Skip to main content

kefakiran membawa kepada kekufuran...

assalamualaikum wrb..
privet, kak dela?? ( hi, how are you_in Russia)

huhu.. pada entry kali ni, tergerak jiwa ini ingin berbicara mengenai kefakiran membawa kepada kekufuran.


pernah terdengar satu kisah benar yang agak mendukacitakan bagi kita penganut umat islam. kisah ini terjadi di salah sebuah negeri di pantai timur malaysia.

di sebuah kampung yang agak terpencil, jauh dari arus pemodenan, tinggal sebuah keluarga yang sangat miskin. kehidupan keluarga ini ibarat makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang. kadang kala mereka terpaksa menahan kelaparan dek kerana tidak mempunyai wang untuk membeli wang. jika ada pun makanan, hanyalah nasi yang berlaukkan garam dan gula. tidak pernah menjamah daging lembu, jauh sekali ingin menjamah lauk ayam. jauh berbeza dengan kita yang hampir setiap hari disajikan dengan lauk pauk yang cukup enak lagi lazat.


_gambar hiasan_
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..
kehidupan mereka amat daif. tempat berteduh mereka dibawah pondok buruk yang hanya tunggu masa untuk menyembah bumi. kelihatan cahaya matahari banyak menembusi ruang dalam pondok usang itu, menandakan atapnya yang banyak berlubang. jika hendak dibandingkan, tempat berteduh mereka tidak ubah seperti reban ayam. tiada satu perabot pun yang menjadi perhiasan tempat berteduh mereka.


_gambar hiasan_
keadaan tempat berteduh yang uzur..,
selain itu, anak-anak mereka juga terpaksa melupakan hasrat untuk menerima pelajaran yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain. mereka terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan mereka. lebih-lebih lagi bapa mereka menghidap angin ahmar. kehidupan mereka bertambah teruk apabila ibu mereka pula dijangkiti penyakit HIV. begitu besar ujian yang dihadapi mereka sekeluarga. jiwa mereka menjadi tertekan dan iman mereka mulai lemah.


_gambar hiasan_
adakah anak-anak patut berada di sini???
pada suatu hari, datang mubaligh kristian ke rumah mereka. mubaligh tersebut menyampaikan dakyah-dakyah  dan janji-janji yang menarik. akhirnya, keislaman mereka sudah luntur dek kerana iman yang begitu lemah. mereka mempersoalkan kenapa Allah mentakdirkan mereka seumpama itu. tidak seperti insan lain yang kaya dan bahagia. mereka terpedaya dengan dakyah-dakyah mubaligh yang menjanjikan kekayaan jika mereka memeluk agama kristian. hanya kerana wang, agama sanggup mereka korbankan.... kerana kefakiran, seseorang terjerumus kepada kekufuran....



persoalannya disini, kenapa jadi begini? kemanakah para pendakwah islam? apakah peranan kita sebagai saudara islam?  mahukah kita hidup senang lenang sedangkan jiran kita dalam kesempitan? dimanakah sifat wasatiyah dalam kehidupan seorang mukmin?

"kejarlah dunia seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadahlah kamu seperti kamu ingin mati esok"

sama-sama kita bermuhasabah diri dalam mencari kelemahan. mungkin kadang kala manusia terlepas pandang. marilah kita membantu antara satu sama lain. bukankah Tuhan menjadikan manusia untuk melengkapi antara satu sama lain? oleh itu, sama-samalah kita perbaiki diri dan memajukan diri dalam mencari redha Allah... bersatulah kita demi memajukan ummah.


marilah kita bersatu demi ISLAM....!
ya Allah, selamatkanlah umat-Mu, pelharakanlah iman kami ini, jangan Engkau goyahkannya dengan bisikan syaitan laknatullah. Engkau jadikanlah kami ini jutawan di dunia dan juga jutawan di akhirat. amin....


p/s: segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan saya.


assalamualaikum.
salam satu ummah...!









Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege