Skip to main content

Malaysia. Ujian dan Futur.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah tsumma Allahamdulillah.

Akhirnya kaki ini dapat kembali melangkah dan berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia. Menghidup udara Malaysia dan 'bau' orangnya (erkk...?) sungguh membuatkan diri ini keliru. Nak sedih ataupun gembira. Atau mungkin kedua-duanya.

[credit]

"Of kos la gembira cik abang! gila tak gembira boleh jumpa keluarga, kawan-kawan dan yang paling penting yang sentiasa dinantikan oleh pelajar obesi adalah MAKANAN MALAYSIA. hahaha..."

erkk.... betul! memang tidak dinafikan. Perkara tersebut sentiasa meniti dibibir siap berjoget lambak lagi setiap kali pulang ke tanah air. Makanan? Tak usah cakap banyak. itu sudah tentu. emm... siap buat 'check list' lagi nak makan semua makanan Malaysia sebelum kembali pulang ke bumi tarbiyah, Rusia. huhuhu...

Tetapi.....
jeng..jejeng.....

Terus terang diri ini gementar, sedih dan takut. Mana kan tidak, ketika dibumi asing aku dapat rasakan kemanisan iman, dakwah dan tarbiyah itu yang cukup membuatkan aku segar bugar. Iye lah. di negara orang tidak banyak ujian dan tarikan-tarikan kefuturan itu.  Keluar pagi pergi kelas, sambil dalam metro bermathurat dan bertilawah. Balik pergi usrah dan sebagainya. aktiviti penuh dan padat macam sardin cap ayam brand sehinggakan tiada ruang untuk jahiliyyah itu bermaharajalela (ok, kadang-kadang ada juga sebab 'tin' tu terbuka tapi tidak kerap). 

Namun, jika di Malaysia cabaran nya sungguh kuat dan amat mencabar! Televisyen, katil yang empuk lagi kenyal, hiburan, dan macam-macam lagi lah. Arghhhhh. shuhhh..shuhh... pergi main jauh-jauh. Itu lah yang sebenarnya bermain-main dikotak fikiran aku. Takut akan lemas dalam godaan ini. Hanya pelampung jati diri iman yang mampu menyelamatkannya dari lautan futur itu. Allah.

*     *     *     *     *
Harapan, semoga diri ini terus tsabat dan kuat dalam menangkis serta menendang anasir-anasir ini. semoga mutabaah (cehck list) amal yang diberi oleh murabbi aku sentiasa terjaga. Bagi aku, itulah salah satu cara untuk iman aku maintain kiut miut dan handsome. hehe. insha Allah.


Selain itu, alhamdulillah. Cuti kali ni aku dah buat planning siap-siap sebab nak manfaatkan setiap detik berada di sini. insha Allah. 'Memaksimumkan masa, membuahkan amal'. Tu harapan aku untuk cuti kali ni. Mohon doa dari semua. *buat muka kiut sambil garu-garu kepala yang tak gatal. hehe.

okeh! tu je untuk kali ni. doakan juga agar blog ni kembali segar bugar ye. Dengan waktu yang ada ni mampu aku manfaatkan blog ini. aminnnn!

assalamualaikum!

-----------------------------------
Glosari
Perkataan/Frasa: Futur
Cara sebutan: Foo-turr
Maksud skema: Gugur
Maksud sebenar: Berasa malas dan culas untuk membuat dakwah dan tarbiyah. 

Perkataan/Frasa:Tsabat
Cara sebutan: Tsa-bat
Maksud skema: Tetap pendirian
Maksud sebenar: beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat dan memperteguhkan.   

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...