Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

hari kedua di bumi bekas jajahan komunis...

assalamualaikum dan salam rindu dari bumi moscow.... apa khabar malaysia? apa khabar russia? hehehe... hari-hari di bumi soviet ini aku lalui dengan begitu baik. alhamdulillah... pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui. pada hari kedua aku di bumi bekas jajahan komunis ini, aku dikehendaki ke pejabat agen yang menguruskan pelajar tajaan yayasan terengganu. perjalanan nya dari asrama aku agak jauh juga la.. dalam 30 minit perjalanan menaiki bas dan juga Metro ( pengangkutan kereta api). seharian aku berada di sana. agak membosankan juga lar... menunggu visa aku siap dan menyelesaikan segala urusan hostel. huhh... penat2. dalam perjalanan pulang dari pejabat tersebut, kumpulan kami telah 'dikacau' oleh seorang pemuda russia yang mabuk. alhamdulillah, ada senior yang membantu. pada hari ni juga aku dapat merasakan nasi di russia. agak mahal.... huhu. ( kalau skali skala tu ok je nak mkn). sebelum pulang, aku ke shopping mall, 'Ashan' untuk membeli

selamat tinggal MALAYSIA, bermulalah sebuah perjalanan...

assalamualaikum wrb.... apa khabar? semoga kita ini terus menghargai nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Allah ini.. amin... selamat tinggal malaysia...! hello RUSSIA!!! pada tanggal 25hb september 2011 merupakan hari bersejarah buat diri aku. aku telah berangkat ke bumi Soviet, russia untuk menyambung pelajaran aku dalam bidang perubatan... pemergian aku ini membawa seribu satu harapan terutamanya harapan ibu bapa aku... dan juga impian aku sejak kecil lagi untuk menjadi seorang doktor muslim yang hebat. InsyaAllah... "perginya membawa harapan, pulangnya membawa kejayaan". emm... macam mana perasaan aku ye? entah lah... aku pun sendiri kurang pasti. tapi apa yang penting, perasaan aku cukup bersemangat untuk menempa kejayaan di bumi soviet ini. insyaAllah. aku sedar, banyak perkara yang harus aku lalui nanti. pelbagai cabaran yang akan aku tempuhi. tapi aku yakin, Allah akan bersama aku... semoga Allah memberikan aku kekuatan... emm... perjalanan aku ke

somalia, kami bersamamu...

assalamualaikum wrb... apa khabar sahabat pembaca sekalian. harap2 keimanan kita semakin meningkat serta bertambah.. insyaAllah. melihat gambar-gambar diatas, apakah perasaan kita? s e di h? Menurut UN Children’s Fund (UNICEF) dalam laporan di aljazeera.net melaporkan 500 000 kanak-kanak Somalia menghadapi keadaan yang boleh mengancam nyawa dan mempunyai akibat yang berpanjangan bagi pembangunan fizikal dan mental mereka. marilah kita sama-sama merenung sejenak, menginsafi diri kita ini. kita mewah berpakaian sedangkan  mereka bertelanjang tanpa pakaian. kita makan dengan lazatnya sedangkan mereka bermatian mencari sesuap nasi. kita lena diatas katil empuk sedangkan  mereka bertilamkan bumi retak seribu. kita berteduh dibawah mahligai mewah  sedangkan  mereka berbumbungkan langit biru. kita cantik berpakaian serba baru sedangkan  mereka kain buruk menjadi balutan. kita bergaya dengan "gadget" c

selamat tinggal pra-medic@TATiUC.....

assalamualaikum wrb... ~speechless~ itu sahaja yang dapat aku katakan.. tanggal 13hb september 2011, aku secara rasmi dah habiskan kursus persediaan perubatan ke rusia, tajaan Yayasan terengganu. macam-macam telah aku lalui selama 4 bulan di TATiUC (pusat persediaan). banyak juga yang telah aku pelajari, baik dari segi akademik dan juga belajar erti persahabatan... pelbagai pengalaman yang mematangkan aku ketika aku berada di sini... pengalaman yang sedikit itu, akan aku adaptasikannya sebaik mungkin dan akan aku bawakan ia untuk ku ke rusia kelak... insyaAllah.. tidak aku lupakan, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada seluruh tenaga pengajar yang sudi memberi ilmu kepada aku ketika kursus persediaan itu berlangsung. selain itu, terima kasih juga kepada pihak pengurusan yang sentiasa memberikan yang terbaik buat aku dan rakan-rakan.... doakan kami yep.. ^_^ sedar tak sedar, waktu untukku meninggalkan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan yang lain-lain makin de

meningkatkan konsentrasi...

assalamualaikum wrb.. pernahkah kita hilang tumpuan ketika melakukan kerja? oleh itu, hari ini nak berkongsi mengenai cara untuk meningkatkan konsentrasi ketika melakukan sesuatu kerja. semoga ianya dapat membantu... ^_^ 1. wujudkan sikap positif dan kreatif. 2. bentuk tujuan yang khusus untuk membantu konsentrasi. 3. hapuskan segala gangguan, jika ada. 4. cara duduk yang betul dan selesa untuk membantu konsentrasi yang terkawal. 5. hadkan tumpuan yang dirancang. 6. tumpukan sepenuh perhatian deria melalui fikiran, mata, telinga, mulut dan seluruh anggota. 7. senyum sambil belajar. 8. menyediakan segala bekalan yang diperlukan. semoga ianya dapat membantu kita~ assalamualaikum wrb... salam perjuangan. BUAT DUIT?  KLIK DISINI

meningkatkan memori...

assalamualaikum wrb... pada artikel kali ini, nak kongsi dengan para pembaca mengenai cara meningkatkan memori kita. semoga tips di bawah ini memberi manfaat kepada kita semua. FIKIR SELALU berfikir merupakan satu kaedah yang dipercayai mampu meningkatkan tahap memori seseorang. hal ini kerana, apabila seseorang itu berfikir, maka neuron di dalam otak manusia akan bercantum dan sekali gus mampu memaksimakan tahap memori seseorang. TENGOK SELALU melihat sesuatu acap kali juga dipercayai mampu menambahkan daya ingatan manusia. manusia akan lebih mengingati sesuatu pelajaran itu dengan kaedah gambaran ataupun lukisan. sebagai cantoh kaedah peta minda, lukisan serta warna yang pelbagai. CAKAP SELALU mengulangi apa yang dipelajari adalah penting bagi pelajar agar segalanya mampu diingati. dalam proses hafalan, ulangi perkataan atau fakta tersebut beberapa kali agar perkara tersebut mampu diingati. lakukan proses sama pada masa akan datang agar ianya terus kekal dalam memori k

melihat dengan mata Allah...

Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi. Subhanallah... Tetapi ciptaan yang bernama "insan" itu seringkali melihat dengan pandangan hati. Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri. Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat. Saya pernah mendengar satu tazkirah yang pengisiannya sangat bermakna. "Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya pada Allah S.W.T itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah." Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah memohon petunjuk Allah S.W.T. Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan