Skip to main content

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan...?"

assalamualaikm wrb..
apa khabar? diharap semuanya sentiasa mendapat nikmat kesihatan dan kesejahteraan dari Allah hendaknya.
bersyukur kepada Allah kerana telah memberiku ilham dan juga kesihatan bagi menulis entryku pada kali ini. terima kasih, Allah.
alhamdulillah, kita msih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah.

teringat bait-bait indah kalam Allah, dalam surah ar-Rahman:
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan".

mari kita berfikir sejenak. adakah kita hamba Allah yang telah mendustakan nikmat yang telah diberikan?pernahkah kita bersyukur dengan nikmat itu? semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mendustakan nikmat Allah itu. insyaAllah.

subhanallah. Maha Suci Allah. sedarkah kita bahawa pelbagai nikmat yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya. nimat hidup, nikmat bernafas, nikmat kesihatan, nikmat kemakmuran, nikmat berjalan, nikmat makan dan lain-lain lagi. jika ingin dihitung, dudah tentu ianya amat tidak terkira. namun menjadi persoalan buat kita, apakah kita pernah bersyukur dengan nikmat itu?
keruntuhan akhlak remaja, salah siapa???
manusia memang lalai. kebanyakkan daripada kita mengingkari arahan dan perintah Allah sedangkan Allah tidak pernah kejam terhadap diri kita. kenapa kita perlu meingkari arahan Allah dan mendustakan nikmat-Nya? sedih rasa hati ini melihat rakan seangkatan, sahabat, saudara seIslam yang jauh terpesong dari landasan Allah ini. melihat anak bangsa Melayu Islam yang kini hanyut dibuai dan diulik dengan propaganda musuh islam yang sentiasa mencari jalan melemahkan umat islam, amatlah memilukan. mereka tidak bersyukur dengan nikmat kehidupan yang Allah pinjamkan kepadanya. bilakah mereka mahu sedar dan bangkit dari lenaan mimpi itu? dimanakah tugas orang islam sebagai pendakwah, penyambung tugas Nabi Muhammad SAW?


pesanan ini adalah untuk diriku jua serta para pembaca. ingatlah, segala nikmat yang Allah berikan ini hanyalah pinjaman semata-mata. hidup di dunia ini adalah untuk seketika sahaja. yang pasti, kita mencari kenikmatan menjejakkan kaki ke syurga kelak. bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita. jangnlah kita sombong, ego, bangga diri dan lain-lain lagi apabila Tuhan memberikan kita nikmat yang melimpah ruah. sedarlah, jika Allah ingin menarik nikmat itu, dengan sekelip mata ianya boleh berlaku. ingatlah.


Ya Allah, Engkau selamatkanlah aku serta semua saudara seIslam denganku daripada kekufuran. jauhkanlah kami daripada sifat-sifat keji dan mungkar. 
Ya Rahman, bibitkanlah rasa syukur dalam diri kami atas segala nikmat yang telah Engkau berikan. Ampunilah segala dosa-dosa kami selama ini. sesungguhnya Engkaulah tempat kami bergantung dan Engkaulah tempat kami memohon keampunan. 
terimalah doa kami ini... amin..

assalamualaikum wrb...

p/s: segala yang baik itu adalah milik yang menciptakan kita, dan yang kekurangan itu adalah kejahilan diri ini.



Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...