Skip to main content

godaan dunia mengatasi nikmat akhirat...

Assalamualaikum wrb.
Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari mendatang lebih baik daripada hari sebelumnya. InsyaAllah, amin.




"GODAAN DUNIA MENGATASI NIKMAT AKHIRAT"
Adakah tajuk tersebut sesuai? InsyaAllah. Pada entry kali ini, aku ingin menyentuh tentang perihal umat Islam sekarang ini yang lebih cenderung mengutamakan hal duniawi berbanding ukhrawi (termasuk diri aku juga kot.....) semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. InsyaAllah, amin... 


SITUASI 1


Si A: eh, B. Jom kita pergi main hoki kat padang sekolah petang ni.
Si B: yo A! Beres aja... Nanti petang aku tunggu ko kat warung keropok depan sane ye.
Si A: cantekk! Jumpa nanti.
Si B: ok.
*TANPA SEBARANG ALASAN si B itu terus menerima pelawaan rakanya tersebut.


SITUASI 2


Si C: assalamualaikum B. Bangun la, kita solat subuh sama-sama.
Si B: alah, ko solat lar dulu. Aku mengantuk lagi ni. Semalam aku tidur lewat, main game.
Si C: baiklah. Aku solat dulu ye. Nanti ko bangun solat.
Si B: ok. (dengan keadaan yang tidak sedarkan diri)
*Akhirnya si B tidak bangun solat subuh dengan ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH.




Daripada 2 situasi tersebut, apakah kesimpulan yang kita mampu lakukan? Adakah pengaruh rakan memainkan peranan yang besar? Adakah si B seorang yang mengutamakan dunia daripada akhirat? Apakah perasaan kawan si B yang mengajaknya ke arah kebaikan? Siapakah yang selayaknya mendapat gelaran SAHABAT? Anda fikir dan andalah yang membuat kesimpulan.


pernahkah kita mengalami situasi diatas? bukan itu sahaja contohnya. pelbagai lagi situasi yang boleh dijadikan contoh. antaranya ialah kelalaian kita di hadapan komputer, mengadap "facebook", "twitter" dan sebagainya. memang lar perkara ini amat berguna dan seronok. tak salah untuk mengikut perkembangan semasa namun, jangan lar pula disebabkan benda ini kita melupakan tujuan kita hidup ini iaitu mengabdikan diri kepada Allah. "tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu".


Jika kita seorang pelajar yang jauh dari ibu bapa tidak semestinya tugas dan amanah kita sebagai seorang Islam boleh dipermudahkan. Betul tak? Sepatutnya, kita menjadi seorang yang lebih matang kerana kita membawa harapan keluarga untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Ibu bapa mana yang ingin melihat anaknya gagal dan menjadi 'rosak'? sudah pasti harapan ibu bapa setelah ketiadaan mereka adalah ingin melihat anaknya menjadi seorang insan yang berguna...


3 perkara yang akan dibawa oleh anak Adam sebagai bekalan ketika mati nanti adalah: 
1. Ilmu yang dimanfaatkan. 
2. Amal jariah. 
3. DOA ANAK SOLEH.


Semua manusia tidak sempurna kan? Kadang-kadang kita ada kelakukan kesilapan dan dosa. Namun, Allah masih SAYANG AKAN KITA kerana Dia masih membuka ruang taubat untuk Hamba-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, marilah kita sama-sama menginsafi dan muhasabah diri ini agar kita sentiasa berada pada landasan yang betul. Amin. InsyaAllah. janganlah kemanisan dunia yang sedikit itu kita kejar-kejarkan sedangkan kemanisan akhirat yang tidak berbelah bagi itu kita tinggal-tinggalkan.


sedikit renungan untuk kita bersama,


Jangan kau sangka sahabatmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir sahabatmu yang sering menasihatimu itu adalah  manusia yang tak diuji. 
Jangan kau ingat sahabatmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya,
dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Sahabatmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama...




ya Allah, sesungguhnya Engkaulah tempat aku mengadu, tempat aku bergantung dan tempat aku meminta pertolongan.

Ya Rahman, Engkau bimbinglah aku menuju jalan yang diredhai-Mu, jangan pula Engkau pesongkannya ke arah jalan yang Engakau dustai.

Ya Rahim, jadikalah aku insan yang kuat dalam menempuh segala ujian dari-Mu dan jadikalah aku insan yang tabah dalam menepis segala anasir yang mampu merosakkan diriku ini.

Ya Jazalla liwalikaram, aku memohon kepada-Mu agar aku, kedua ibu bapaku, keluargaku, saudara maraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat mati dalam iman, mati dalam islam dan berjaya memasuki Syurga-Mu Ya Allah.... 
Amin ya rabbal 'alamin...


p/s: segala yang baik itu adalah hasil ilham yang Maha Pencipta dan segala kelemahan itu adalah dari diri hamba yang diciptakan itu. nasihat dan peringatan ini adalah buat diriku juga yang sentiasa lalai dalam melakukan ibadah... ^_^

itu sahaja untuk kali ini. terima kasih kerana membaca.
jumpa lagi, InsyaAllah.

assalamualaikum wrb....

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!




Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...