Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

merempit ke syurga

erkkk... merempit? baiklah. mungkin agak pelik apabila membaca tajuk artikel pada kali ini bukan? memang sengaja aku mencari tajuk ataupun lebih tepat lagi nama blog serta page aku sebegitu rupa. baru lah unik dan tersendiri. hehe. hurm... kenapa aku pilih perkataan 'merempit' itu sendiri untuk ke syurga? seringkali kita memikirkan sesuatu yang sangat negatif terhadap istilah 'merempit' ini. oleh itu, aku terfikir untuk meng'positif'kan frasa tersebut agar mampu membawa kita kearah yang lebih baik dan seterusnya ke syurga. insha Allah. merempit itu aku meng'analogi'kannya sebagai bergegas atau berlumba-lumba. berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. sungguh, sifat bergegas ini perlu bagi setiap mukmin kerana kita mesti ingat bahawa kematian itu bila-bila masa sahaja. mungkin selepas baca artikel ini atau mungkin esok atau lusa. entah bila, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. sedangkan kelapa pula juga ada yang gu

kerana kehendak-Nya

sungguh, setiap apa yang berlaku itu mesti ada sebabnya dan ianya mesti sudah menjadi ketetapan dari Allah swt. memang kita mampu merancang dengan rapi dan ' superb ' namun, kita mesti ingat perancangan Allah itu lagi sempurna dan lebih ' superb '.  tatkala kita diuji, ingatlah bahawa itu semua telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.  Dia mengetahui segala-galanya apa yang kita tidak ketahui.  mungkin ianya mustahil bagi kita, tetapi tidak mustahil bagi Allah. oleh itu, kepada-Nya kita kembali. Dialah Pelindung yang mampu menyelamatkan kita, mampu membawa kita kejalan yang benar. insha Allah.  jangan berputus asa. teruslah bangkit dan teruslah berjuang.  hanya kepada Dia kita bertawakal dan berserah diri....

katakanlah

assalamualaikum wrh. sejak kebelakangan ini, melihat serta berada dalam masyarakat yang serba moden, sudah menjadi trend generasi Y untuk mengeluarkan bait-bait kata yang agak " enak " didengar. ke jelek kan bahasa yang ditutur telah membuatkan suasana (biah) masyarakat agak bercelaru dan seakan-akan keruh, tiada nilai. What the F*cK,  b*tch,  si*l,  bod*h,  sh*t banyak lagi perkataan yang tidak elok serta tidak bermoral telah menjadi ' zikir' dibibir sahabat-sahabat saya diluar sana... dimana hilangnya jati diri gen-Y kita? kenapa kita perlu melafazkan kata-kata yang 'indah' itu sedangkan Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah, ayat 83. "..... katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;  ....." al Baqarah : 83 oleh itu, ingin aku memperingatkan diri aku serta marilah kita sama-sama menjadikan  frasa-frasa yang baik sebagai susunan kata seharian kita. jadikanlah bahasa al-quran sebagai pengganti. ganti

bolak-balik

sungguh, hati kita sering kali berubah. sering kali berbolak balik dan berbelah bagi. sebagaimana yang telah diungkapkan oleh l oleh Ibnu Rawaahah r.a 3 , lalu dia berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a 4  sambil memegang tangannya: تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا ( Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak ). ayuh, jom kita beriman sejenak. meng"refresh"kan diri dan iman. muhasabah dan mempertingkatkan diri untuk jadi yang lebih baik. benar, iman itu turun dan naik. tapi, usah biarkan ianya terus jatuh terjunam. dakilah! panjatlah! semoga iman itu terus memancak tinggi. insha Allah... ya Allah, bantulah kami, hamba-Mu yang lemah lagi hina ini. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu kuatkanlah kami dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia ini permudahkanlah kami dalam menjejakkan kaki kedalam jannah-M

