Skip to main content

UPSR | Dimana hilangnya integriti?

Kertas soalan UPSR bocor? Perkara yang saban tahun telah berlaku. Cuma kali ini ia menjadi satu isu nasional yang berjaya menarik perhatian 2 orang Menteri Pelajaran kita. Satu isu yang telah menimbulkan kerisauan semua pihak dan mengharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin.


Bagi adik-adik tahun enam, mereka dikehendaki menduduki semula peperiksaan UPSR bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris kertas 1 & 2 pada 30 Septermber 2014 nanti. Kesian mereka. Sudah pasti moral dan motivasi mereka sedikit sebanyak telah tergugat.


Dek kerana ingin mengejar kedudukan terbaik, keputusan yang cemerlang dan ingin mendapat status sekolah terbaik, nilai keilmuan sistem peperiksaan itu sanggup diketepikan. Apakah hasilnya kelak? Anak-anak kita berjaya bukan kerana hasil titik peluh mereka sendiri. Lama-kelamaan hilanglah kredibiliti pada sistem pendidikan kita yang sekarang ini sudah sedikit sebanyak tergugat dengan isu PBS. 

Jika tiada permintaan mana mungkin perkara ini akan terjadi. Ada pihak yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini dan mesti dibawa ke muka pengadilan. Itu satu hal. Yang ingin ditekankan disini adalah sifat jujur, amanah dan integriti itu sendiri. Kemana hilangnya semua itu? Dengan kemajuan teknologi yang semakin hebat, segala maklumat dapat tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi dengan satu jari dalam masa sesaat! Tiada batas.


Sedih. Jika perkara sekecil ini kita dah tidak amanah. Bagaimana dengan perkara yang lebih besar. Kepada yang sudi membaca ini, ayuh kita mengambil iktibar dari perkara ini. Terap, tanam dan bumikan sikap amanah kedalam diri kita kerana nilai amanah ini kita akan disenangi oleh makhluk bumi dan juga makhluk langit. Insha Allah. Amanah juga kepada Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Jangan menipu, jangan juga curi-curi dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Amanah sesama makhluk, amanah dengan Allah.

Amanah penghubung antara kita dengan Tuhan.





Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...