Skip to main content

terubat rindu pada KARIPAP dan NASI LEMAK....

assalamualaikum wrb....
apa khabar semua? harap sentiasa sihat dan dalam lingkungan rahmat Allah, insyaAllah.. amin...


alhamdulillah.... pada kali ini entry aku mengenai karipap dan nasi lemak. kenapa? pelik? huhuhu... tidak ada apa yang peliknya... pada 20hb oktober 2011, aku telah mencatat sejarah kerana buat pertama kali dalam hidup aku membuat karipap dan nasi lemak... percaya tak? percayalah... betul, tak tipu... ^_^

CERITA KARIPAP:
bukan movie karipap-karipap cinta ni ye....


pada mulanya aku sengaja bergurau dengan kawan aku. aku kata, "jom kite buat karipap. macam best je kan....". hehehe... bermula saat itu, kami semakin serius dalam perancangan untuk buat karipap ni... (mcm suspen je ayat... skema! hehehe...) pastu, aku berhubung dengan mak saudara yang berada di malaysia tu macam mana nak buat... so, resipi dah ada dan bahan-bahan pun dah cukup.. (tq che de for the recipe!!!) perancangan awal nak buat hari ahad lalu, tapi disebabkan beberapa faktor, tertunda perancangan itu. sampailah kelamarin, baru kami buat.. (hehe... lame tunda tuh...) so, buat lah karipap. 


dalam proses buat karipap tuh.. macam-macam ragam kawan-kawan aku ni... haha.. macam main "tanah liat" pun ada.. hehehe.. sambil  buat sambil gelak. mane tak nye, semua orang baru pertama kali buat. macam-macam bentuk karipap yang ada. ada yang panjang, ada yang gemuk, ada yang "kutub2" dan macam-macam lagi lar... hahaha....


proses memotong ubi.

tepung diuli.
ini dia orang kuat disebalik rancangan ini.

karipap yang bermacam-macam bentuk.

inti karipap.


tapi yang pasti, karipap tu sedap, rangup dan rasa lebih kurang dengan malaysia punye... (silap-silap lebih sedap dari malaysia...) hehehe... jangan "jelous" ye... tapi insyaAllah, untuk lain kali, rasa, bentuk akan dipertingkatkan lagi kualitinya.. huhu...


itu dia, kawan aku tengah goreng karipap.

hahhh! karipap dah siap sedia untuk dimakan.


jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses membuat karipap ini ye... :) 




CERITA NASI LEMAK:


"emmm... sedapnye nasi lemak...," ayat roomate aku. so, kelmarin, turn kami untuk memasak. so, apa lagi, dah mengidam... buat je lar. hahaha... kami pun buat dengan penuh perasaan. cewahhhh! hahaha.... kami main campak dan anggar-anggar je ape yang nak letak dalam sambal bilis dan nasi tuh. akhirnya nasi lemak kami siap...! hehe...

alhamdulillah! sedap! tu lah perkataan yang keluar dari mulut aku. memang sedap. betul-betul rindu aku pada nasi lemak telah terubat... hehe.. tengah makan tu, roomate aku tetibe je sebak..,. die kata, nasi lemak ni sama dengan nasi lemak dekat kampung die... haha... suka pun ada... pandai juga aku masak nasi lemak ye... heheh.. (
tak baik puji diri sendiri tau! uish.... )


nasi lemak ayam moscow!




KESIMPULAN:


insyaAllah, to my beloved MOM and DAD, balik nanti affiq masak untuk mama dan aboh ye... huhu.. :)
emm... untuk akan datang aku ingat nak buat kuih keramat dan donut pula. doakan aku berjaya ye.. :)

apa lagi yer....
dah tak ada kot. insyaAllah, kita akan berjumpa lagi pada next post...


assalamualaikum wrb...


salam seribu kali sayang dari bumi moscow!





Comments

  1. humm,,, betul,,, sangat sedap! nyumnyum!!

    ReplyDelete
  2. boleh doh tu nak buka kedai jual karipap dan nasi lemak di moscow...kekgi che de g jalan di rusia, boleh la rasa.

    ReplyDelete
  3. huhu.. insha Allah che de, bleh doh wak kat mlysia kekgi...

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...