Skip to main content

Beruzlah hati, bukannya jasad

"Ahhhhhhh.... Serabut! Buat ini tidak kena, buat itu tidak menjadi. Kenapa ni?!"

"Dah check hati tu? Mungkin banyak sangat 'dunia' dalam hati kot..."

*       *      *      *


Sahabat, kadang kala hati ini tidak tenang kerana terlalu banyak 'dunia' yang menyelinap masuk sama ada melalui 'imegresen' ataupun secara haram. Kemasukan secara tidak terkawal mampu mengotorkan halaman hati dengan sampah sarap jahiliyah yang busuk lagi menjijikan. Jika dibiarkan nanti takut akan merosakkan astana iman dan menghancurkan tiang mardhatillah.

Allahu Allah. Teringat satu rantaian kata dari salah seorang pemikir islam,

"Dunia boleh saja ditanganmu atau berada disakumu untuk engkau simpan dan pergunakan dengan niat yang baik. Tetapi jangan meletakkannya didalam hati. Engkau boleh menyimpannya diluar pintu (hati), tetapi jangan memasukkannya ke dalam pintu. Karena hal itu, tidak akan melahirkan kemuliaan bagimu." (Syaikh Abdul Qadir Jailani)

Ya, biarkan saja hati itu bertapak di tangan kita, jangan biarkan ia bertakhta di hati. Bentengkan hati kita dengan perisai akhirat agar dapat menepis segala panahan dunia yang bertubi-tubi menyerang kota hati ini. Perkukuhkan keimanan, pertingkatkan ketakwaan dan pertajamkan bilah mata keTuhanan.

*       *       *      *

Flashback
Ayuh kita menoleh kembali sirah Nabi SAW ketika dikota Mekah. Ketika itu Baginda belum lagi diangkat dan dilantik sebagai Rasul, Pembawa rahmat sekalian alam. Baginda seringkali beruzlah di Gua Hira' kerana tidak tahan melihat kebobrokkan dan jahiliyah masyarakat arab Quraisy yang membuatkan hati Nabi SAW tidak senang. Manakan tidak, zina menjadi santapan harian, arak peneman hidup, pergaduhan menjadi tradisi, pembunuhan anak kecil sebagai satu adat dan penyembahan berhala yang pelbagai rupa. Kehidupan langsung tanpa peradaban, tatasusila dan kemanusiaan. Oleh kerana kehidupan yang carca merba itu, Baginda mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari mereka, mencari ketenangan mencari erti kehidupan dan mencari Tuhan.

The Present
Melihat kehidupan sekarang, tidak ubah seperti zaman jahiliyyah yang lalu. Zina makin berleluasa, buang anak tak usah cakap, arak, kehidupan sosial, menyembah berhala harta (kekayaan) dan sebagainya. Manusia sudah mula lupa Tuhan kerana dunia itu amat mengasyikkan!

Oleh yang demikian, hati kita juga perlu beruzlah. Bukanlah bermakna kita perlu pergi ke Gua Kelam, Gua Bewah atau Batu Cave semata-mata untuk beruzlah. Tetapi melihat kondisi kita pada hari ini, beruzlah yang sangat relevan adalah beruzlah hati. Bawalah hati ini jauh lari daripada hiruk pikuk jahiliyyah dan dosa agar ianya dapat mengenal apa tujuan penghidupan serta mendekatkan diri pada si Pencipta.

Hati ini sudah sesak dengan debuan hitam. Menginginkan udara iman yang segar bugar agar ia mampu kembali menjalankan tugas sebagai nakhoda jasad yang sedang belayar dilautan dunia. Lautan dunia itu tidak mudah yang disangka kerana gelombang ujian yang akan datang bertubi-tubi tanpa mengenal masa dan ketika. Oleh itu, nakhoda itu perlulah dilatih, diisi dan dipersiapkan dengan segala macam jenis kelengkapan agar mampu belayar dengan penuh hikmah, menempis segala gelombang ujian tersebut.


Beruzlahlah!
Jangan biarkan hati ini tenat dan penat.
Curilah seketika detik untuk berehat.
Membawa hati jauh dari dunia.
Agar lebih dekat pada-Nya.

wassalam.

Yang merindui Mardhatillah,
AshrulAffiq


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...