Skip to main content

Ikhwah Pakai Jeans

Tajuk: Ikhwah Pakai Jeans.
Penulis: Inche Gabbana (penulis blog Angel Pakai Gucci).
Penerbit: Ibooks
Genre: Motivasi dakwah.


Sinopsis dari buku:
Buku ini menampilkan koleksi artikel yang telah dimuat naik di blog Angel Pakai Gucci. Pelbagai topik yang telah disentuh oleh penulis antaranya peribadi seorang dai'e, cara-cara menjadi pendakwah yang hebat dan pelbagai lagi.
Melalui penulisan yang sangat sempoi ini, penulis juga menyelitkan unsur teguran keras secara yang sangat menarik terhadap para du'at yang bersama-sama memikul amanah dalam berdakwah. "Jarum halus" yang digunakan penulis itu nampaknya berjaya menegur pembaca secara santai dan berkesan.
Disamping itu, penulis juga menyelitkan beberapa buah puisi yang diciptakannya sendiri. Puisi yang menaikkan hamasah para pendakwah dan juga rasanya mampu juga menaikkan obor semangat kepada semua yang membacanya.

Ulasan:

"Wallahi, Inche Gabbana telah membawa nuansa dakwah tarbiyah kepada suatu fasa yang lebih santai tetapi ber'prinsip'. Isu umat hari tergolong kepada dua perkara: fattaquddunia fattaqunnisa' (takutlah akan anda pada perhiasan dunia dan kemewahan dan takutlah anda pada musuh utama yaitu syahwat; keinginan"
"Isu para aktivis hari ini adalah kelemahan dan kekurangan menonjolkan dan membumikan kefahaman dari manhaj yang sahih ini (al-Qur'an dan al-sunnah). Jangan berputus asa, setiap dari kita adalah potensi umat dan pilihan Allah s.w.t untuk berada di era yang penuh fitnah ini."
Allahumma faqqihna fiddin. Wa barikna fi Ramadhan wa barikna fihi.
- Abu Sulha
*     *     *     *     *

Ya benar! Ketika membaca buku ini terasa seperti berada di taman rumput yang lapang sambil berguling-guling ala citer hindustan gitewww. Serius tak tipu! Buku ini sangat unik dan menarik. Kaedah penulisannya yang bersahaja mampu menarik siapa sahaja yang membacanya. tak percaya kena lah baca! ^_^




Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...