jalan ini

Hidup ini bukanlah suatu jalan  yang datar dan ditaburi bunga  melainkan adakalanya disirami airmata  dan juga darah.  - Hamka ya Allah,  sungguh jalan ini panjang dan penuh dengan onak duri. penuh juga dengan ujian dan cubaan dari-Mu. oleh itu, hamba-Mu yang lemah lagi hina ini memohon kekuatan daripada-Mu sebagaimana Engkau kuatkan hati Bilal bin Rabbah, memohon kecekalan hati sebagaimana cekalnya hati serikandi Summayah, memohon ketabahan jiwa sebagaimana tabahnya jiwa para Sahabat. amin ya Allah.... moscow, russia 01.00am 21.4.2013

dakwah vs belajar

"dakwah itu satu kewajipan, belajar itu satu amanah" "usah kerana pelajaran kita tinggalkan dakwah dan usah kerana dakwah kita abaikan pelajaran" dakwah dan pelajaran itu mesti seiring. tidak tempang dan tidak pula senget. dan ingatlah jalan ini panjang. sumpah panjang serta memenatkan. tetapi, percayalah hasilnya kelak akan manis, semanis madu (atau mungkin lebih manis daripada itu!) jika diri terasa letih, tunduklah menghadap Sang Pencipta, mohonlah kekuatan dari Maha Kuasa itu. jika diri terasa sedih, hamparkanlah sejadah merintih kepada Si Dia, mohonlah kecekalan hati. insha Allah, semoga dakwah ini bukan penyebab kepada kegagalan kita dalam pelajaran. Namun, ianya sebagai penyebab kepada kejayaan kita. tetapi, usah abaikan pelajaran atas nama 'dakwah'. takut-takut menjadi fitnah kepada 'kesucian dakwah' itu sendiri. biarlah mereka (baca = dakwah dan pelajaran) bergerak bersama-sama, saling memimpin, saling melengkapi untuk

berhala moden

jika dahulu, masyarakat jahiliyah menjadikan patung-patung di sekeliling kaabah sebagai sembahan, berhala dan juga tuhan mereka. La Ta dan Uzza dihadapnya pagi dan petang siang dan malam. tatkala bersumpah, juga bersumpah atas nama LaTa dan Uzza. menjengah ketika zaman Nabi Musa, Firaun memerintahkan masyarakat untuk menyembahnya dan menjadikan dirinya sebagai tuhan. Piramid Giza dan beberapa buah lagi menjadi simbol kekuasaan firaun, Namrud dan kawan-kawannya.  itu semua beribu-ribu tahun yang lalu. ketika itu, masyarakat ber'berhala'kan patung, matahari, firaun dan sebagainya. menjengah ke era yang lebih moden ini, ere globalisasi katanya berhalanya juga semakin moden! bukan lagi patung, bukan lagi firaun bukan lagi matahari. hurmm... jika ditegur, dia melenting. itu hak saya, katanya jika disapa, dia bermasam. tidak saya kenal, katanya. "itu hak saya. saya berhak untuk pakai apa sahaja, buat apa sahaja yang saya suka. asalkan saya bahagia."

pelajar perubatan

assalamualaikum wrh... ini artikel khas buat adik-adik yang mungkin berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sama ada di dalam mahupun di luar negara. ini adalah sedikit perkongsian yang mampu aku lakarkan. semoga bermanfaat! insha Allah, pertamanya marilah kita betulkan niat kita untuk mengambil jurusan perubatan ini. bukan niat kita untuk mendapat glamor dengan pangkat 'doktor' atau pun inginkan gaji yang lumayan. sebaliknya adik-adik, baiklah kita niatkan hanya kerana Allah. Niat kita untuk mengkaji ciptaan Allah yang sangat hebat iaitu manusia agar kita lebih dekat dengan Allah. insha Allah. selain itu, agar kita dapat menanam azam untuk membantu masyarakat dan mengajak masyarakat kembali kepada Allah melalui cara rawatan hati. berada dalam bidang kedoktoran ini amat memerlukan semangat yang kuat serta usaha yang jitu . mana tidaknya, belajar mengenai suatu ciptaan dari Maha Pencipta yang sangat unik, kompleks dan terperinci. dari setiap inci

Kerana Dia

Kerana siapa aku berubah? ohhh... menjadi persoalan yang berlari-lari anak di kotak fikiran ini. kerana siapa aku berubah? adakah aku berubah kerana kekasih hati intan payung idaman kalbu aku? atau mungkin kerana abang dan kakak usrah kita? atau mungkin la... kerana ustazah dan ustaz? hurmm... banyak sungguh hipotesis yang dibuat! tetapi adakah itu benar dan betul? ohhh kawan, ingatlah jika itu yang kita sandarkan, hati kecil ini gusar andai penghijrahan itu hanya separuh jalan. tersungkur di medan perjuangan nanti. cuba bayangkan jika kita meletakkan "seseorang yang hidup" itu sebagai pembakar untuk kita berubah dan andai kata orang itu pergi bertemu Tuhan Maha Pencipta. pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. apa yang akan berlaku? adakah kita akan terus berubah dengan ketiadaan dia? ohhh, mungkin kita akan jatuh tersungkur. rebah. nauzubillah .... #nanges Hadis 1 Imam Nawawi Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beli

Mahu tapi malu

Berubah kepada yang lebih baik Aku percaya, setiap insan di atas muka bumi ini inginkan perubahan kearah yang lebih baik. Betul kan? Siapa yang inginkan kehidupan mereka terus dieselubungi dengan perkara-perkara yang membawa mereka ke arah keburukan. Oh, tiada kemajuan itu namanya! Meniti kehidupan sehari demi sehari tanpa sebarang kemajuan itu adalah sangat mendukacitakan. Hari-hari berlalu dengan sia-sia dan kosong, tiada sebarang keuntungan. Bak kata Najwa Latif, "Ooo.. kosong...kosong...". Bahkan, didalam sesuatu perniagaan adakah kita ingin melihat perniagaan kita mundur serta tidak kompeten dan graf keuntungan syarikat menjunam melepasi garisan y sehingga mencecah paras negatif? Rugi...rugi... Sampai bila kita mahu berada pada ' level ' lama? Sampai bila kita ingin melihat diri yang semakin hari semakin dimamah usia ini terus berselimutkan perkara-perkara negatif yang langsung tidak menatijahkan keuntungan kepada diri ini? ohhooooiiiiiii! Malu d

perlukan pertolongan? ini caranya!

assalamualaikum wrh. nakkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah yang menyelubungi kita? nah, Allah dan bagitau caranya! Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. [Surat al-Baqarah ayat 153] inhsa Allah, diharap kita terus SABAR dan khusyuk dalam SOLAT. serta semoga pertolongan Allah akan bersama kita! ameenn... kuat dan terus kuat!!

lukisan hidup

assalamualaikum wrh... fuhhh.... gagal? failed ? tak berjaya? tak dapat apa yang diharapkan? mengecewakan orang disekeliling? sedih dengan keputusan yang dapat? rasa dunia ini dah tidak bermakna? argghh.. bermacam lagilah perasaan kita ketika berada di "bawah", diselubungi dengan kesedihan dan kekecewaan. oh, come on la bro! ingat, kesedihan itu tak menyelesaikan masalah. langsung tak mampu mengeluarkan kita daripada masalah kita tu. sebaliknya kita akan rasa lebih tertekan dan merasakan dunia ini kejam. erkk.. kejam ke dunia ni? kawan, kita mesti ingat bahawa "timeline" hidup kita yang lalu itu adalah sebagai pemangkin serta kekuatan untuk kita dihari muka kelak. wahai kawan, akh, ukhti, Hidup tidak selalunya indah Langit tak selalu cerah Suram malam tak berbintang Itulah lukisan alam Begitulah aturan Tuhan Jadilah rumput nan lemah lembut tak luruh dipukul ribut Bagai karang didasar lautan Tak terusik dilanda badai Dalam s