Skip to main content

hidupku pada 12hb jun 2011

assalamualaikum wrb.

perjalananku bermula seawal sebelum fajar as-sidiq memancarkaan cahayanya kepada alam..
haha... hari ni entry aku berkisar tentang apa yang terjadi pada hari ni. kira macam hari ini dalam sejarah lar pulak.. huhu.

pagiku bermula sungguh awal. mak ai...!!! kelas start pukul 8.00 pagi. awal nye tuhh,.. kelas rusia. adus, bangun-bangun dah pukul 7.00 pagi. jap2.. jangan ingat aku tak solat yeppp.. aku dan roomate bangun dalam pukul 6.00 pagi untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah.. tapi mata tak dapat tahan. mengantuk sebab tidur lewat semalam. nak tengok bola, tapi sempat jugak tengok untuk beberapa minit. lepas tu naik kat bilik untuk study. fuhh.. sampai lewat malam aku menelaah,,.. terima kasih kepada sahabatku WAFIQ dan FAKRUL (my roomate y giler) yang sama-sama menelaah semalam.. barulah nampak jalan sikit subjek bahasa rusia nih... alhamdulillah...

by the way, TAHNIAH kepada pasukan bola sepak NEGERI TERENGGANU yang berjaya membawa pulang piala FA ke negeri Darul Iman ini... alhamdulillah.. berkat doa dan sokongan kita semua, warga ganu..
peteh ganu peteh!!!

let continue our story.. huhu.. nak dijadikan cerita, kelas rusia pada hari ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang.. fuhh... lama gila belajar rusia.. adoi.. sedikit cramp lar kepala dan lidah ni... uish2.. nanti ni kena revise balik apa yang telah dipelajari tuh.. kalau tak, jawabnya sampai bila-bila aku cannot improve dengan bahasa rusia. MANA BOLEH!!! by hook or by crook, i must struggle!!!! haha... ye lar. nak hidup kat rusia, kena fluent cakap bahasa rusia.. baru senang sikit. kan...? ok. practise make perfect.
 go ashrul!!! you can do it!!!


selepas je kelas, aku dan 4 orang lagi sahabat perlu bergegas ke hospital kemaman. bukan apa, nak pergi check mantox test. lepas tuh, aku juga berkesempatan untuk ke Tesmal untuk mengambil slip SPM ku.. haha. walaupun sekejap, dapat jugak aku melepaskan rindu pada warga Tesmal. memang tak sangka mereka semua happy bila tengok aku kat sana...(ye ke? haha). ni yang membuatkan aku bertambah sayang pada Tesmal... yang penting, aku dapat jumpa insan-insan yang istimewa (walaupun tak semua) dan dapat jumpa guru-guruku yang amatku sayangi. aku rasa sangat gembira... wah... kegembiraan dan kerinduan jelas terpancar pada wajah mereka (terutamanya my 'brother') huhu.. insyaAllah, i'll come again next time... wait for me...!!
happy sangat-sangat....!

mulai esok dah ada jadual kuliah baru. waahhh.. memang perhhh lar jadual die.. memang nak kata pack sangat tu tak lar jugak tapi kelas paling lewat akan habis pukul 7.00 petang . sabar je. hanya untuk beberapa bulan. huhuhu.. i hope i can face it.. insyaAllah...



ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, berikanlah kelapangan bagiku untuk menuntut ilmu-Mu yang Maha luasnya. oh Allah, berikanlah kekuatan, kesabaran, serta ketekunan kepadaku. dengan kekuasaan-Mu jua, natijahkanlah kejayaan di dunia serta di akhirat buat diriku ini, ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, para sahabatku, serta semua muslimin dan muslimat di dunia ini. amin..


assalamualaikum wrb...
jumpa lagi...!

Comments

  1. brana hang cakap cheq giler???? nak kena nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege