Skip to main content

rehlah di kota moscow...

assalamualaikum wrb...
semoga kita masih lagi mendapat rahmah dan kekuatan dari Allah, walau dimana jua kita berada. ~amin...


bak kata orang, "sambil menyelam minum air"... haha. itulah yang akan aku lakukan. sambil aku menyambung pelajaran di negara bekas komunis ini, insyaAllah aku akan menggunakan peluang ini untuk mengenal negara orang lain. jauh perjalanan luas pandangan...

berada di tempat tukar wang.

~aisar~

bersama senior pergi jalan-jalan.

kawan-kawan.... -amar-din-

"give me some advice, please...", said ajwad to firdaus..

alhamdulillah... kenyang..

untuk masa yang awal ini, aku dapat juga menjejakkan kaki ke Red Square, iaitu tempat yang wajib dilawati oleh pelancong yang datang ke rusia. tempatnya agak jauh dari tempat penginapan aku ini. tapi aku tak kisah, asalkan dapt menikmati suasana negara rusia ini... seronok dan menarik! suasana di red square agak sejuk dan kelihatan ramai pelancong dari dalam dan luar negara rusia mengambil kesempatan untuk berehat-rehat di sini....


suasana di red square




dalam tempoh lebih kurang seminggu ini, sempat juga aku ke IKEA. agak besar IKEA di sini jika hendak dibandingkan di malaysia. tapi sayangnya, aku pergi waktu petang, jadi waktu agak singkat untuk aku serta rakan-rakan berada di sana. cukup untuk membeli apa-apa yang patut...


tiada alasan untuk tinggalkan solat.
dihadapan IKEA.

menunggu bas untuk pulang ke asrama.

itu je kot untuk post kali ini. semoga kita akan bertemu pada post yang akan datang. insyaAllah...

salam seribu sayang dari bumi moscow....!

assalamualaikum wrb...







Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...