisi yang menaikkan hamasah para pendakwah dan juga rasanya mampu juga menaikkan obor semangat kepada semua yang membacanya. Ulasan: "Wallahi, Inche Gabbana telah membawa nuansa dakwah tarbiyah kep

Puasa, hanya untuk perut?

Pejam celik pejam celik terguling sana sini tupp tupp dah masuk ramadhan. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memilih kita untuk bertemu bulan yang penuh berkat dan rahmat ini. Ada diantara kita yang tahun lepas sama-sama beriftar, berterawih dan bermoreh tetapi tahun ini Allah telah menjemputnya kembali ke pangkuan-Nya... Nanges kuat2... ! Ambil tisu, lap air mata. Tarik nafas... hembus. Fuhhh... Oleh yang demikian, tuan-tuan dan puan-puan yang masih lagi dapat menghirup udara ramadhan yang padanya penuh rahmat ini seharusnya merebut segala peluang yang diberikan. Jangan sia-siakan kerna boleh jadi ini yang terakhir kali untuk kita bertandang ke madrasah ramadhan. Allah.... Moga-moga kita tidak termasuk golongan yang dikatakan oleh junjungan kita, Muhammad SAW: “...... Celakalah bagi sesiapa yang melalui bulan Ramadhan,tetapi tidak diampunkan dosanya sehingga habis Ramadhan..... ” Hadis riwayat Ahmad Allahu Allah.  Ada diantara kita yang hanya pu

Malaysia. Ujian dan Futur.

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah tsumma Allahamdulillah. Akhirnya kaki ini dapat kembali melangkah dan berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia. Menghidup udara Malaysia dan 'bau' orangnya (erkk...?) sungguh membuatkan diri ini keliru. Nak sedih ataupun gembira. Atau mungkin kedua-duanya. [ credit ] " Of kos la gembira cik abang! gila tak gembira boleh jumpa keluarga, kawan-kawan dan yang paling penting yang sentiasa dinantikan oleh pelajar obesi adalah MAKANAN MALAYSIA. hahaha... " erkk.... betul! memang tidak dinafikan. Perkara tersebut sentiasa meniti dibibir siap berjoget lambak lagi setiap kali pulang ke tanah air. Makanan? Tak usah cakap banyak. itu sudah tentu. emm... siap buat 'check list' lagi nak makan semua makanan Malaysia sebelum kembali pulang ke bumi tarbiyah, Rusia. huhuhu... Tetapi..... jeng..jejeng..... Terus terang diri ini gementar, sedih dan takut. Mana kan tidak, ketika dibumi asing aku dapat rasakan

Masa yang menjadi mangsa

  “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3). Amat benarlah firman Allah itu. Allah telah bersumpah dengan masa kerana Dia mengetahui bahawa masa itu teramat penting. Sedetik masa yang berlalu pergi meninggalkan kita mana mungkin akan kembali. Mustahil! Jika manusia itu lalai dan leka, akan rugilah mereka. Pepatah arab ada menyebut, " Masa umpama mata pedang ". Ya, masa umpama mata pedang yang sangat tajam. Jika kita tidak menggunakannya sebaik yang mungkin kita akan mengalami kecelakaan. Contohnya cuba kita lihat pedang samurai yang dikatakan antara bilah pedang yang tertajam didunia. Ohhh, tersilap langkah mengendalikan pedang itu mungkin nyawa akan menjadi mangsa atau paling kurang ada darah yang jatuh ke bumi. Begitu jugalah masa. Penggunaan masa yang betul, efektif dan baik amat pe

Beruzlah hati, bukannya jasad

"Ahhhhhhh.... Serabut! Buat ini tidak kena, buat itu tidak menjadi. Kenapa ni?!" "Dah check hati tu? Mungkin banyak sangat 'dunia' dalam hati kot..." *       *      *      * Sahabat, kadang kala hati ini tidak tenang kerana terlalu banyak 'dunia' yang menyelinap masuk sama ada melalui 'imegresen' ataupun secara haram. Kemasukan secara tidak terkawal mampu mengotorkan halaman hati dengan sampah sarap jahiliyah yang busuk lagi menjijikan. Jika dibiarkan nanti takut akan merosakkan astana iman dan menghancurkan tiang mardhatillah. Allahu Allah. Teringat satu rantaian kata dari salah seorang pemikir islam, "Dunia boleh saja ditanganmu atau berada disakumu untuk engkau simpan dan pergunakan dengan niat yang baik. Tetapi jangan meletakkannya didalam hati. Engkau boleh menyimpannya diluar pintu (hati), tetapi jangan memasukkannya ke dalam pintu. Karena hal itu, tidak akan melahirkan kemuliaan bagimu." (Syaikh Abdul Qad

Masjid Yardyam, Moscow, Russia - Simbol keharmonian antara agama.

Alhamdulillah wa syukurillah. Allahu Allah. Tak ada apa perkataan yang mampu dikeluarkan selain puji-pujian kepada Tuhan Sekalian Alam,yang Maha Berkuasa Menggerakkan sesuatu itu atas kehendak-Nya. Memandangkan aku tidak berkelana ke bumi luar Moscow pada cuti musim sejuk pada tahun ini atas faktor-faktor tertentu, aku telah merancang lebih awal (sebelum cuti) untuk menggembara mencari cahaya islam di bumi asing ini, Moscow. Alhamdulillah, aku nekad untuk mencari sebuah lagi masjid yang telah terbina sejak sekian lama di muka bumi bertuah ini iaitu Masjid Yardyam. Jaraknya tidaklah begitu jauh dari Metro Otradnoye dan masa berjalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minit. Keunikan masjid ini adalah ianya terletak di dalam sebuah kompleks keagamaan dimana terletaknya rumah ibadat bagi agama-agama yang lain. Antara rumah ibadat yang terdapat didalam kompleks ini adalah rumah ibadat bagi agama Kristian Ortodok, Kristian Katolik, Shiah dan juga Yahudi. Sebuah kawasan yang dibi

Nikmatnya cupcakes!

Semenjak dua menjak duduk kat oversea ni antara makanan yang sering mengidam adalah cupcakes ! Tak tau la kenapa. huhu.. Oh lupa, Asslamualaikum wbt, semua. Ya, Cupcakes ! Cuba bayangkan anda sedang memegang sebiji cupcake yang sungguh mengiurkan. Mana kan tidak. Dengan keknya yang sungguh gebu kekuningan ditambah pula dengan cream diatasnya yang sangat menarik nafsu makan anda disamping sifat azalinya yang sungguh kiut miut . Apabila anda mula memasukkan cupcake itu ke dalam mulut anda, anda boleh menghidu aroma yang sangat menyelerakan. Ohhhhhhh...... Gigi seri atas anda bertemu pasangannya yang dibawah, membelah cupcake yang sungguh empuk itu. Ahhh... Anda mula mengunyah sambil menikmati kegebuannya, kemanisannya dan keasyikannya. Ohhhh... Nikmat. Umpama dunia ini aku yang punya. *hiperbola . Manis dan lazatnya itu sampai kita masih lagi terbayang dan termimpi-mimpi. oh, ketagihan. Tetapi AWAS! Anda perlu ingat bahawa cupcakes mengandungi kadar kalori yang sangat tinggi