Skip to main content

shopping ohhh shopping....

assalamualaikum wrb....
apa khabar iman kita hari ini? semoga ia semakin 'sihat' dan 'kuat' yer... insyaAllah..


fuhh...! penat tapi berbaloi! itu yang mampu aku ungkapkan. hari ni aku dapat membeli 'sedikit' barang-barang keperluan seperti baju dan jaket. agak suka juga lar. tak sangka rupa-rupa shopping ni seronok tapi sedikit meletihkan...

it's time for shopping!!
nak dipendekkan ceritanya, (letih nak tulis panjang-panjang) aku dan beberapa kawan yang lain pergi ke sebuah tempat yang bernama "discount center" di avtozavodskaya. ok lar. murah juga barang-barang kat sini dan insyaAllah berkualiti. tempat ni ad macam-macam kedai, contohnya kedai adidas, reebok dan oggi.


kedai yang aku berbelanja sakan!

macam-macam yang aku beli. baju, jaket dan sebagainya. nak tahu, tengok kat bawah ni ye... huhu.. ^_^

t-shirt
RUB 80 = RM 8.00
t-shirt
RUB 199 = RM 19.90
baju 'turtle neck'
RUB 120 = RM 12.00
sweater
RUB 699 = RM 69.90
jaket (bkn kulit)
RUB 1199 = RM 119.90

over coat
RUB 699 = RM 69.00
stokin (3 pasang)
RUB 149 = RM 14.90
TOTAL : RUB 3145 = RM 314.50

jadi, itu sahaja untuk shopping hari ini. insyaAllah, lain kali nk shopping lagi sebab ad beberapa barang lagi tak beli untuk musim winter nanti... huhu.

ok.

assalamualaikum wrb...

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!


p/s: jutaan terima kasih kepada kak mubsyirah sebab tolong tunjuk jalan, kepada muni serta naziera terima kasih sebab tolong pegang barang-barang saya.. huhu.. n to my roomate, fakrul mekasih sebab teman aku.



Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...