Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

ber"ski" pulak dah....!

assalamualaikum wrh... amacam? sihat tak hari ni? harap2 sihat semua la ye... insha Allah.... *jgn lupe untuk bersyukur.. =P hari ni baru je habis test untuk subjek Biology dan bahasa Latin... emm... boleh tahan susah doe soalan die... *mungkin susah sebab aku tak cukup prepare kot ... hehehe... ok! ni nak habaq sal kelas sukan aku @ Physical Education PE. huhu... wow! pertama kali aku men ski...! boleh tahan best jugak la. tapi agak memenatkan... kikiki... kan bagus kalau kelas PJK kat Malaysia buat sukan2 yang menarik macam ni kan? hehehe.. =P ketika itu, suhu dalam -2 hingga -10 degree je kot. tak la sejuk mane,... hehe.. mengade.. ok la. tak tau nak tulis apa lagi, just take a look the photoes! enjoy! huhu... ready, go!!!! peace! with my groupmates! mencelah-celah... hehe insha Allah, jumpa lagi... assalamualaikum wrh.. :) SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!!!

moscow berselawat!

assalamualaikum wrh... huk..huk... (batuk) habuk banyak sangat ni... hehe apa khabar semua? harap-harap kita semua sihat la ye... alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi diberi nikmat yang paling besar iaitu, nikmat IMAN dan ISLAM. hari ni hari ahad. so, kalau di moscow ni, hari ahad merupakan hari minggu. apa biasanya pelajar akan buat pada hari ini? of course la TIDUR kan.. hehe. itulah tabiat sebahagian kecil mereka yang bernama pelajar... *kadang2 aku juga termasuk kot.. hihiihi...  alhamdulillah, hari ahad pada kali ini agak lain. Allah telah gerakkan hati-hati kami ke pejabat kedutaan Malaysia di Persekutuan Russia untuk menghadiri satu majlis yang sangat bermakna. iaitu majlis memperingati kelahiran seorang insan Agung yang bernama Muhammad ibn Abdullah SAW.... seorang insan yang begitu mulia di sisi Allah SWT. pelbagai acara yang telah disusun rapi oleh pihak penganjur. memang best! huhu... contoh, forum, pentomin, dan juga berselawat beramai-ramai. untuk slot

trek kehidupan

assalamualaikum wrb.... alhamdulillah, korang masih lagi dapat bertandang ke blog aku ni ye... huhu... dan alhamdulillah juga sebab aku dapat meng'update' blog kesayangan aku ni... hahaha.... *lebih sayang dari bantal busuk aku!!!. it's fact! hehe.. baiklah, korang pernah masuk pertandingan lumba lari tak? mesti ade je yang pernah kan. mase zaman skolah2 tu... ala... mase hari sukan ke. ape ke. pernah? ok2, kali ni aku nak buat satu analogi mengenai kehidupan kita. bukan pertandingan lumba lari la.. huhu... kehidupan kita ni kita boleh analogikan sebagai satu trek ataupun perjalanan yang sudah pasti ada permulaan dan pengakhirannya serta mempunyai beberapa 'checkpoint'. aik? macam mana tu? ok, untuk lebih jelas. tengok gambar di bawah ye... trek kehidupan macam mana? ada sedikit jelas atau kabur? tulisan putih tu merupakan 'checkpoint' yang kita ada. kita bermula dari alam roh sehinnga berakhir di alam akhirat.. huhu.... jom kita selami dan hayati di

melangkah semester ke-2

assalamualaikum wrb... apa khabar? harap sihat blake (semua)  la ye... huhu... insha Allah. emm... entry ni x panjang kot. jangan risau ye. just nak bagitau yang aku akan start the new SEM! huhu... harap sem ke-2 ni lebih elok la.. insha Allah. ni bermakna, lagi 5 bulan aku nak balik malaysia!! yuppy!!!! hepi sangat2.. haha.. dah rindu tanah air ni... emm.. x sabar nak habiskan sem ni... insha Allah evrthing gonna be ok! nak tau ape subjek utk next sem ni, haa.... take a look! 1. Anatomy 2. Bio organic chemistry 3. Physical Education 4. Psychology & pedagogy 5. Biology 6. Bio polymer chemistry 7. Histology, embryology, and cytology 8. Medical history 9. Medical informatics 10. The basis of medical translation 11. Latin Language 12. Russian Language 13. Jurisprudence (perundangan) amacam? menarik tak? huhu.. aku pon no comment mengenai subjek ni. ape pom, kite wait and see je la nanti.. kikiki.... sabo yep.. pastu, mungkin blog ini akan kembali sunyi sebab tak banyak entr

roti canai di musim sejuk

assalamualaikum wrb... apa kabo? *loghat trg.... huhu.... harap-harap semua teman-teman yang membaca  ni dalam keadaan sihat dan 'comel' belaka la ye... dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur kpd Allah atas nikmat itu ye.. alhamdulillah.. gamabr roti canai sumbangan En. Google ok! dalam cuti musim sejuk yang hanya berbaki beberapa hari lagi ni (actually dlm 2 hari kot...hehe), aku tetibe mengidam nak makan roti canai. wah2... mengidam pulak dah... hehe. so, apa lagi! buke la aku kat laman web www.myresipi.com untuk mencari resipi roti canai yang senang-senang... cari punya cari, jumpa la... ha..! apa lagi. excited la aku nak mencubanya. huhu... cuba punya cuba, uli punya uli, bulat punya bulat.... akhirnya siapla... fuhhh! berdebar jugak bila masak roti canai tu. tgk bentuk, tak macam roti canai mana. bila rase....... hahahaha.... lain sikit la. huhu... x pe2.. baru pertama kali cuba. lain kali ok kot. insha Allah.... antara bahan-bahan yang digunakan untuk bua

nota cinta

uissshhh.... korang ni. bila ada entry pasal "cinta" LAJU je kan.... alamak! kantoi. haa.. tak baik tekan butang "X", baca la sampai habis dulu. huhu. ok. jom baca! assalamualaikum wrb semua! jom! kita sama-sama mengungkapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada Allah atas segala nikmat dan kurniaanya kepada kita. Alhamdulillah.... *ppssss.... termasuk nikmat CINTA tau! huhu nota cinta ok, balik kepada topik kita kali ni, iaitu "nota cinta". haa.... apa macam? ada berani nak melafazkan nota cinta? huhu.... bagi pasangan yang sedang bercintan-cintun ni mesti mempunyai nota-nota cinta yang best kan? mesti korang ni kreatif dan puitis orangnye. hehe. apa kate korang share? ada berani? huhu. bagi pasangan yang sedang ber'kapel' ni, aku percaya banyak malah berbukit-bukit (mungkin sampai bergunung kot.. =P ) kata-kata puitis lagi indah mahupun nota-nota cinta yang sudah tertulis serta terucap, bukan? contoh yang paling femes, "I lov

siapa Rasulullah dalam hati kita?

"dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"  ucapan bismillah pembuka bicara. assalamualaikum wrb. salam seribu kali sayang. sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, apa khabar agaknya? alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk hidup serta berpijak di atas bumi Allah ini tanpa sebarang bayaran pun. umum telah mengetahui bahawa Rasulullah sangat mencintai umatnya sehinggakan sebelum Baginda wafat, Baginda asyik memikirkan mengenai umat Baginda. siapakah umat Baginda itu? kita lah! ya! kita umat Nabi Muhammad SAW. namun, adakah kita selalu mengingati Baginda? sejauh manakah kecintaan kita pada Baginda? tepuk dada, tanyalah iman kita. sama-sama kita muhasabah diri kita ini. ya! kita adalah manusia yang sering melakukan kesilapan, dosa dan noda. namun, pintu taubat Allah masih lagi terbuka luas buat hamba-Nya untuk bertaubat. kesilapan mengajar kita untuk menjadi muslim yang lebih baik. insha Allah. selain itu, aku ingin menyeru d

ice skating!!!

assalamualaikum wrb. macam mana hari-hari anda? semoga hari-hari yang telah dan bakal anda lalui akan dirahmati Allah. insha Allah. untuk post aku kali ni, aku nak cerita pengalaman pertama aku bermain ice skating! hahaha... best! tu je yang boleh aku katakan. tapi yang kurang best nye, habis sakit-sakit badan ni sebab banyak kali jatuh... huhu,, tempat yang aku pergi ni macam satu taman tema, namanya Sokolniki Park ( metro station sokolniki-merah). huhu. terima kasih bnyk2 kwn aku yang introduce tempat yang sangat2 cantik ni. bayaran dia hanya 250 RUB @ RM 25 je bagi yang tiada kasut skate tu. tapi, yang dah ada masuk free je. menarik tak? hahaha... masa aku pergi ni, suhunya dalam -20 darjah celcius. sejuk gilerr,,,! hahaha. tapi masa main tu tak la rasa sangat sejuk tu. tapi lepas main, jangan cerita la, memang sejuk sangat2 sampai rasa sakit tangan dan muka. fuhh! huhu. nak tengok gambar? nah, sedikit gambar untuk tontonan korang.. :) JOM BER"ICE SAKTING" HEHE