Skip to main content

Puasa, hanya untuk perut?

Pejam celik pejam celik terguling sana sini tupp tupp dah masuk ramadhan. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memilih kita untuk bertemu bulan yang penuh berkat dan rahmat ini. Ada diantara kita yang tahun lepas sama-sama beriftar, berterawih dan bermoreh tetapi tahun ini Allah telah menjemputnya kembali ke pangkuan-Nya... Nanges kuat2... !


Ambil tisu, lap air mata. Tarik nafas... hembus. Fuhhh...

Oleh yang demikian, tuan-tuan dan puan-puan yang masih lagi dapat menghirup udara ramadhan yang padanya penuh rahmat ini seharusnya merebut segala peluang yang diberikan. Jangan sia-siakan kerna boleh jadi ini yang terakhir kali untuk kita bertandang ke madrasah ramadhan. Allah.... Moga-moga kita tidak termasuk golongan yang dikatakan oleh junjungan kita, Muhammad SAW:

“......Celakalah bagi sesiapa yang melalui bulan Ramadhan,tetapi tidak diampunkan dosanya sehingga habis Ramadhan.....Hadis riwayat Ahmad

Allahu Allah. 
Ada diantara kita yang hanya puasa sekadar lapar dan dahaga. Solatnya ke laut China Selatan, mulutnya mengeluarkan kata-kata 'manis' seperti machine-gun tak henti-henti siap jadikan 'cadbury' sebagai zikir harian, setiap masa enak menjamu 'daging saudaranya' sendiri, aurat entah kemana, pergaulan lelaki perempuan seolah-olah sudah hilang nilai islam dan pelbagai ragam lagi. Itu tidak termasuk dengan sikap membazir ketika berbuka puasa, membeli mengikut nafsu makan yang membesar sebesar menara KLCC. Allah. Mana perginya ruh ramadhan itu?

Puasa yang sebenar bukan hanya untuk perut tetapi segala-galanya... Puasa hati dari mengingati lagha, puasa telinga dari mendengar perkara keji, puasa mata dari melihat maksiat, puasa lidah dari mengumpat dan puasa tubuh badan dari melakukan perkara mungkar. Ayuh! kita berpuasa.

Disamping itu, tingkatkanlah ibadat kita. Gandakan amal kita. Nescaya bulan ini ada rahmat Allah didalamnya. Moga-moga kita mampu menjadikan ramadhan kali ini yang terbaik dalam kehidupan kita kerna kita tidak tahu sama ada kita mampu melakukannya pada tahun hadapan atau tidak. insha Allah.


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...