Skip to main content

bersyukur dengan nikmat kesihatan....

assalamualaikum wrb...
apa khabar semua? harap-harap sihat lar ye... hargai dan bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah sebelum nikmat itu ditarik balik.... (^_^)

emm... agak lama aku tak menaip entry yang terbaru kan? yang terakhir pada 14 Oktober 2011, iaitu entry mengenai perjalanan mencari cahaya Islam di bumi moscow... agak-agak kenapa ye??? banyak faktor. pertama, aku mungkin tak ada idea (tak pergi jalan-jalan kot.. hehehe...). kedua, aku tak berapa nak sihat lar dua tiga hari ni sebab kaki kau terseliuh (hehehe.. buas sangat kot..) dan yang terakhir, aku pun tak tahu kenapa... (hehehe...)



huhhh... untuk entry kali ini, aku nak kongsi pengalaman aku. kan kat atas tadi aku ada kata yang kaki aku terseliuh, betul kan? so, entry pada kali ini bertajuk, "BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KESIHATAN". hehehe... ok tak tajuk tu? lantak lar.... huhuhu....

nak dijadikan cerita, semasa aku nak pergi solat jumaat kat pejabat kedutaan, aku berlari untuk dapatkan bas (kat rusia ni, kalau tak berlari untuk dapatkan bas, jangan harap nak naik bas tau...) tetiba, kaki aku masuk lubang dan terjatuh... aduhhh!!! sakit jangan cakap lar.. ( sampai sekarang rasa lagi sikit-sikit sakit tuh.. huhuhu.. padan muke!). selepas itu, aku buat keputusan untuk balik semula ke asrama ( tak jadi pergi solat jumaat ) dan solat zohor di asrama.


-gambar hiasan-
hargai nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah.

-gambar hiasan-
sihat sebelum sakit.

dalam tempoh aku sakit tu, baru aku tahu bertapa nikmatnya sihat itu. bila sakit, habis semua rancangan aku tergendala. nak buat apa-apa pun agak perlahan. dan nak solat pun agak susah. namun, aku berfikir bahawa "ini adalah ujian yang sangat kecil yang Allah bagi kat aku jika hendak dibandingkan dengan hamba Allah yang lain, terutamanya Nabi Muhammad SAW". so, aku kuatkan hati dan redha atas ketentuan yang Maha Esa. Mungkin ada hikmah disebaliknya kan? bak kata orang inggeris, Think Positive!



aku juga bersyukur kerana ditakdirkan Allah bergini. (betul tak die ni? bersyukur sebab sakit?). BETUL! orang kata, Allah membuatkan kita sakit sebab ingin menghapus dosa-dosa kecil kita (semoga dosa-dosaku terampun... amin...) selain itu, kesakitan itu adalah ujian dari Allah sebab Allah ingin menguji tahap keimanan kita dan sebenarnya ALLAH SAYANG AKAN HAMBA-NYA. insyaAllah, mudah-mudahan...

Allah itu Maha Mengetahui.

jadi, natijahnya adalah kita harus sabar, tabah dan kuat (dari segi jasmani, emosi dan rohani) untuk menempuh segala bentuk ujian daripada Allah. ingatlah, Allah adalah Maha Perancang dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi serta yang ada diantaranya...

buat para sahabat yang sedang ditimpa musibah, ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita. pohonlah kepada-Nya nescaya Dia mendengarnya. "Allah takkan akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya...


ok. setakat itu sahaja entry pada kali ini. semoga kita berjumpa lagi pada entry yang berikutnya kelak... insyaAllah. amin...

assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!






Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...