Skip to main content

Pintu itu masih terbuka

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,
Laut mana yang tidak dilambung ombak,
Hati mana yang tidak dirundung derita,
Jiwa mana yang tidak diundang duka,
Manusia mana yang tidak dibasahi dosa.

Dari mula kita dilahirkan, kita bertatih sebelum berlari. Kadang kala kita terjatuh, namun kita bangkit kembali melangkah maju kehadapan.

Perjalanan menuju Cinta Tuhan itu kadang kala tersungkur jua dek tersepak batu nafsu yang sengaja dicampakkan oleh syaitan. Benar, kita ingin berubah dan mencari makna kehidupan dan 'deen' yang sebenar. Namun, kerana nafsu dan iman kita yang senipis kulit bawang ini kita lemas dengan godaan dunia dan syaitan tersebut. Allahu rabbi. Ampunillah kami.

Duhai insan, Itu lumrah kehidupan. Allah itu maha Pencipta. Dicipta-Nya dengan cukup sempurna dan indah agar setiap manusia itu mengambil iktibar serta pengajaran dari setiap apa yang berlaku. Percayalah duhai insan, Allah itu tidak sekejam apa yang disangka. Sungguh lemas kita itu sebenarnya sebagai 'perasa' dalam kehidupan kita agar kita dapat belajar sesuatu dari perkara tersebut. Warna warni kehidupan.


Ketika kita lemas dalam lautan dosa dan noda, carilah mutiara pengajaran dan hikmah untuk dibawa ke daratan dunia yang fana itu agar dijadikan sempadan keimanan kita kelak. Supaya kita lebih matang dan melaju dalam mengecapi kemanisan Cinta Rabbul'izzati. Indahnya aturan Allah. 

Beruntunglah diri insan yang sedar ketika dia kelemasan dalam lautan hitam itu kerana kasih sayang Allah masih bersama. Percayalah, anda adalah insan terpilih. Bersyukurlah. Usah pedulikan bisikan syaitan yang terus menggoda kita dengan menyemai benih negatif bahawa Allah tidak menerima kita lagi. Tiada ruang. Tertutup.

Al-Ghaffar. Allah itu Maha Pengampun sifatnya. Mana mungkin rahmat dan kasih sayang Allah itu akan hilang. Mari kita jenguk seketika surat cinta dari Tuhan pemilik kasih dan sayang.

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).

Duhai insan, Allah masih menghidupkan kita pada hari ini dan kita dapat menghirup oksigen di atas muka bumi kerana Dia ingin lagi memberi peluang untuk kita kembali kepada-Nya. Carilah Cinta itu kerana hanya dengan cinta yang suci lagi hakiki itu kita mampu membina mahligai kehidupan yang kekal abadi di jannah kelak, aminn. 

Pintu itu masih terbuka.



P/s: artikel ini ditujukan terutamanya diri sendiri

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...