Skip to main content

Masjid Sabornaya, Moscow Russia. - Masjid terbesar.

assalamualaikum wrb
semoga hari yang kita lalui pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah, hendak-Nya.

alhamdulillah, hari ini aku serta beberapa rakan yang lain berkesempatan untuk berkunjung ke salah sebuah masjid yang terdapat di rusia ini. iaitu masjid Sabornaya atau Moscow Cathedral Mosque. Masjid ini terletak berhampiran dengan Metro  prospek mira. jaraknya agak jauh dari asrama kami. kira-kira satu jam perjalanan. walaupun suhu pada hari ini 5 darjah celcius ( sangat sejuk sehinggakan tangan tak rasa apa-apa), kami tetap meneruskan langkah kami untuk menjejakkan kaki ke masjid tersebut.

masjid sabornaya, masjid terbesar di moscow.
berhadapan dengan masjid sabornaya.
alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba jua di masjid sabornaya ini. untuk pengetahuan, masjid ini masih lagi dalam proses pembesaran. hal ini kerana, bilangan umat islam di bumi soviet ini semakin meningkat saban hari (alhamdulillah). kami juga berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang saudara islam dari bumi moscow ini, iaitu Encik Murad (maaf, gambar tak sempat nak ambil). orangnya memang baik dan sangat mesra dengan kami, walaupun kami tidak fasih berbahasa rusia.

masih dalam proses pembesaran.

masjid sementara, bersebelahan dengan bangunan asal masjid.
alhamdulillah, kami juga diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan solat fardhu zohor berjemaah di masjid ini bersama dengan komuniti islam di sini. kagum kami dibuatnya. masjid sementara yang dibina itu penuh dengan orang ramai yang datang untuk solat berjemaah (agak jauh beza dari malaysia) termasuk golongan muda dan orang tua. aku juga berkesempatan untuk bersalam dengan imam masjid ini. beliau ada bertanyakan aku dari mana asalnya aku ini. aku menjawab, malaysia. yang aku terkejutnya, beliau tahu nama malaysia dan menyatakan malaysia itu bagus! aku bangga menjadi anak malaysia! ^_^

kawasan sekitar masjid.

suasana di dalam masjid sementara.

solat zohor berjemaah bersama komuniti islam rusia.

sedikit bahan video untuk tontonan semua.
maaf, video kurang berkualiti...


semoga Agama islam terus subur di bumi rusia ini, insyaAllah... amin...
itu sahaja untuk entry pada kali ini. diharap ianya memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita semua, insyaAllah.

Alamat:
Building 3, pereulok Vypolzov, 7, Moscow,Russia
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Masjid ini : PAUTAN

assalamualaikum wrb.

salam seribu kali sayang dari bumi rusia.



Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...